Written by AbangNara | January 23rd, 2015

Untuk anda yang tidak tahu, bekas pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki telah pun berjaya mendapatkan injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar. Abang Nara tidak tahu sangat apa kesan ex-parte ini tetapi daripada apa yang diluahkan oleh Zizan, ia nampaknya memberi impak yang amat hebat kepada pendapatan pelawak tersebut.
marina juki zizanKata Zizan:-

Tindakan dia benar-benar menutup peluang pendapatan dan periuk nasi saya! Tindakannya itu sangat di luar jangkaan dan tidak adil. Malah, saya tidak faham apa yang diinginkannya.

Sebelum ini, dia telah membuat kenyataan tidak mahu lagi menguruskan semua aktiviti saya. Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri.

Saya akan membuat rayuan dan saya percaya keadilan akan memihak kepada saya. Ini kerana saya sedar, saya tidak pun melakukan sesuatu perbuatan yang dianggap salah.

marina juki zizan
Pada awal-awal kontroversi ini berlaku, Marina Juki telah melahirkan kesediaannya untuk bertemu dengan Zizan dan berbincang secara baik untuk menyelesaikannya. Namun entah di mana silapnya, pertemuan itu tidak terjadi. Kini kedua-duanya terpaksa menyelesaikan persengketaan yang terjadi di mahkamah. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Sinar Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 responses to Tindakan Marina Juki Betul-Betul Tutup Periuk Nasi Saya – Zizan Razak

  1. Rooney says:

    Pookie la …tak habis2 bergaduh.

    0

    0
  2. Reema says:

    Kadangkala kita perlu muhasabah diri dulu. Mesti ada something wrong somewhere. Cuba ingat balik zaman kegemilangan sewaktu bersama Marina Juki. Segalanya berjalan lancar. Job masuk bertimbun2 dan anugerah berlambak2. Cuba ingatkan balik bila start perselisihan faham ini berlaku dan apa puncanya. Ketepikan ego masing2 samada Zizan mahupun Marina. Perbetulkan apa yang tak betul. Lepas tu selesaikan secara baik face to face. Tak berbaloi turun naik mahkamah. Nanti habis semua rahsia2 peribadi keluar. Duit untuk bayar kos peguam lagi la banyak. Peguam suka aje . Kalau boleh lagi nak panjangkan isu ni sebab lagi lama lagi banyak yuran mereka. Zizan dengan Marina bergaduh, peguam tepuk tangan sebab duit masuk. Insya Allah semuanya akan kembali normal.

    0

    0
  3. Saudagar Taugeh says:

    Buatlah rayuan.
    Dah terbukti secara perundangan yang awak menyalahi terma dalam kontrak bersama Wireframe.
    Selalunya akan ada terma dalam kontrak di mana tidak boleh menandatangani kontrak dengan pihak lain tanpa persetujuan.
    Anda sudah terang-terangan sign kontrak bersama Astro, tanpa persetujuan Wireframe.
    Tanggung sendirilah ye

    0

    0
    • akulah says:

      betul tu…jgn fikir diri sndiri x de bt slh langsung..nilah klu fikir diri hebat..poyo je!!

      0

      0
    • sue says:

      Ya betul. U r bound to an existing and legal contract dgn Wireframe for a period of time, mana boleh angkat kaki & blah camtu jer? Kira langgar contract ler, Zizan oiii! Wireframe has a right to sue. During the contract period, you x boleh sign contract lain dgn org lain. Illegal tu. Again, Wireframe has a right to sue. Jadi, automatic segalanya kena put on hold dulu dgn contract baru yg x legal tu. Make sense lah camtu. Bukan kata sengaja nak rosakkan periuk nasi ker apa. Mmg legal implications dia mcm tu. You bukannya contractor @ developer rumah Zizan oiii! Boleh sign contract buat perumahan kat merata tempat! Haih… buat lg x pikir panjang. Org dah dok kata hang kurang cerdik pulak..

      0

      0
  4. Rohani says:

    Dulu lu ckp bekas pengurus lu lonyapkan duit lu. Kata nak kemukakan butir, tapi sampai skg … Hampeh! So sebenarnya lu la yg x tahu baca kira2 syarikat… Org soh pegi skolah lu nk melawak…. Lepas tu lu bekukan account syarikat sampai artis2 lain susah nk dpt payment lu buat x kisah… Skg berpatah balik pd lu la… Dlm islam x ada karma, ada kifarah. Kita buat baik, Allah balas baik. Dan sebaliknya. Dunia sekarang ni, CASH on the sport…. Lu lawak la sampai kertu……

    0

    0
  5. belatok says:

    hahahaha,

    hari tu kemain bekukan account syarikat, tak kata tutup periuk nasi org lain..
    takde duit nak byr instalment keta mewah lah tu..

    si mena juki ni pulak agaknya cinta tak berbalas kot..

    hahahaa..lain kali ambil share partner or pengurus sama jantina..tak tak keruan sgt

    0

    0
  6. Langsir biru says:

    Ambil berkat hari jumaat ni, bermaaf-maafan lah korang berdua. Hidup tak kekal lama pun…

    0

    0
  7. anon says:

    Tulah zizan, kau pilih emma sb tu marina marah sngt sb dia tu ade hati dengan engkau…

    0

    0
  8. AntiZizongggg says:

    Zizan ni mmg lupa diri, ingat diri tu top sangat. Ni la padahnya.

    0

    0
  9. nara pengen nikahi perawan says:

    inilah gayanya artis2 malaysia. masa awal2 penubuhan wireframe dulu,kata syarikat tu zizan yang punya. pastu baru ngaku dia hanya pemegang saham bersama rakan kongsi. konon2 bijaklah uruskan bisnes. rupa2 dia rakan kongsi tidur jer. itulah susahnya kalau tak der ilmu. cube tengok artis2 berilmu macam fazley yaakob, sani express, neelofa, ezani nizarif, dan banyak lagi. bisnes diorang maju tapi tak der pun nak mendabik dada.

