Hanya tinggal lebih kurang 18 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan Khairul Fahmi Che Mat(Apek) dan Leuniey. Di waktu ini, Apek sedang sibuk menjalani latihan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Thailand.
Pastinya Apek tersenyum girang apabila Pejabat Menteri Besar Kelantan mengesahkan yang Tuan Guru Nik Aziz sendiri akan menikahkan dirinya dengan Leuniey pada 28 Disember kelak. Hal ini telah disahkan oleh ayah Leuniey kepada portal Murai:-
Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi.
Semoga majlis pernikahan Apek dan Leuniey kelak akan berjalan dengan lancar. Teringat kenangan Abang Nara ketika majlis pernikahan. Habis darah naik ke muka sehingga pucat lesi dibuatnya. Semoga Apek menggunakan pengalamannya beraksi di “big match” untuk menghilangkan darah gemuruh. Good luck and all the best. Kredit foto The Photolicious.
P/S : Ada plan nak gi korea next year?? Deal terbaik Abg Nara rasa sebab diorang naik MALAYSIA AIRLINES!! Lawati FB dan LIKE pelangibonda utk package terbaik dari ladang! SEGERA KERANA SEAT SEMAKIN BERKURANGAN.