Written by AbangNara | April 6th, 2015

Salah satu perkara yang menyeronokkan/men’stress’kan apabila sudah mempunyai anak ialah pengembaraan mencari lampin pakai buang. Fuh!!! Memang mencabar. Mesti ada yang ingat senang kan? Iyerlah, macam-macam jenama lampin pakai buang ada di pasaran. Namun tak semuanya sesuai dengan anak kita. Ada yang pakai timbul ruam, ada yang saiz tak kena, ada yang pakai sejam dah basah sampai terkena seluar dan macam-macam lagi masalah.

drypers

lampin pakai buang yang bagus memberikan anak kita tidur yang lena

Masa Aariz dulu ada dekat 5,6 jenama jugak yang Abang Nara dan wife try. Semuanya berakhir dengan kekecewaan sehinggalah kami bertemu dengan Drypers. Kitaorang guna Drypers Drypers Wee Wee Dry. Aariz pakai size XXL manakala Arissa pulak saiz M. Jujur cakap Drypers Wee Wee Dry ini memang bagus. Tidak terlalu tebal, tahan lama walaupun anak kencing banyak dan paling penting, harga lebih murah berbanding lampin pakai buang lain.

drypers

Arissa dan Drypersnya

Jadi bila Drypers bagi kitoarang Drypers Drynights kat Abang Nara untuk dicuba, memang teruja juga diri ini dibuatnya. Drypers Drynights ini paling bagus dipakai pada waktu malam. Iyerlah, budak-budak masa malam kencingnya lebih sikit sampai kita kena bangun tukar lampin. Drypers Drynights ini ada fungsi Longest Absorbing Care yang memastikan lampin kekal kering selama 12 jam sekaligus anak-anak boleh tidur dengan selesa.

drypers

budak 2 orang yang excited nak try Drypers Drynights

Cantik kan packaging Drypers Drynights nie? Korang akan lagi kagum apabila mengetahui ia diperbuat daripada 100% Breathable Cloth-Like Cover dan bahagian dalamnya mengandungi 4 Natural Plant Extracts from Aloe Vera, Chamomile, Olive Extracts dan Vitamin E. Kesemua ini akan memastikan kesegaran kulit bayi kita dan memberikan keselesaan ketika diorang tidur. Power kan?

drypers

Abang Nara dah try dah pakaikan Drypers Drynights ini kat Aariz dan Arissa sejak seminggu yang lalu. Fuh!!! Memang best. Kalau sebelum ini ada juga sekali dua kena bangun tukarkan lampin pakai buang, kali ini memang tak ada langsung. Dua-dua tidur nyenyak sampai keesokan paginya. Fungsi Leak Guard dalam Drypers Drynights memang berjaya menghalang air kencing diorang daripada bocor sekaligus memastikan keselesaan sepanjang malam. Abang Nara pun sedap la tidur berdengkur sampai Subuh. Hehehe.

drypers

Aariz dan Arissa dengan Drypers Drynights

Abang Nara cakap lebih-lebih pun bukannya korang nak percaya selagi tak try sendiri kan? Jangan risau korang tak payah pergi kedai beli sebab boleh dapat FREE. Syaratnya hanya perlu daftar Drypers Baby Club. Bukan sahaja akan pek percubaan Drypers Drynights, tapi kalau korang bertuah, boleh dapat beg yang teramat comel macam kat bawah nie.
drypers

Selalulah juga jenguk-jenguk Facebook Drypers Malaysia dan laman web www.drypers.com.my sebab selalu ada promosi yang best-best daripada mereka. Di kala harga barangan semua tengah naik untuk GST, inilah masanya untuk berjimat lebih-lebih lagi bab keperluan anak-anak. Selamat mencuba dan selamat tidur malam dengan lebih denan dengan Drypers Drynights.

48 responses to Tidur Lebih Selesa Dengan Drypers Drynights

  1. Sapa yang salah says:

    sehari sebelum GST – Drypers @tesco = RM 48
    bila tiba GST – Drypers @tesco = RM 51

    WTFish Tesco. tamak

    Semalam pergi pasaraya checkers, drypers baru RM 33.

