Written by Bella | November 23rd, 2015

Bakal bergandingan bersama pelakon popular Bollywood Kajol, Raja Ilya kini sedang sibuk mempersiapkan diri bagi menjalani penggambaran filem daripada produksi India yang bertajuk Dari KL ke Bollywood yang dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan.

Raja Ilya juga akan berlakon bersama-sama Shaheizy Sam didalam filem tersebut dimana kedua-duanya harus bercakap dalam bahasa Urdu. Wah, agak mencabar bukan?

Selain itu, saya dan Sam juga kena bercakap bahasa Urdu untuk filem KL ke Bollywood itu. Malah, penerbit juga meminta beberapa pelakon untuk masuk kelas bahasa Urdu agar pertuturan menjadi lancar dan semula jadi.

Umum mengetahui bahawa wajah Raja Ilya persis seperti gadis Hindi bukan? Kali ini beliau diberi peluang untuk melakonkan watak sebagai wanita Punjabi beliau harus memakai sari yang menyerlahkan perutnya.

Pernah membawakan watak yang hampir sama sebelum ini, Raja Ilya menjelaskan beliau tidak kisah untuk menayang perutnya kerana sudah biasa mengenakan pakaian tradisional masyarakat India itu sebelum ini.

Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend sari India macam itu.

Sudah menjadi budaya masyarakat India untuk tampil mengenakan pakaian tradisional mereka dalam mana-mana filem. Demi watak, selalunya seseorang pelakon itu jarang menyuarakan pendapat beliau mengenai isu pemakaian.

Sumber Berita: Kosmo!

36 responses to Tunjuk Perut Tak Ada Masalah – Raja Ilya

  1. Anonymous says:

    artis… ari tu kta dh sedia nk bertudung tpi terikat dgn komitmen drama x abis lg masa tu.. so skrg cite lain pulak smpai nk tunjuk2 perut.. artis2

    0

    0
    • awek baju ketat free hair says:

      minah tudung tu busuk…. baik aku lagi free hair tapi tetap wangi .

      0

      0
      • Ostad says:

        macam nie jerla, harap doakan yg baek2 ya, jgn kutuk2..
        cos bkn semua yg bertudung tu baek,
        kalau nk ckp pasal aurat ? perintah Allah bukan hanya menutup aurat.
        so yg bertudung semua nya mulia ke ?

        0

        0
        • ostatcelup says:

          tutup aurat dgn sempurna itu wajib ..
          buat dpt pahala.. xbuat dpt dosa…
          kalau hati manusia tu xmulia.. dia tutup aurat dgn sempurna..
          dpt pahala dah kat situ… yg penting dlm bab tu dia xtopup dosa..

          0

          0
        • anonymous says:

          yg pakai tudung tu xsemestinya xbt dosa
          tp yg xpakai tudung tu dh sah2 bdosa

          0

          0
    • awek baju ketat free hair says:

      minah tudung tu busuk asyik tutup aja memanjang…..udara pun x boleh masuk.

      0

      0
    • minah tudung says:

      Saya minah tudung, saya suka bergosip di sini setiap hari. Kalau gosip yang panas lagi lah saya suka sebab boleh mengutuk. Saya pakai tudung sebab masyarakat sekeliling saya semuanya pakai tudung… jadi ianya tidak ada kena mengena dengan perangai saya yang suka bergosip, mengutuk dan menghina artis setiap hari di blog gosip.

      0

      0
      • Anonymous says:

        minah tudung apa lah ni yang kerja nya asyik mengumpat jer ni. Motif pakai tudung tapi tetek tersembul, baju lengan pendek ??????????

        0

        0
    • kokosen says:

      alah kalau pasal aurat tahu pulak cakap bab agama.. kalau bergosip siang malam tu x ingat agama plak.

      0

      0
  2. minah jambu says:

    bagos..kalau dlm kerja baju setakat Nampak perut itu masalah kecik je..pakaian sari india memang macm tu cara Nye..lov uu..daripada tutop kepala tapi tunjok perot boncit bontot tonggek nk buat happe kan !!

    0

    0
  3. Mak Jemah says:

    alang2 ko x kisah tunjuk perut, ko tunjuk la sume ape yg ko ado…baru pueh hati haha camni la retis malaysia selagi boleh tayang memang nak tayang bagi 1 dunia tengok…patut x maju2 industri malaysia nie

    0

    0
  4. melati says:

    hg tunjuk lah aper pun…setakat muka hg ni Mat Rempit buat jadi Bohsia jer…..

    0

    0
  5. Agaknya.... says:

    Pakai….
    Tunjuk perut…
    Buka Belakang….
    Tipis dan Jarang….
    Ketat se ketat2nya…
    Takde beza pun…
    Kata artis
    “ini periuk nasi saya”…….
    “saya tau apa yang saya buat”…..:
    blah3…………

    0

    0
  6. melati says:

    Masaalah nya Perut nampak urat2 hijau ..bukan nya dia ni ;; Gadis remaja…….”’

