Written by AbangNara | August 17th, 2010

azmilnoorkumalasari

Respek kami dengan Abang Azmil dan Kak Noorkumalasari nie. Menarik sungguh aktiviti yang mereka sedang lakukan setelah bersara dalam dunia seni nie. Kedua-duanya memang dah tekad taknak masukkan balik ke dalam dunia yang pernah mempopularkan mereka satu ketika dulu. Kini kedua-duanya sudah berada di jalan yang lebih elok.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca petikan daripada suratkhabar tentang transformasi hidup Azmil dan Noorkumalasari.

DUA insan seni ini pernah mewarnai persada seni perfileman negara dengan lakonan mantap serta keberkesanan aksi mereka dalam menyempurnakan apa sahaja watak yang dipertanggungjawabkan.

Azmil Mustapha dan Noorkumalasari, dua nama yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi malah, sehingga kini masih sebati dalam minda kebanyakan daripada kita yang membesar sealiran dengan zaman kegemilangan mereka mencipta nama di lapangan seni.

Suara Kekasih, Ali Setan dan Mekanik tentu sahaja antara filem yang berjaya menyerlahkan bakat lakonan pemilik nama sebenar Mohd. Azmil Datuk Mustapha yang kini menjangkau usia 58 tahun.

Begitu juga dengan wanita tinggi lampai yang suatu ketika dahulu bukan setakat lakonan malah, suara serta penampilannya cukup diminati oleh generasi muda ketika itu.

Itulah Noor Kumalasari Mohd. Taib yang kini berusia 54 tahun.

Antara filem lakonannya yang cukup meninggalkan kesan ialah Misteri Rumah Tua, Tiada Esok Bagimu, Adik Manja, Rahsia, Esok Untuk Siapa dan Mira Edora.

Lagu-lagu dendangannya pula yang begitu popular termasuklah Mata, Selamat Pagi Sayang, Aku Dan Perasaan, Hati Seorang Kekasih dan Pulang Di Hari Raya.

Bercakap tentang dua figura yang begitu diminati ramai itu, peredaran masa membawa mereka jauh berfikir mencari perubahan diri.

Satu-satunya perubahan besar, menuntut pengorbanan yang bukan kecil daripada mereka ialah melupakan terus bidang lakonan dan nyanyian.

Bukan setakat meninggalkan bidang seni semata-mata malah, penampilan mereka turut berubah demi mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Cukuplah populariti, perhatian serta publisiti yang dilimpahkan kepada mereka tatkala disimbahi gemerlapan cahaya glamor.
Baik Azmil mahupun Noorkumalasari, biarlah memori bergelar insan seni hanya tersimpan rapi dalam episod kehidupan mereka sedikit waktu dulu.

Kerana kini, mereka masing-masing cukup selesa mencorakkan warna-warni haluan sendiri bersama keluarga tercinta.

Bertemu pada majlis sidang akhbar Keep The Change di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini Azmil menerusi syarikatnya, AM Production Sdn. Bhd., dalam rangka mengadakan seminar Keep The Change Tour yang bakal diadakan selama dua hari bermula 31 Julai ini.

Dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, seminar yang bakal mengupas tentang perubahan dalam diri ke arah positif dan bagaimana menguruskan kehidupan selepas perubahan itu. Selain Noorkumalasari seminar itu turut mengundang dua lagi artis terkenal iaitu Amy Search dan Aishah.

Dua ahli panel yang terlibat pada seminar yang mensasarkan kehadiran sebanyak 800 peserta itu ialah Dr. Syed Yamin Qadri dan Fuad Khan.

Selesa dengan kehidupan kini – Azmil

Barangkali ramai di kalangan peminat Azmil tertanya-tanya ke manakah menghilangnya pelakon karakter nakal lagi lucu, Ali Setan yang dipasangkan bersama heroinnya Asmidar, lakonan Ogy Ahmad Daud itu?.

Kali terakhir Azmil di layar perak ialah menerusi watak Pangeran Demak dalam filem Puteri Gunung Ledang.

“Saya selesa hidup begini. Merantau menimba ilmu di Syria bersama anak-anak. Di sana saya menjadi diri sendiri.

“Tidak kisah menunggang basikal ke mana-mana malah duduk di belakang lori bergerak ke sesuatu tempat pun tidak kisah kerana tiada siapa yang mengenali saya.