    Kesian dkt mak bapak yang kais pagi makan pagi nak beli pampers anak

    0

    0
    • anti GST says:

      Setuju. Kalau beli 10 barang dah 30-50rm bayar GST.
      Itu baru barang keperluan bukan yg lain2.
      Tiap2 bulan kerana GST beratus-ratus akan habis.
      Next PRU sumpah takkan vote UMN0-BN.
      Menyusahkan rakyat lagi ada. Mampuslah Najib.
      Biar PM pertama jadi pembangkang.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Najib patut berundur la..menindas rakyat.

        0

        0
        • Miss Dr M says:

          Mustahil GST akan kekal paras 6%….apa yg xnaik dibawah Najib? Besok pangkah BN..naik lagi. Aku x dah percaya BN. Kuburlah UMNO hendaknya.

          0

          0
        • Maria says:

          Muak aku…semua naik. Apa nak jadi.. jadilah. Takkan aku pangkah BN lagi. Memang tak berhati perut. GST ni la membuatkan aku semakin meluat dgn UMNGOK. Sorry..konon nk tolong rakyat. Semuanya palsu dan penipu.

          0

          0
        • Zack DL says:

          Ada tak sapa2 kat sini Diaper Lover (DL) ? Saya pun sama dah terkesan dengan kenaikan harga pampers… Sebelum ni boleh pakai pampers 3x sehari.. Sekarang dah kena kurangkan jadi 2x.. Sekarang nak kencing terpaksa pergi toilet .. Uwaaaa sedihnya harga pampers dah naik…

          0

          0
        • Mawie says:

          Apa yg x naik? Dia kasi BRIM…lepas tu dia ambil semula. Memang Najib x boleh dipercayai. Memang pemimpin yg aku x respek dan xde integriti. Konon berlakon baik tapi menyusahkan rakyat. Memang licik.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Aku redha dgn GST. Najib bukan Allah. Rezeki aku ditangan Allah. Orang yang sudah kaya tetapi terus mahu tambah kekayaan, hakikatnya orang itulah yang miskin.
          Kerana dia sentiasa merasa tidak tenang dengan apa yang ada dan ingin terus tambah, itulah tanda kemiskinan. Manakala jika seseorang itu tak punya apa-apa, dan hatinya tidak mahu lagi apa- apa, itulah hakikat orang kaya yang sebenar. Kerana dia merasa tenang dengan hidupnya sebagai orang yang cukup (kaya).
          Jangan sampai kena musibah sudahlah. Itu saja aku nak cakap.

          0

          0
        • Aries says:

          Kita kena berbalik jalan Islam.
          Aku tak sokong GST tapi…. Naik turun harga barang tidaklah mengurangkan rezeki yang Allah tetapkan pada kita. Kalau naik harga sejuta kali ganda, dan Allah tetapkan rezeki kita sebanyak amaun X, maka sebanyak amaun X sahajalah kita dapat makan dan pakai. GST ke, harga naik sejuta kali ganda ke, minyak kering ke, aku tetap akan makan, minum, pakai apa yang telah ditetapkan rezeki padaku yang mana ia ditetapkan pada saat aku masih dalam perut ibuku.
          Allahuakbar.

          0

          0
        • miss ynwa says:

          bodohnye sape yang redha dgn GST tu..umpama mcm engkau redha
          jela hidup engkau ditindas2 oleh kerajaan zalim…mungkin sekarang engkau ada rm5 engkau masih boleh bayar barang rm3 engkau masih ade baki rm2 untuk hidup engkau, engkau redha..sampai 1 masa engkau ade rm2 je dalam poket engkau…tapi engkau kene bayar barang rm2 yg wajib (kerajaan tindas)…engkau sampai lapar nak lepas tekak sendiri pon tak dapat…BARU WAKTU tu hilang redha yg selama ni engkau tegakkan untuk membela kerajaan yg engkau sanjung? konsep redha tu salah…bile kerajaan zalim kite patut bersuara!!! bukan redha!!! entah hape2 lah macai yang redha dgn kezaliman ni..engkau nak sampai terduduk macam mane lagi lah baru engkau nak buka mata…tak faham aku….aku ade anak kecik terasa sangat dgn GST ni…aku sampai terasa mcm nak pakai kan anak aku napkin je biar lah penat tukar 80 kali sekali pon janji harga lampin semua lari budget mak oii . tu belum masuk susu lagi !!

