Tiz Zaqyah, lama juga kan kita tidak melihat lakonan beliau di televisyen? Ramai yang merindui lakonan mantap beliau.
Ada juga yang bertanya, bila agaknya Tiz bakal mendirikan rumah tangga. Iyalah, dua tahun lagi aktres itu bakal menjangkau usia 30 tahun.
Enggan komen mengenai soal cinta, Tiz menyerahkan soal jodoh dan perkahwinan kepada takdir. Malah, beliau merasa tiada masalah untuk berkahwin pada usia yang lewat.
Kalau soal cinta, saya tiada apa nak komen. Tetapi saya tak pula fikir usia saya ini sudah agak lewat untuk mendirkan rumah tangga. Saya tiada tekanan dalam soal kahwin ini kerana kita tidak perlu kaitkan dengan soal bersedia atau tidak.
Saya tak terasa kalau orang bertanya, cuma jangan kata saya ini nak kahwin lambat kerana tidak bersedia. Lumrahnya seorang perempuan, kalau dia berkahwin, punya anak, secara automatik dia boleh menjadi ibu dan menjaga anak-anaknya.
Relaks lah, kalau fikir kata orang yang menghina seorang wanita kahwin lambat memang boleh stress dibuatnya. Percayalah aturan Allah SWT itu lebih baik,kalau lambat mesti ada hikmah disebaliknya.