Written by Bella | February 17th, 2016

Selepas 10 tahun menyinari hidup pendengar di Malaysia menerusi stesen Hot Fm, Fara Fauzana telah mengumumkan beliau akan mengundurkan diri daripada bidang radio beberapa hari lepas.

Nyata keputusan Fafau itu tidak boleh diterima oleh peminatnya yang sentiasa setia mendengar slot AM Krew setiap pagi.

Jelas Fafau, beliau ingin membuka peluang kepada orang lain untuk cuba menceburi bidang radio selain ingin menggunakan peluang berkenaan untuk mendekatkan lagi dirinya dengan Tuhan.

Nama saya sudah terlalu sinonim dalam dunia radio. Kadang kala saya berasakan seperti menjadi penghalang untuk bakat lain menonjol dalam dunia penyampaian radio.

Jadi, lebih baik saya buka ruang itu kepada orang lain. Selain itu juga, saya dapat memberi ruang kepada diri sendiri untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

Fafau juga ingin  menumpukan perhatian terhadap kehidupannya termasuklah ingin berumah tangga satu hari nanti.

Pada usia mencecah 36 tahun ini juga, saya berasakan sudah tiba masanya untuk memberikan tumpuan kepada hal peribadi, termasuk memikirkan soal ibu bapa dan rumah tangga.

Tiga lagi penyampai radio  iaitu AG, Ikhwan dan Liza turut mengumumkan pengunduran mereka daripada Hot FM. Selepas ini,mereka akan meneruskan kerjaya di Ultra FM bermula 27 Februari ini.

Tidak dapat dinafikan agak sedih juga mendengar berita Fafau akan berhenti, tetapi beliau juga ingin berehat dan memberikan tumpuan kepada diri sendiri selain mendalami ilmu agama.

Sumber Berita: BH ONLINE

21 responses to Undur Diri Daripada Bidang Radio : Fara Fauzana Mahu Dekatkan Diri Dengan Tuhan

  1. juzme says:

    allthebest fafau <3

    0

    0
    • Anonymous says:

      nak dekatkan diri dgn tuhan…x pyh berhenti kerja. dulu pun boleh kan?

      0

      0
    • minah jambu pet lovers says:

      kenape mesti nk cakap undur diri dari bidang radio pasal nk dekat kan diri dengan tuhan ???? diam2 suda la tk perlu nk cakap bende2 tu semuaaaa kalau nk dekatkan diri dengan tuhan tk payah kerja lah eh ???/

      0

      0
  2. Jibawi says:

    Ya tuhan.. What make she thinks bakat die halang bakat laen nak berkembang ni?

    Bakat dia sekadar membuat dia menang anugerah yg undi.. Sumbangan? Tak de lg yg wow!! Baek abby fana lagi, or deejay indian woman yg totally underated tu..

    Well it best for you anyway fafau.. Its about time!! Hold your peace, make a change and get a life!! and all the best..

    0

    0
  3. Dastar says:

    Alhamdulillah, Fafau dah nak kawin.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    nak tanya.. kalau jadi dj..awak tehalang ke dari dekatkan diri dgn tuhan? atau nara tulis tajuk main hentam je..kerana rajuk nara selalu pelik…tapi takpe..i jusr want to say ingatlah bahawa orang yg masuk syurga itu adalah yg bersederhana dlm segala2nya..tk berlebih dan tak kurang..do to me ini bukan satu alasan utk berhenti erja. ckpjelah nak kawin nak tumpukan sepenuh masa pada rmhtgga..habis crita..betul tak??