          0

          0
        • Kiki Kerja Kahwin says:

          zack dl .. dah besar panjang masih pakai pampers ke? eiiii tak malu

          0

          1
      • aku says:

        mak aku belanja barang dapur aritu.. drpd total rm140++ …rm70+ kena GST…itu pun rm4++ n lagi rm70+ tak kena gst… tang mana yg gst beratus2 nyer???

        0

        0
        • aku sendiri beli barang dapur says:

          mak engkau beli barang? hehe… nak tergelak aku. kenapa tak engkau sendiri beli barang dapur? tak ada gaji lagi? anak mak kau pakai pampers lagi tak? minum susu formula lagi tak? mak kau masih hulu hilir hantar anak ke sekolah pas abis sekolah hantar budak g daycare tak? mungkin kau atau mak kau org senang mcm najib mcm rosmah. hakikatnya kami rakyat biasa yg hanya mampu hidup sederhana akui menderita kerana gst tau tak. harga pampers harga susu harga roti bun harga sardin semuanya DAH NAIK BELUM TERMASUK GST. kalau kerajaan prihatin sangat ngan rakyat kenapa kenakan gst pada makanan contoh kicap, sos, mi maggi, sardin ayam , mkn dlm tin, roti bun berinti, air sirap. apa kami yang miskin ni pun kena cukai jugak ke? kenapa tak naikkan potongan cukai penjawat tinggi kerajaan? kenapa tak lipatgandakan harga kereta import, kereta mewah yg sah org miskin cam kami tak mampu beli.

          0

          0
        • aku says:

          aku sendiri beli barang dapur: eh..kau tak payah nak tergelak sgt.. mmg mak aku beli barang…tp aku yg bayar..so what?? apa kau sehari sebotol kicap ke abes?? sehari sebotol cili sos ko bedal? kesian anak2 ko..kecik2 lg dh d sudu maggi..4 ur info..maggi x elok utk kesihatan yer..lagi2 budak2..yer..aku tau pampers ade gst..tp kau mcm tekan kan brg2 yg ade gst je..sdgkan kebanyakan barang keperluan harian xde gst..kenapa x ckp?? heh..aku bukan sokong sgt gst ni..tp aku xde la nk menggelupur sgt. aku percaya ALLAH sentiasa bersama org yg tertindas. dh 7 ari kena GST ni aku tgk ko idup je lg siap ley komen kat ruangan gossip lg..xde mati pun kena gst…?? hehe…sudah2 la tu..walau kau melalak kat mane2 pun..hidup perlu d teruskan..even bertukar kerajaan sekalipun..belum tentu gst akan d mansuhkan..n again..hidup perlu d teruskan jugak..peace!

          0

          0
      • Anonymous says:

        senang kira gaji korang blnja brg2 mkn2 contoh dalam Rm1000 sebulan jagi gst korang tanggung RM60. klu RM2000 gst RM120, klu RM6000 RM360..
        nasib la najib tmbah pendapatan Negara dgn berniaga dengan rakyat sendiri..

        0

        0
      • Anonymous says:

        Sapa suruh pangkah BN lagi!