“Berbeza di Malaysia, apa sahaja yang dilakukan tentu akan menarik perhatian ramai kerana di sini saya dikenali,” kata Azmil yang cukup yakin dan gembira dengan perubahan hidupnya.

Rancang Azmil, tidak lama lagi dia ingin membuka sebuah sekolah agama bagi mengembangkan lagi ilmu-ilmu agama di kalangan generasi muda.

Namun, kata Azmil, biarlah projek seminar anjuran syarikatnya itu berjaya terlebih dahulu sebelum membuka langkah seterusnya bagi merealisasikan projek sekolahnya itu.

“Sekurang-kurangnya saya perlu mencari tanah seluas 15 ekar untuk memulakan projek itu. Bagaimanapun, semuanya masih baru dirancang,” katanya mengenai rancangan masa depan.

Kehidupan kini tak boleh dibeli – Noorkumalasari

Pelakon bermata besar ini, tatkala ditebak persoalan tantang kehidupannya kini menyifatkan tiada nilai yang dapat ‘membeli’ ketenangan hidup yang dikecapi olehnya ketika ini.

Jika dahulu masanya sering terkejar-kejar mengisi tuntutan jadual kerja dan persembahan yang begitu padat kini masanya selain mendekatkan diri kepada Tuhan, lebih terarah menguruskan perihal keluarga dan anak-anak.

“Cukuplah populariti dan publisiti yang saya terima dahulu. Tiada nilai yang dapat membeli kehidupan saya kini. Sangat tenang.

“Dalam hati sentiasa berzikir. Dahulu saya akui terkejar-kejar dengan kerja, layan peminat lagi tetapi bila pulang ke rumah, jadi seorang yang sepi.

“Sekarang Allah di mana-mana sahaja saya berada. Masuk masjid akan nampak nama Allah dahulu dan sentiasa melindungi saya dalam melakukan sesuatu.

“ Perubahan ini setiap orang akan ada cuma waktu dan kekuatan dalaman individu itu sendiri yang mampu membantu,” katanya.

Mengakui masih menerima tawaran lakonan, dengan watak-watak bertudung bukan sedikit dilambakkan kepadanya. Namun, Noor punya pendirian tersendiri untuk tidak lagi melibatkan diri dalam seni.

“Saya memang tidak minat lagi untuk berlakon. Saya seronok dengan hidup sebagai isteri dan ibu. Begitu juga dapat bersama anak-anak berjemaah di masjid setiap hari,” kata Noorkumalasari menterjemah kehidupannya kini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Transformasi Hidup Azmil Dan Noorkumalasari

  1. lappyzappy says:

    semoga sukses slalu.. alhamdulillah.. moga kita juga di beri hidayah seperti mereka

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. Liza says:

    Alhamdullah..tenang tengok diaorg…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. azza says:

    syukur alhamdulillah… semoga kita sbg hambaNya sentiasa bersyukur di atas hidayah yg diberikan olehNya spy tidak terus alpa dgn kehidupan dunia… Amin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. DILA says:

    subhanallah..semoga terus istiqamah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. RINa says:

    alhamdulillah…..senang tgk ada artis yg begini…
    semoga kekal ke arah begini hendaknya….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. love says:

    Alhamdulillah..moga menjadi contoh dan tauladan kpd kta smua dan artis2 lain khasnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. BlackBerry00 says:

    syukur alhamdulillah…
    kehidupan artis belum tentu menjamin kebahagiaan di akhirat…

    tahniah atas ‘penghijrahan’ kalian..

    subhanallah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. cikedi says:

    ohh…mereka mmg sudah lama “berhijrah”…sgt2 bersih wajah mereka…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. pening says:

    Alhamdulillah…tahniah diatas ‘penghijrahan’ yg mulia ni…moga menjadi ikutan dikalangan artis2 yg lain…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. Wawa~* says:

    alhamdulillah….; smuga yg lain2 tu pn diberi hidayah gaks… aminnn

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. Aida bte Abdullah says:

    Alhamdulillah….sedang mencuba menuju ke arah yang sama namun belum..lagi 110 percent. Memohon harap dan hidayah dariapada Allah yang Maha Besar…moga dapat mengikuti…jejak Insan yang berdua ni..Amin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  12. natts says:

