Written by Bella | March 3rd, 2017

Sah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang bekerja sebagai seorang doktor  dan hanya dikenali sebagai Mr I pada 11 Disember 2016, pelakon Ummi Nazeera memberitahu beliau bakal mendirikan rumah tangga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri depan. Walaubagaimanapun, Ummi masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh pernikahannya yang sebenar.

Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti. Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai.

Kerjaya tunangnya sebagai seorang doktor perubatan di Sarawak membuatkan pasangan ini jarang berjumpa. Namun, jika ada kelapangan, Mr I akan ke Kuala Lumpur bertemu cinta hatinya, Ummi untuk melepaskan rindu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka.

Walaupun jarang berjumpa tetapi kami selalu berhubung menerusi telefon dan saya tiada masalah dengan perkara itu. Ini kerana saya memahami tugasnya sebagai doktor yang sentiasa memerlukan dia berada di hospital.

Bagaimanapun dia selalu pulang ke KL untuk bertemu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan kami.

Kami mendoakan agar persiapan perkahwinan Ummi dan Mr I berjalan dengan lancar. Kalau sudah ada tarikh jangan lupa kongsikan ia kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan Ummi.

Sumber Berita : mStar Online

[jetpack-related-posts]

6 responses to Ummi Nazeera Bakal Bernikah Selepas Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

  1. Anonymous says:

    Buruk nau ghupe si pmpn belakon jd Lisa dlm cite Si Kolot Suamiku

    0

    0
  2. Anonymous says:

    cant wait! moga berbahagia dunia & akhirat. cantik manis & mr hensem….bakal mempelai ni :)

    4

    0
  3. KiahPropa says:

    Semoga berbahagia dik. Akak doakan sumenya berjalan lancar majlis ko t.

    2

    0
  4. Anonymous says:

    Ah kiahpropa, ko tu propa je

    0

    4
  5. REDVINE says:

    untung ko ummi…pandai pilih laki…

    3

    0

Leave a Comment

Optional