    0

    0
    • hehh says:

      kau bandingkan dengan artis yang lahir2 dah kaya….

      0

      0
      • Tak sesuoiiiii .... says:

        Nama2 yg disebutkn … mmg asal parents dan kluarga Perniagaan yg berjaya dan kluarga mrk mmg dah kaya raya ..kecuali ezani mmg sy x tahu. Mrk smua ni dtg kluarga yg mmg pentingkn pel.

        Berbanding dgn background fmly dn education zizan mmg tak leh nk bandingkn lansung dgn nama yg disbtkn tu. Mcm mana zizan nak ikut mcm dorang tu. Tak sesuaaaiiii. Jauhnya mcm langit tembus bumi. Kenalh cari artis2 sama level dgn zizan tp berjaya … Saper??? Ada2 sape2 yg tahu ….

        0

        0
        • azizang says:

          artis yg sma level pelajaran dgn zizan n berjaya..ko tnya sapa?? ko xtahu ke..aq tahu..DATO SITI NURHALIZA…btoi x..?
          background fmly n edu lbih kurng sma kn..

          0

          0
        • nara pengen nikahi perawan says:

          memang la diorang tu dari keluarga yang kaya-raya dan pentingkan pelajaran, tapi diorang start bisnes dari 0. macam neelofa. dialah satu2nya artis yang pernah mengaku dah lama tak meniaga kasut sebab tak cukup pekerja. pastu plak, dia kata dia perlu promote bellavita betul2 sebab banyak duit dah dilaburkan untuk produk tersebut. skang ni plak neelofa dah meniaga abaya dan contact lens. nampak x yg neelofa memang bermula dari bawah dan tak mendabik dada. sama juga dengan mila jirim. dia mengaku bahawa dia pernah arahkan pekerjanya buang stok produk kecantikan sebab tak laku. tapi skang ni mila dah ada 2 cawangan restoran, bisnes event management dan jual baju kurung online. nampak x skang. orang yang berusaha dan berjaya biasanya tidak mendabik dada. lainlah macam zizan yang mengaku buka bisnes talent management. rupa2 dia cuma rakan kongsi tidur. pastu plak boleh langgar kontrak. kalau tak buat betul2, memang tak menjadi nyah.

          0

          0
  10. N says:

    kes cinta tak berbalas waaaaaaaaaaaaaaaaa

    0

    0
  11. AwanNano says:

    Periuk nasi kene la tutup,tak tutup kang masok plak lipas kang…dah takbleh nak makan nasi tu….. hmm..

    0

    0
  12. bedah bedot says:

    Zizan tak layan cinta Marina kut… tu yang balas dendam kaw kaw.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    tak paham laa…mana satu betul ni…marina juki ni dh kawin ke blom? betul ke dia syok kat zizan? baca komen2 kat sini serabut fikiran…huhu

    0

    0
  14. bella says:

    rasanya xde istilah bls dendam atau cinta x berbalas sb setau aku marina ni dah kawen. xde mana dia nk hadap zizan. tp dlm kes ni zizan langgar kontrak. masih terikat dgn wireframe tp dia gatal ikt kontrak dgn org lain.
    kes cmni slalu terjd. sb tu dulu si zahnita model tu saman gulatis sb guna nama gmbr dia padahal dia x kat kontrak dgn gulatis pun. dia ikt kontrak dgn kamdar (klau x silap aku) dia saman sb dia takut kamdar saman dia sb ingt dia ikt kontrak dgn gulatis. ni cite lama aku pun ibgt2 lupa. tp kes lebih kurang.

    0

    0
  15. menci says:

    ape la mslh ko ni jijan….ko yg ttp akaun sume tu bagai..
    nk slhkn org lain plak…bile bende lain jadik..
    lain kali pikir dlu..
    sblm buat kptsn bodo tu…
    belajar dr keslipan…
    try harder next time ya

    0

    0
  16. katak says:

    Cubalah jadi mcm Awin & Izzue Islam…
    Artis kawin dgn pengurus… Urus siang & urus malam..
    Dapat duit boleh simpan sama-sama.
    Guna isteri jadi pengurus ke mcm Aaron Aziz. Takde gaduh gaduh. Takde pusing pusing.

    0

    0
  17. busy bulus says:

    aku rasa marina ni suka kt zizan kot..kne reject, tu y mroyan mcm tu…

    0

    0
  18. EA says:

    dio kecewo sebak mung couple dgn emma tu zizang….tu wat gitu tu…

    0

    0
  19. BBNU says:

    FYI, Marina ni dah kahwin la. Laki dia lg ensem dari Zizan kot. Jangan memandai buat fitnah. Zizan tu kena sekolah balik cara2 nak patuhi kontrak.

    0

    0
  20. semanlabuh says:

    laki marina jauh lebih hebat.ada pelajaran yg boleh guna pakai sampai mati.jauh lebih macho.marina juki ada taste.n one more thing kalau tak jadi pengurus zizan pun die boleh hidup la.family background die sape.kalau tak caya pi tengok bisnes family marina juki di subang jaya.Bapak die bukan kj JKR ok.bapak die saudagar minyak.so piki dulu la bila nak cakap.ko ingat kemaruk sgt ke marina kat zizan tu.Emma pun da lari tinggalkan zizan.sekurang kurangnya hidung kamal tak la besar sangat.hahahah

    0

    0
  21. bunga says:

    ade sbb knp jd mcm tu….doakn yg terbaik untk zizan…..

    0

    0