Written by AbangNara | February 6th, 2015

Selepas kemenangan lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone, kebangkitan kembali lagu-lagu bergenrekan rap mula diperkatakan. Ramai yang teruja apabila akaun sosial palsu Malique Ibrahim menjawab ‘khabar baik bro‘, membayangkan seolah-olah ada harapan untuk kumpulan rap terkemuka, Too Phat untuk wujud semula. Untuk adik-adik yang baru lahir, Too Phat adalah kumpulan rap yang menaikkan nama Malique dan Joe Flizzow. Lagu-lagu mereka memang power dan kebabom.

joe flizzow too phat Namun sayangnya hasrat para peminat Too Phat untuk melihat kumpulan itu hidup semula kini hancur berderai. Sebelum ini Malique telah tampil memaklumkan dirinya tidak pernah ada akaun sosial. Kemudian Malique turut memberitahu yang dirinya tidak berminat menghidupkan semula Too Phat. Sentimen yang sama turut diutarakan oleh Joe Flizzow yang memaklumkan Too Phat tidak akan kembali jika tiada komitmen dari semua pihak. Kata Joe:-

Buat masa sekarang ini memang tiada perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat. Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.

Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang ini saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu. Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah komitmen itu perlu ada. Saya rasa kalau ada komitmen itu, mungkin Too Phat akan ditubuhkan. Kalau ikutkan hati memang nak kembali semula bersama Too Phat.

joe flizzow too phat

Rasanya mungkin Malique lebih selesa bergerak di belakang tabir berbanding muncul kembali di khalayak ramai menyanyi semula. Apa pun, sehingga ke hari ini Abang Nara masih ternanti-nanti buah tangan terbaru Malique. Dah lama rasanya tak ada lagu baru. Diharap Malique dapat muncul dengan lagu baru untuk mengubati rindu para peminat. Lirik lagu anda memang mantap dan penuh makna!!! Sumber ManggaOnline.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Too Phat Tidak Akan Terjadi – Joe Flizzow

  1. neffs says:

    walau aku dah lama lahir,aku cuma tau laa kewujudan too phat,tp tak berapa nak layan sangat.

    0

    0
    • batu giling ... suka dondang syg says:

      Tak pe lah neff klu dah x minat nak buat camna? Pree Kantery ….. demokrasi. Lama sgt ke lahir? … Asal jgn zmn cafe man udah lah dok gua batu. Kira mude lg jgk. Neff layan aper? … Rock kapaks ke? BSB?… zmn mak2 hakak2. Atau Pop kpop? …. aper2 pon asal jgn lalai solat atau jd mcm mamat tu MIA. Maner lah dia gi agaknyer …?. Too Phat … LET BYGONE BE BYGONE …. Smoga bahagia dgn Hidop msg2.

      0

      0
      • Pak Mail says:

        neffs tu kalau bdk pompuan confirm layan Kpop, x pun One Direction or Justin Bieber. Bukan aku x tahu bebudak zaman skrg ni…. bukan minat muzik sgt pun tapi lebih memuji jantan. Pantang ada jantan handsome…. yg tu lah dia support. Daripada korang memuji jantan luar, baik korang kawin jer dgn Pak Mail. Pak Mail masih kuat lagi nih.

        0

        0
    • Anonymous says:

      Amende yg sampai syurga neraka nih? Gmbr org pegi bercuti dgn fmly pun smpai camtu sekali kena judge? Kt fb berlambak sampai nk termuntah aku tgk gmbr yg lebih daring. Kalau takat camni, come on la.. Mmg ada eh golongan manusia yg konon alim tp sbnrnye berselindung di balik nama agama je untuk judge org dgn niat untuk malukan dan downgrade org lain. Then ckp “kene la tegur sesama muslim” kononnye la.. Give me a break. Judge org mcm org tu post gmbr tgh kongkek pdhal bersentuhan pun tak.

      0

      0
    • minah jambu tk suka scandal says:

      ni mesti bini malique tk kasi malique nyanyi lagi …bini dia dh kontrol dia babtu malique dh tknk n lupakn kawan dia yg dulu sama2 idop kan Too phat…kesian joe flizzow malique terus lupakn dia sebagai kawan sama perjuangkn Too phat cian….tkpe la joe asal dia bahgia sudaaaa…ape kate u ambek bang nara aje jadi partner untok Too phat yg terbaru ..

      0

      0
      • reen says:

        Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
        (surah an-nur ayat 11)

        sekadar peringatan kit sesama manusia…… kerana aku syang padamu sahabat aku menegur….

        0

        0
  2. rora says:

    bodoh

    0

    0
  3. Lydia says:

    Semua orang expect dieorg buat comeback dengan lagu baru, lepas last album tahun 2005! masuk tahun ni dah 10 tahun senyap sunyi! tapi walaupun haluan masing-masing lagu-lagu mereka makin berkualiti, makin mature dan berfalsafah daripada dulu!

    Mereka patut ambik peluang ni untuk buat comeback tapi sayangnya Malique taknak.

    Lagu balada & etc banyaknya lagu cinta, heartbreak sampai naik muntah nak dengar. Macam mana otak pendengar nak berkembang, balik-balik heartbreak pastu dalam dunia reality jadi emotional, sikit2 nak drama. Itula pasal orang malaysia ni byk emotional coz dengar lagu2 mcm tu dan tengok drama tv3! MEMANG HIDUP PENUH DRAMA LA KAN! DAH TU KO YANG MINTAK!!

    0

    0
  4. Malique Joe Mafia says:

    Dua kongsi gelap bergaduh..mana nak baik semula walau bayar dengan darah sekali pun..sorang nak cuci tangan, sorang lagi masih buat kerja dunia kongsi.

    0

    0
  5. anon says:

    Too phat takkan terjadi??? what a shame….loved these two.. Neway all the best to both of them.
    Lagu apa kabar, suara joe ok tapi suara yg nyanyi mula2 lagu tu out, tak sedap langsung……mcm lah takde org lain yg berbakat.

    0

    0