Written by AbangNara | December 11th, 2016

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Abang Nara mendapat perkhabaran yang Ummi Nazeera telah pun selamat bertunang. Namun berita ini belum disahihkan oleh empunya badan lagi. Akan tetapi ucapan tahniah telah mula membanjiri Instagram Ummi Nazeera. Desas-desus ini telah dikuatkan lagi apabila Ummi Nazeera telah memuatnaik gambar dengan caption “Rehearsal #mogadiiringRestu” menerusi akaun Instagramnya.

ummi nazeera bertunang

Berikut adalah gambar Ummi Nazeera di samping seorang lelaki yang telah dikirimkan kepada Abang Nara. Kemungkinan besar lelaki tersebut adalah tunangnya. Memang sama cantik dan sama padan.

ummi nazeera bertunang

Sekiranya berita ini adalah benar, tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera dan pasangannya. Semoga pertunangan ini dirahmati dan akan berakhir ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. Tahniah Ummi dan pasangan.

3 responses to Ummi Nazeera Telah Selamat Bertunang?

  1. minah jambu say no to DRUG says:

    yg mana satu tunang si ummi yg pandek ke yg tingi tu ?

    0

    0
  2. Ummii says:

    Tahniah ummi
    Such a humble person
    Keep on smiling!

    1

    0
  3. tas says:

    Cantiknyaa Ummi Nazeera..tahniah..

    2

    0