Written by Bella | June 30th, 2015

Baru-baru ini, Syafiq Kyle telah tampil menjelaskan status sebenar hubungan beliau bersama Uqasha Senrose selepas  ada  ura-ura mengatakan mereka kini sudah berpisah kerana sudah jarang dilihat bersama. Namun, Syafiq mengesahkan mereka masih lagi bergelar pasangan kekasih.

Mengakui terkejut dengan kenyataan teman lelakinya itu, Uqasha bagaimanapun merasa terharu dengan pengakuan yang dibuat oleh Syafiq kerana  selama mengenali kekasihnya itu, Sayfiq disifatkan sebagai seorang yang tidak suka mendedahkan perihal peribadi pada umum.

Apa yang saya kenal dia, dia memang susah nak berkongsi tentang hal peribadi sebab itu saya terkejut apabila dia buat kenyataan begitu. Kami pun sudah lama tidak berjumpa dan meluang masa bersama sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran tetapi bila ada masa, kami akan berhubung.

Zaman sekarang ada macam-macam cara dan teknologi untuk kita berhubung. Saya terbaca kenyataannya itu di Twitter. Masa saya baca tu, saya hanya tersenyum saja dan terharu. Kalau dia dah mengaku macam tu, saya rasa tak perlu saya nak komen apa-apa.

Uqasha memberitahu sebenarnya beliau bukan sengaja mahu menyembunyikan status hubungan beliau bersama Syafiq tetapi beliau ingin menjaga adab dan keperibadian sebagai seorang wanita dimana ia tampak tidak manis jika beliau menjaja kisah mereka secara keterlaluan dan dituduh gatal.

Saya tak suka kongsi kehidupan peribadi baik di laman sosial Instagram ataupun secara terbuka. Kalau di Instagram saya, saya lebih suka berkongsi perkembangan kerjaya. Sebagai perempuan, tak manis pula kalau kita yang bercerita, nanti nampak macam kita lebih-lebih pula. Tak mahu nanti orang nampak macam kita yang gatal. Jadi, saya kena jaga maruah saya.

Kadang-kadang kalau kita terlalu mendedahkan soal peribadi terutama sekali kisah percintaan ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi. Nanti bila tak menjadi ramailah yang mengeluarkan kata-kata cacian yang membuatkan empunya diri malu.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

 

9 responses to Tidak Mahu Orang Nampak Kita Gatal – Uqasha Senrose

  1. sayangku salmah says:

    nape takde komen?

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      minah tudong kalau gatal mana nampak…gatal dlm diam..

      0

      0
      • Anonymous says:

        cik ta harap ikuti uqasha ni. share pasal kerjaya saja dlm media social. baju raya 60 pasang pun nk cerita? please la.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    kna bg fida baca entry nih… hihuhiiii

    0

    0
  3. Matahari says:

    Fida kena ambil nota dri sni ok..AHAHAH ! Betul tue biar laa lelaki yg buka mulut dlu.. nie klw fida baru rapat skit dah mulaa ada perasaan cinta dkt mamat tuee.. hahaha !

    0

    0
  4. ash says:

    mcm2 la…
    x nk komen la, x nk nmpk gatal la….
    tp byk gmbo bdua sane sini…
    yo lah….

    0

    0
  5. ayahanda abdul rani kulup says:

    ellehhh…takut ayah kebas…sbb tu dia bgtau
    # kipidap dongibab

    0

    0
  6. Anonymous says:

    peduli apa cakap org. do whatever makes u happy lah….

    0

    0
  7. Anonymous says:

    ce ckp mcm tu kt adik ko nelydia senrose..’tidak mahu org nmpk kita gatal’

    0

    0