Meriah sungguh majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang telah dilangsungkan semalam di Selingsing, Pasir Puteh. 10 ekor lembu telah ditumbangkan untuk menjamu para tetamu yang hadir. Namun yang pastinya, kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz telah memeriahkan lagi majlis ini.
Secara jujur, Abang Nara suka melihat Fizo Omar kerana dia adalah seperti seorang ikon kepada remaja Malaysia. Bermula dengan lakonan, kini Fizo telah mempunyai empayar perniagaannya sendiri. Bukan mudah, namun sikap Fizo yang tidak pernah putus asa dan gigih berusaha harus dicontohi ramai.
Apa pun semoga dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz, majlis resepsi perkahwinan Fizo dan Mawar lebih diberkati dan dirahmati. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.