Selepas Saharul Ridzwan dan Mira Filzah memberitahu enggan menyentuh sesiapa yang bukan muhrim mereka didalam lakonan, kini tiba giliran Sherry Ibrahim pula melakukan perkara yang sama, setelah membuat keputusan untuk berhijab pada ulang tahun kelahirannya yang ke 33.
Niat Sherry berbuat demikian bukanlah kerana hendak berlagak alim seperti dakwaan sesetengah pihak, tetapi kerana beliau ingin cuba menjadi seorang muslimah sejati.
Saya akan bekerja seperti biasa namun sesuai dengan perubahan imej, selepas ini saya tidak mahu lagi adegan bersentuhan dengan bukan muhrim. Saya bukan mahu cuba terus berlagak alim tetapi itu adalah salah satu langkah yang saya cuba ambil untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.
Sherry pada masa yang sama memberitahu beliau tidak kisah dengan anggapan orang bahawa beliau bertudung kerana ingin berkahwin.
Itu pandangan orang, saya tidak boleh hendak halang. Perubahan saya tiada kaitan langsung sama ada untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Satu permulaan yang baik untuk Sherry Ibrahim berubah. Kita seharusnya menyokong dan mendoakan yang terbaik buatnya dan bukan mempersoalkan mengapa beliau buat begitu.