        0

        0
    • Hardeep says:

      Sebenar nya syarikat atau peniaga tidak rugi walau pun se sen apa bila gst terlaksana tapi pengguna yang dapat kesan tun ni sebenarnya marah duit yang dapat dari hasil pungutan gst ni nanti ke mana sama ada ke negara yang di janji kan atau ke poket pemimpin yang tamak seperti pakci yang suka main golf atau isteri pakci yang suka beli cincin permata

      0

      0
      • Hmnnnnn says:

        …. rata-rata mereka menyatakan GST ini dilaksanakan kerajaan kerana ekonomi negara telah tenat akibat pembaziran dan pengurusan kewangan yang tidak cekap oleh pihak pemerintah. Dah lah pengurusan tak cekap, yang kaya pula asyik lari dari cukai. Jadi negara terus miskin, nilai mata wang jatuh, harga barang naik. Jadi untuk terus “survive”, mereka tukar sistem cukai baru iaitu GST bagi memastikan setiap orang dikenakan cukai dan hasilnya digunakan untuk selamatkan ekonomi Malaysia. Sedih kan?

        0

        0
    • Anonymous says:

      Kita bangkit Kita Lawan kezaliman ini!

      Ayuh sebarkan seluas-seluasnya!!

      ?#?Himpunan1Mei? ?#?BatalGST?

      0

      0
    • NALIYA says:

      TESCO MMG MAHAL! sy beli pampers heybaby kat kdai luar rm21. kat tesco RM30! last soping kat tesco

      0

      0
    • zuanzuan says:

      mmg kesiah aku tgk family yg beli lampin after gst, mahal sangat, beza harga hampir rm 5-7 ringgit dan itu BELOM TAMBAH GST masa kira dan bayar kat kaunter. Ada sekali tu aku kat toilet mid valley aku tgk sorg father cuci balik pampers pakai buang anak dia kat singki then keringkan kat hand dryer, dia ckp tak bawa lampin spare, padahal dlm mid valley ada hypermarket yg jual lampin. Set in mine mind->brother ni berjimat coz lampin dah mahal. Terima Kasih Najib bin Ajaib.

      0

      0
  2. masi pakai pampers? says:

    Dah berape umur anak lelaki u tu abg nara? Ajarlah potty train. Anak i setahun lebih dah tak pakai pampers dah.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    GST….membuka pintu kezaliman UMNO dan BN. Sila like…

    0

    0
  4. ugly nara says:

    GST tu untuk kayakan najib! Hakkkk tuih… Sila lah berundur! Rakyat dah lama muak dgn najib!

    0

    0
    • Ida says:

      Hutang negara makin menebal di bawah Najib yg berhutang berbillion. Rakyat jadi mangsa. Berundurlah Najib. Kau tak pernah hidup susah. Kau bukan jiwa rakyat. PM pertama yg aku meluat tengok muka. Rindu Dr M…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Kita tidaklah membantah GST tetapi yang kita bantah sekarang ini kesan kerajaan pimpinan Najib Razak terlalu boros membelajakan wang rakyat tidak ke arah yang sepatutnya seperti beli jet, hutang membengkak perlu diselesai dan hutang 1MDB dan segala macam kebobrokan hingga rakyat menderita kesan kepincangan kepimpinan yang mereka laksanakan. Mana adilnya???

        0

        0
        • Aries says:

          Bab duit dan ekonomi ni, tak akan dapat diselesaikan oleh sesiapa pun samada kerajaan atau pembangkang. Sebab ekonomi Malaysia dan dunia ini dijana oleh sistem riba yang Allah telah isytihar perang dan Allah telah laknat dunia akhirat. Jadi buatlah apa cara sekalipun, ekonomi berasaskan riba tidak mungkin akan bertahan walaupun bertukar kerajaan seratus kali kerana ianya sistem yang terlaknat/ cursed system. Kita kerja dan sara anak bini kita se Islam yg boleh…cuba lah jauhi daripada dosa dan nista. Buat yg terbaik cara Islam…

          0

          0
        • ejak says:

          kita membantah GST!!!!

