Written by Bella | September 27th, 2016

Dikatakan sebagai dalang dalam penyebaran foto bogel Atikah Suhaime dan Idris Khan, Ammar Alfian nampaknya sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi dan ingin mempertahankan dirinya.

Terdahulu, Idris menerusi kenyataan di H Live sebelum ini memberitahu ia perbuatan “musuh dalam selimut” dan ia seolah-olah ditujukan buat Ammar.

Menurut Ammar beliau pada awalnya tidak mahu ambil pusing akan perkara berkenaan atas nasihat isterinya, tetapi perkara sudah menjadi lebih teruk dan beliau dihukum tanpa sebab.

Saya memberitahu isteri, ramai orang suka menjatuhkan hukuman sekiranya seseorang berdiam diri apabila dikaitkan dengan sesuatu isu. Justeru saya tampil mendedahkan tuduhan yang dilemparkan Idris kepada saya.

Ikutkan saya tak nak mencampuri urusan mereka tetapi disebabkan kenyataan Idris mengatakan apa yang berlaku berpunca daripada ‘musuh dalam selimut’, saya tak boleh duduk diam. Saya perlu mempertahankan diri saya.

Pada masa yang sama, Ammar meluahkan rasa syukur kerana isterinya, Nelissa tidak terkejut ataupun melatah ketika mendengar gosip penyebaran foto bogel berkenaan.

Jelas Ammar, sebelum berkahwin beliau sudah berterus-terang tentang perangai beliau kepada isterinya.

Sebelum berkahwin lagi saya sudah bercerita kepada isteri perangai dan gaya hidup saya dari A sampai Z. Bukan apa, saya tidak mahu menipu atau menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dia dan keluarganya. Pendek kata saya berjanji menjadi lebih baik.

Perkara yang dikongsi termasuk gosip mengatakan saya memiliki video seks bersama Idris dan Atikah. Jadi apabila dia dapat tahu timbul cerita lain berkenaan gambar bogel, dia tak terkejut.

Cuma dia bertanya kenapa saya pula yang dituduh sedangkan gambar itu memaparkan Idris dan Atikah? Dalam perkara ini dia sangat terbuka kerana sudah tahu saya macam mana.

Bagus Ammar, kalau tidak bersalah, teruskan berjuang untuk bersihkan nama anda. Berani kerana benar, takut kerana salah.  Maaf kami katakan, melihat daripada kenyataan Ammar yang mengatakan Idris menuduh beliau menyebar foto bogel berkenaan, ia menunjukkan bahawa foto itu memang wujud bukan? Hmmmph..

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to Tuduhan Idris Buat Saya Tidak Boleh Duduk Diam, Saya Akan Pertahankan Diri Saya – Ammar Alfian

  1. mak jemmsssss says:

    tak tau ape nk jd ngn bdk2 zmn skrg ni..mcm senang2 je cmpak maruah sana sini.. bwk nama islam plak tu.. mcm satu benda biasa gmbr bogel lah.. zina sana sini… makin hancur akhlak.. xmalu betul… aku sbg org islam tumpang malu dgn perangai korg..

    0

    0
  2. izzy says:

    persoalannya.. kenapa idris khan berbogel dgn atikah n bergambar plak tu in the first place..? lepas tu lantak pi la sapa pun yg sebarkan kan..?!

    0

    0
  3. anti fitnah tp baca gak gossip says:

    Bella stop bg komen penutup. kalau fitnah cemana?
    nak tepek citer…tepek citer dahlah..takyah mandai2 buat kesimpulan.

    1

    0
  4. shca says:

    kenapa dah xboleh tekan button ‘ like ‘ atau ‘ dislike ‘ dekat page abg nara nie ? sy lagi suka ad button tu sebab boleh tgk komen spe pling win . T_T
    spe skong statement tulis sokong kt bwah nie .. T_T

    1

    0
  5. komentar says:

    malaysian bollywood porn..LOL

    0

    0
  6. AKU says:

    apa lg bro…kasi belasah la hahahah

    0

    0
  7. Jiran deris says:

    Deris2..kau dah sedap bagai dgn si tikah..tetiba kalut duk cari sapa yg sebar.ada sapa kesah dgn sapa yg tukang sebar?

    0

    0
  8. mulut celupar says:

    pornstar idris dengan atikah, atikah ni, ms belakon pun bengong, boleh agak perangai dia kat luar, mmg bengong sungguh. sibuk nak cari penyebar gmbr bugil bagai.xmalu.

    0

    0
  9. sentap says:

    tak kisah la ko nak bgmbr bogel…bini ko pun seksi semacam je dedah2 bagai…dua2 jenis sporting kot…

    0

    0
  10. mokpokang says:

    mksudnya foto n video tu betoi la kan?? hahaha

    0

    0