Written by serenity | October 28th, 2011

Hari Sabtu Esok, ada yang tak tahu nak buat apa. Ada yang dah ada pelan untuk ke sana sini. Tapi kalau boleh dapat benda best percuma hanya dengan pergi menonton sesuatu, sudah tentu menarik bukan?

Esok akan berlangsung Pertandingan Akhir Evolusi Muzik Sihat “Revolusi Cipta Kreatif” di Pentas Terbuka Wangsa Walk Mall, pukul 2.00 petang. Sebanyak 10 buah kumpulan muzik akan berentap untuk mendapatkan gelaran juara Evolusi Muzik Sihat “Revolusi Cipta Kreatif”.

Tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk mendapatkan ciptaan lagu terbaik yang boleh menyampaikan mesej hidup sihat di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang muzik. 10 buah kumpulan muzik yang berentap ni adalah yang terpilih untuk ke peringkat akhir setelah 69 kumpulan hadir untuk bertanding semasa peringkat saringan pada 15 dan 16 Oktober lepas.

Sepuluh kumpulan muzik yang bakal berentap pada esok ialah Karektor, Pop Konspiracy, A.K.A.L, Oxygen, The Pheelers, Skalarichter, The Pisang, Radio Island, The Honky Tonk Bros, dan AppleGreen untuk memegang takhta juara Evolusi Muzik Sihat “Revolusi Cipta Kreatif”.

Tapi apa barang percuma yang kami maksudkan?

Kalau korang hadir untuk menonton esok, korang berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang akan membolehkan korang memenangi sebuah gitar akustik berharga RM 500 tajaan The Guitar Store. Manalah tahu kalau korang dapat gitar tu, bolehlah rakam video nyanyian di YouTube dan ada rezeki korang boleh jadi popular macam Yuna atau Zee Avi, kan?

Lagi pula yang menjadi juri pada peringkat akhir esok ialah otai-otai bidang muzik seperti pengarah muzik terkenal, Alwyn Santiago, gitaris legend yang tidak asing lagi Hillary Ang, dan penyanyi kumpulan Metalasia yang power, iaitu Muix.

Di samping itu korang juga akan dapat menyaksikan persembahan selingan dari juara Gatsby Styling Dance iaitu Jackson Chua:

Juga ada esok ialah persembahan dari kumpulan muzik MonoloQue, kumpulan Mancis dan penyanyi solo, Shruti.
Jadi apa lagi, beramai ramai datang, kita kasi gegar Wangsa Walk Mall!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Tonton Pertandingan Akhir Evolusi Muzik Sihat Untuk Peluang Memenangi Gitar Akustik

  1. 1ST says:

    confirm 1st!!!!YEAAAHHHHH!!!

    0

    0
  2. ed shokolath says:

    huwahhh !!! tahniah pada yang 1st :)

    0

    0
  3. asz says:

    aku 3rd

    0

    0