          0

          0
    • Puiii says:

      Bayangkan sekali beli harga RM200 kena cukai sekitar 5%-tolak 1% dan kalau sudah 10 kali bukankah namanya RM100 dan kalau setahun kira saja berapa. orang kaya itu tidak apa2 tetapi orang miskin gigit pelan2 dan akhir begitulah main gasak diam2 sampai ke tulang. Kenyataan tak bawa kesan kepada orang awam, barangkali itu hanyalah pandangan dari kepala otak dan mata orang kaya yang melihat nilai RM5 seperti lima sen, tetapi bagi orang miskin itu cukup bermakna sekali.

      0

      0
  5. Mizz Nini says:

    kalau dah restoren pun beli barang2 kena GST takkan la mereka tak naikkan harga dlm menu tu kan? jangan jadi lurus bendul sgt lah wei. rata2 semua x setuju psl gst ni. yg hanya setuju lembu2 umno tu je. sekarang ni makin banyak peniaga2 menipu. dah la naikkan jarga barang..gst lagi. thank umno….next election, tunggu pembalasannya.

    0

    0
  6. Suri Rumah says:

    bagi aku Njib la perdana menteri yg paling terburuk dlm sejarah. pendatang naik, jenayah naik, barang naik….semua naik. sejak jadi PM rakyat makin susah. aku dah muak dgn kepimpinan Najib.

    0

    0
  7. Leha says:

    Kalau misalnya itu tidak memberi kesan, kenapa kerajaan kata untung kesan dilaksanakan GST. Apa maksud untung? Kerajaan berniagakah? Kutip cukai bukan dinamakan untung tetapi itu dikatakan hisap keringat rakyat yang memang sudah susah dan payah derita.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Biarlah pembaca2 semua, kerajaan menzalimi rakyat. Kita berserah pada Allah SWT. Aku percaya ada hikmah semua ni. Jadi, kita merasa kasihan kepada pengejar dunia yang mengejar ia siang dan malam dengan penat tanpa mempedulikan rakyat akhirat.
    Biar Allah saja membalasnya. Tak guna kita memekak dalam media social. Najib bukan tuhan. Saya menulis status ini atas dasar pro saya kepada tauhid dan tasawwuf bukan bermakna saya redha kepada kezaliman daripada mana-mana pihak samada kerajaan atau pembangkang. Sabar je…ada cahaya disebalik kesabaran.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Tujuan BN mengadakan GST sebab negara dibebani hutang beratus billion.
    Pak Jib mahu jadikan Msia seperti Indonesia dan Filipina dimana jurang antara kaya dan miskin semakin menebal. Lebih banyak golongan2 berpendapatan rendah, senang la kroni2 menguasai dan menindas rakyat yg tak berdosa. Yg kaya tauke2 akan dijaga UMNO-BN sebab mereka membayar cukai2 yg banyak yg dpt menyumbang kpd pendapatan negara. Merekalah yg akan membentuk polisi dan membentuk acuan kewangan/politik negara. Islam digalakkan membayar zakat, kalau rakyat tidak mampu membayar zakat, barulah diharuskan cukai. Nampak tak kenapa Dr M akhir2 ini membidas Pak Jib? Pak Jib tidak pernah hidup susah. Pak Jib bukan pemimpin berjiwa rakyat. Hukum GST adalah haram oleh kebanyakkan org alim2 dan ulama2 (tapi halal pula bagi ulama2 UMNO). Ini kerana GST menindas rakyat. Menzalimi sesama agama dan bangsa. Sama dengan bentuk penindasan skim cepat kaya piramid. Cukai perlu bagi negara tapi barangan keperluan asas tidak harus dikenakan GST. Kalau kicap pun kena GST ini memang kronik. Korang pikir la sendiri. GST bukan menolong rakyat. Itu hanya angan2 golong elite yg mahu rakyat menderita dan tunduk dengan idelogi politik yg hanya menguntungkan segelintir pihak. Mana pergi keuntungan minyak dan sumber bumi negara? Sedih negara ku kini yg diperintah oleh pemimpin yg tidak berhati perut. Ya, Allah selamatkanlah kami.