    0

    0
  7. mulut celupar says:

    good luck raja ilya..i minat dengan raja ilya ni. doakan artis kita maju jaya, baru orang buka mata bila sebut artis malaysia.

    0

    0
  8. Takut TUHAN says:

    cantik tol RI nih..xde isu sensitif pun.,klu ustajah jadian tu bykla. dh nama pun pakaian india, sari memangla nmpak perut, lainla klu die pakai baju kurung bertudung bagai tp nampak perut, alahhh minah melayu kan byk pakai bju kurg tudg segala tp ketat bagai nk terjembol je buah dada tueh. Nara, bleh tak sempena tahun baru ni, ko updet la features komen nih kasi boleh letak gmbr baru la syokkk

    0

    0
  9. mawar says:

    x salah kalo kau bukan muslim…masalahnya kau tu muslim

    0

    0
  10. nil says:

    Mudahnya berkata-kata lbih2 lagi bab agama…
    Dari mana belajar nampak perut sja pun ok..hussshhhh..

    tak salah nak pakai sari..atas diri sndrilah.
    sya dlu berskolah..ada cikgu2 india perempuan..yes..diorg pkai sari…tapi takde pulk nk dedahkn perut.
    terpulanglh..jgn kita trllu ikut sgt apa yg producer inginkn…bukan mereka yg tggung setiap dosa2 kita..yg blum berkahwin ibubapalh,..yg sudah berkahwin pada suamilah setiap dosa yg telah kita lakukn. tidak kasihankah kita kepada mereka..?

    0

    0
  11. Mirai Suenaga says:

    tak kisah ar ko ni bangsa Malay ke, India ke, kasta rendah tinggi ke, masalahnya ko Hindu atau Muslim?

    0

    0
  12. Tolong jgn hina agama sendiri
    Islam dh bg guideline tudung bgmna, pakaian bgmna
    Kalau yg x ikut tu, salah individu tu
    Jgn main pukul rata
    Tkasih

    0

    0
  13. miss kepah says:

    (Generally, bkn ckp pasal Raja Ilya ni sorg) masalahnya kita ni, buat salah tapi tetap nk mempertahankan kesalahan tu, mcm menegak benang basah…dah tahu salah, diam2 sahaja, tak payah nk bandingkan dengan kesalahan lain konon ksalahan org lain lagi teruk, kononnya ramai lagi prmpuan Islam pakai seksi,
    dan juga xpyh keluarkan statement mcm org takdak agama. terang2 lam Islam aurat prempuan kat mana.So kau tayang hat rambut ke, hat lengan ke, hat betis ke smua salah…diam je dah tau benda kau buat salah..

    ye aku mengaku aku layan blog gosip, aku tahu aku salah…nah, kan senang. mengaku salah sendiri.

    0

    0
  14. anon says:

    cantik betul ama rempah allagapa ni,minat betul lakunan dia

    0

    0
  15. Freedom of speech says:

    Aku rasa nara ni kena jaga sensitiviti agama Islam… Islam itu ada garis panduan seperti yang dah termaktub dalam Quran dan sunnah.. Ayat nara yang last tu aku memang tak setuju.. “tak salah pakai sari yang menampakkan perut”
    Dalam islam, dan untuk UMAT islam, yang salah tetap salah.. kita wajib tahu dan tegaskan.. kebenaran memang pahit.. Hanya ada halal dan haram, hitam dan putih, tak boleh ada kelabu..
    Nara ni blogger yang berpengaruh, jadi aku minta sangat jaga kata2 lebih lagi melibatkan agama.. sekian..

    0

    0
    • Anonymous says:

      tengok Author bro. She is Bella, not Abg Nara. Kalau Abg Nara intro dia manjang memuji menyanjung dan mengangkat kelebihan kecantikan retis pompuan tu dulu, baru jumpa isi cerita

      0

      0
  16. si cantik says:

    si nara kau ni ckp mcm xda agama..agama kau dpt brp…mcm mn kau blh bljr smpi ke korea..kalau kau ckp tnjuk perut tu tak salah,kau suruh la bini kau pakai sari tnjuk perut pastu post kt blog..lg satu aku tak boleh blah btl ayt kau yg last tu..jgn pki seksi sgt tkt kna kecam dgn org,kau lebih takut dgn org daei tuhan ea?

    0

    0
  17. Skandal najib says:

    tayang perut xde masalah nnt masuk neraka pon mesti xde masalah juge kan..hihihihi kbai nak p detim ngn abamjib bibir pink sekejap…

    0

    0
  18. Anonymous says:

    suka hati ko la nk tayang ape

    0

    0
  19. BS says:

    Sy xnk komen pasal tudung ke perut ke, sy cuma pelik apasal bibir Raja Ilya ni mkin lame makin tebal.

    0

    0