    Syukur masih diberi peluang untuk memperbaiki diri,menginsafi kesalahan lalu..ALLAH MAHA PENYAYANG..ALLAH MAHA MENGETAHUI..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. aries_april says:

    ALHAMDULILLAH…SYKUR PDA TUHAN…
    SRNG2X HAMPANYA MNGIKUT JLN YG BNAR..HOPE KTA SMUA JGA BRGTU….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. TOK WAN says:

    Allah hu Akbar!. Kun fa ya kun …

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. aidaryzal says:

    bagusss sesangat..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. SWEET says:

    AZMIL PERNAH DTG KE OPIS SWEET BAGI CERAMAH AGAMA.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. apa2 ajer says:

    Allah Maha Besar dan Maha Agung…. Harap artis lain lama kelamaan dapat mencontohi… Aminnn..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  18. Jojio says:

    Subhanallahhhh….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  19. pak Imam says:

    dunia hanya sementara, jadikanlah sebagai ikon pada artis lain yg sengaja lupakan Islamnya,yg tua cara yg tua, yg muda ikut sesuka, Alhamdulillah moga dibukakan hidayah pada yg lainnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  20. Pj says:

    Alhamdulilah harap pasni ada artis yg sedar lg

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  21. nama saya says:

    kata faisal tehrani, orang yang mahu hidayah tapi tidak mahu berusaha umpama seorang manusia yang terperangkap di dalam sebuah bilik yang gelap, dengan lampu tidak dibuka dan tingkap terkunci rapat seraya menjerit, “cahaya! datanglah pada aku! aku mahu cahaya!”. mmg konfem takkan dapat walau secebis cahaya. sedangkan cara yang sepatutnya ialah , hidupkan suis lampu, atau buka tingkap etc.

    begitu juga dengn hidayah, dengan hanya mengharapkan secebis hidayah tanpa ada sebarang usaha untuk mencari hidayah adalah org yang larut dalam angan-angan dan terpedaya dengan diri sendiri.

    wallahua’lam.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • fikir says:

      agreed.. jangan tunggu hingga hidayah sampai baru nk berubah. kita yg kena usaha mencari hidayah itu. kalaulah kita tak sempat terima hidayah Allah tu, maka kita antara orang2 yg rugi..

      jd, baik kita berusaha dari saat ini untuk mencari hidayah dan keberkatan allah.. jgn tunggu nk sampai seru baru nk berubah.. peace.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  22. jimmy says:

    Subhanallah.. nak tulis byk tapi terkedu mengingatkan kebesaran Allah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  23. onik says:

    alhamdulillah ya Allah…semoga aku n laen2 dapat ikuti mereka ya Allah…semoga hidayah yg Engkau berikan ini akan bertahan hingga ke akhir hayat…semoga mereka kuat dengan apa yg mereka perjuangkan…aminnnn…=)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. tralalla says:

    alhamdulillahhhh aunty yg dlu seksi thp gaban ni skrg da dpt jln yg luruihhh
    alhmdllh again…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. sebokmama says:

    coming soon….insyaallah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  26. cili says:

    Alhamdulillah, tumpang gembira di atas transformasi. Jumpa anak dara azmil kat kenduri kawin di bangi, cantik sgt.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  27. BILA AGAK NYA AZIZAH MAIZAN NAK IKUT JEJAK DIAORANG…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  28. Reena says:

    Inilah yang baru dikatakan contoh..suci murni..suci niatnya, murni akhlaknya…alhamdulillah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  29. lulu says:

    respect !!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  30. emalin says:

    suka sangat tgk mereka ni..meraka ni boleh jd contoh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  31. so what says:

    hepy sgt dgn perubahan positif..bertuah mereka diberikan hidayah oleh Allah..perubahan yg sgt membanggakan!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  32. villa says:

    antara artis yg kini berubah menjadi manusia yg lebh baik n taat kepada ALLAH…semoga aku juga sentiasa diberi petunjuk oleh ALLAH..amin

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  33. arjunacinta says:

    semoga apa yang direncana menjadi satu platform yag terindah di kehidupan yang akan datang…..insyaallah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  34. Well, this was kind of boring but whatever.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  35. Well, this was kind of boring but whatever.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0