    0

    0
    • Qu Hitam says:

      nak bagitau…kalau buat ayat tu x yah kelam kabut sgt menaip bole x..
      doakan yg terbaik jika pilihan yg dibuat tu elok.. Insyaa Allah

      0

      0
      • Anonymous says:

        nak bagitau sory tak pakai cermin mata waktu menaip tadi…skg nak tanya lagi..kerja dj tak elok ke? tak faham aku orang2 ni..fikirlah cara rational.pikiran kolot

        0

        0
        • anon says:

          kerja DJ tu ok je. cuma mungkin kerja tu yang terlalu banyak mengambil masa fafau. ye la, on air pagi2 buta dah tercatuk dalam konti, habis on air, ada kerja lain lagi. belum kira dengan roadshow hujung minggu. tambah dengan tawaran mengacara program tv pula.

          0

          0
        • Anonymous says:

          oooii. banyaknya alasan…itukan kerja mulia..nak seribu daya taknak seribu dalih..bayangkan kerja polis..askar..ahli bomba..doktor penjual ikan..tak ke mereka pun perlu bangun pagi..lagi tak tentu masa bekerja..hai kalau gitu memang patut pun dia berhenti keje.takyah kerja..dok rmh..tunggu waktu solat..belajar agama semata2..tak perlu buat benda2 lain..ALLah tu kan maha penyayang..walau banyak rintangan, kalau pandai cari masa bersolat dan buat amalan..akan lebih ganjarannya..bukan nak dok senang je..anyway alasan nak berenti keje utk dekatkan diri dgn Allah memang tak manasabah..hidup perlu berkorban..demi kebahagiaan dan demi AlLAH juga..ckp je nak tumpu pada rmhtagga..dah..

          0

          0
        • anon says:

          tak semestinya berhenti sebagai DJ bermakna dia berhenti mencari rezeki dengan cara lain. baca dan faham betul2. semua orang ada rancangan masing2. x perlu dicanang segala-galanya kepada orang lain.
          kurang setuju bila anonymous kata “ckp je nak tumpu pada rmhtagga” sbb fafau belum kahwin lg. kalau cakap awal2, nnt dikecam pula kononya cakap tentang perkara yang x pasti.

          0

          0
  5. hana says:

    ramai tgglkann hot sebab dgr cerita hot kedekut nak naikkan gaji staff…pengunduran fafau ni aku dah dgr sebelum ni …tp hot yg tak bg..sebab rating lah kot…(sumber dari org keje sana)..anyway all the best fafau and the rest.

    0

    0
  6. fifi says:

    All the best fafau..tapi xpe at her age dia dh ade semua xperlu risau duit ringgit..cuma blm ade fmly sendiri shj..pe pn semoga berjaya..

    0

    0
  7. farnyza says:

    All the best..semoga segalanya dipermudahkan sahabat.

    0

    0
  8. melati says:

    Alhamdullilah…pasni jgn menipu cam Neelofa Jutawan 50 juta..nanti masuk neraka…hihihi

    0

    0
  9. Pekerja Gomen II says:

    Hakikatnya berhenti sebelum orang menyampah atau meluat.
    Tahun lepas dia tak menyerlah, kena kencam adalah.. Hal pengacaraan, baju yang dipakai.. Sebab tu agaknya dia ambil keputusan untuk berhenti terus.

    0

    0
    • Commentar... says:

      agree dgn kau…
      dia ni, plus minus, mcm yg No 1…
      dah bolot anugerah….
      baru terperasan nak bagi laluan pd pendatang baru…
      bezanya yg No 1… maseh lagi nak penuhkah 1 rumah dgn trophy…lol

      0

      0
  10. mak c kina says:

    yo yo o je..aku igt dia nk khwn..aku dah terbayangkan hai-o dtg konti…hahaha…dgn gagah perkasa nye nk announce yg dia nk nikah dgn fara…

    tp good luck jugak la dgn apa yg akn fara buat nnt

    0

    0
  11. Anonymous says:

    All the best Fafau, sentiasa myokongmu

    0

    0
  12. cikmaz says:

    kesian fafau…
    nak berenti pun kena kecam…
    susah jd selebriti ni ye…
    yg baik mcm fafau ni pun org mengata…
    all the best fara fauzana…
    May Allah bless you…

    0

    0