Sejak tercetusnya fenomena drama Rindu Awak 200% , nama Ayda Jebat seringkali dikaitkan dengan Zul Ariffin dari setiap aspek.
Boleh kata, apa sahaja kontroversi tentang Zul pasti Ayda juga akan terkena tempiasnya lebih-lebih lagi selepas Zul putus cinta bersama Gayatri dan kini sedang mengenali hati budi Zahirah MacWilson pula.
Ada juga pihak yang mendakwa Ayda sebenarnya kekasih kepada Zul dah tidak berpuas hati apabila aktor kacak itu memilih Zahirah pula.
Walaubagaimanapun, segala hal ini agak merimaskan Ayda dan sehingga kini beliau masih tidak faham mengapa orang sering kaitkan beliau dengan Zul serta berharap tiada lagi pihak yang berbuat demikian.
Apabila ada cerita yang keluar tentang Zul pasti nama saya juga disebut sama. Ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk saya.
Sebelum ini pun bapa Zahirah ada menyebut nama saya apabila ditanyakan tentang hubungan anaknya dengan Zul. Kalau boleh janganlah sebut nama saya lagi.
Kenapa saya perlu menjawab apabila timbul cerita yang tidak ada kaitan dengan saya. Isu Zul sekarang sedang panas diperkatakan. Lebih baik saya diam dan tidak masuk campur. Janganlah kaitkan nama saya dalam hal yang melibatkan Zul.
Meskipun foto-foto Ayda telah dipadam oleh Zul daripada akaun Instagram miliknya, aktres itu menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan dengan Zul dalam mana-mana produksi selepas ini.
Saya tidak ada masalah untuk bekerjasama kembali. Kami pernah melakukannya secara profesional dalam dua drama sebelum ini. Cuma sekarang saya dan Zul sibuk dengan jadual penggambaran masing-masing. Kalau ada tawaran selepas ini dan masa sesuai, saya akan terima.
Nampak tak Ayda Jebat sendiri pun enggan namanya dikaitkan lagi dengan Zul Ariffin. Harapnya peminat beliau di luar sana dapat terima hakikat mereka bukan pasangan bercinta.