    0

    0
  10. dengarkan says:

    Apa yang kalian ambil dariku (cukai dan lain-lain) maka itu bermakna ia bukanlah rezeki aku. Mungkin saja didalamnya terdapat keharaman yang tidak disucikan lalu Allah jauhkan ia dariku dengan rahmat dan kasih sayang dariNya agar aku selamat dari yang haram serta dekat pada yang halal. Jangan sesekali fikir Allah akan jadi miskin atau kedekut selepas terlaksananya GST atau berlakunya naik harga barang. ALLAH yang samalah beri makan pada aku sebelum GST, dan ALLAH yang sama juga akan beri aku makan dengan kenyang dan aman selepas GST

    0

    0
  11. Man says:

    Aku yg duduk bandar gaji tak seberapa ni dah rasa beban GST, inikan orang2 di kampung. Kenapalah keras dan hitam nya hati pemimpin2 yg konon memperjuangkan nasib orang2 melayu?

    0

    0
  12. markonah says:

    Nara oii. anak lelaki dah besar tak kan nak pakai pampers lagi… malas ye nak ajar anak

    0

    0
  13. ghost says:

    ala..yang nyokong si pak jib ni pun kbykn org yang memang duduk kg.serius x tipu.contohnya org kg aku sndiri..ms hari pru aritu kemain nyokong.pengundi lain pakai baju kaler ijau dituduh penyokong pas..padahal dorg dok berboria pakai bju biru tu ape cer??pfffttt.

    0

    0
  14. alias says:

    nara..anak hg xlayak jd model,,cari la baby yg comel skit

    0

    0
  15. Mak semah says:

    Masya allah baby yg la kiri tu sebijik muka Nara.. Ingatkan Nara yg pakai DRYPERS tadi.. Hahahah

    0

    0
  16. AwanNano says:

    Sejak GST kesempitan wang aku dibuatnye. simpanan cepat je habis. biasa sebelom GST ada gak sisa RM200-300 dlm simpanan aku.la ni mampuih nak struggle hidup.

    0

    0
    • Betty says:

      aku pun sama. pergi beli barang itu hari…dulu bayar rm 200..sekarang kena extra rm 50 jadi 250 semua kerana GST. ini baru sekali shopping. pekedai2 pun pening kepala kira GST. memang menyusahkan semua orang. setahun beribu bayar GST. memang sial kerajaan sekarang. sorry la…no respect lagi. kau ingat kami semua ni naik jet duduk dalam banglow ke Najib????

      0

      0
  17. Anonymous says:

    BRIM tu yg tak patut bagi……….tak perlu BRIM tu.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Aku penyokong kuat BN terutama zaman era Tun mahathir. Paling best PM.Aku jadikan beliau idola. Aku mula benci BN selepas pak lah ambil alih.tapi tetap pangkah BN. Kini aku dah cukup benci dgn BN 100%.Bila Najib pegang jawatan PM. orang ramai dah mula merungut apa lagi tentang gst. Percayalah jika pru diadakan sekarang BN akan kalah teruk .tersungkur sampai Ketanah. Kalau berani bubar parlemen Kalau takut letak jawatan.

    0

    0
  19. mimi mazola says:

    Mak pun tertekan sgt..5 anak kecik2 lagi pakai pampers…susu lagi…brg dapo lagi..skg ni mak jimat2..dpt gaji mak terus larikan duit mak dlm tabong ayam..kesian mak..dah la x merasa brim brom tu..skg kena tambah pulak bayar gst..isk..isk..rasa nak balik semula ke london..sama payah dok kat msia ni…

    0

    0
  20. jibby says:

    cari aku sampai jumpa di padang mahsyar nanti NAJIB…ALLAH TU LAGI BESAR DARI HANG…DAH PEGI UMRAH TU BILA NAK INSAF…TAK HALAL APA YANG HANG AMIK…DEMI ALLAH…CARI AKU SAMPAI JUMPA DI PADANG MAHSYAR..HARI KEBANGKITAN TERBESAR NANTI….

    0

    0
  21. pampers pon dah makin mahal dengan gst ni….

    0

    0