Ucapan Penuh Romantis Daripada Jai Ezzany Sempena Hari Jadi Abby Abadi

Hiburan

Ucapan Penuh Romantis Daripada Jai Ezzany Sempena Hari Jadi Abby Abadi

Erm..bahagia betul kami lihat Abby Abadi semenjak bergelar isteri kepada Jai Ezzany atau nama sebenarnya Faizal Zakaria.

Mana tidaknya? Sempena hari jadi Abby pada 1 Disember lepas, suaminya itu telah memuat naik foto manja mereka berdua dengan ucapan yang cukup romantis dan berbunga buat Abby di Instagram.

Advertisement

Isteri ku tersayang Abby Abadi sempena hari istimewa sayang, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun…ketahuilah tiada yang lebih bahagia selain memiliki kasih sayang dari mu.

InsyaAllah perkahwinan ini mendapat rahmat Allah dan kekal hingga ke syurga. Akan ku berikan sepenuh kasih sayang untuk mu, bersama-sama kita mengejar akhirat untuk kebahagian kita didunia dan akhirat nanti.

Masih ku ingat setahun lalu, saat ulangtahun sayang kita di Kuala Kangsar….terlewat sedikit untuk aku ucapkan ulangtahun untuk sayang…tapi ketahuilah tarikh 1 Disember telah aku simpan sejak dari awal kita kenal….tidak pernah ku lupa tarikh itu walaupun kita terpisah oleh waktu untuk seketika.

Namun sekarang tidak lagi, hari bahagia mu…kita telah mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri…thanks sayang menerima saya sebagai suami sayang.

Ya Allah aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodohku bersama isteri ku sehingga ke saat ini.

Ya Allah kekalkanlah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikanlah kami berdua suami isteri dunia dan di akhirat.

Berdasarkan luahan di atas, memang tidak kami nafikan betapa dalamnya cinta serta kasih sayang Jai buat Abby. Bertuahnya Abby dapat suami yang penuh dengan kasih sayang buatnya bukan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...