Tidak Berpeluang Berucap Di AJL28, LY & Baiduri Tidak Terasa Hati

Hiburan

Tidak Berpeluang Berucap Di AJL28, LY & Baiduri Tidak Terasa Hati

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. AJL28 sudah hampir 2 minggu berlalu namun masih ada suara yang kurang berpuas hati. Secara jujur, Abang Nara pun terasa pelik juga apabila komposer lagu “Bahagiamu Deritaku” iaitu LY dan Baiduri tidak diberi kesempatan berucap apabila lagunya dinobatkan sebagai juara.  Hanya Hafiz sahaja selaku penyanyi yang membuat ucapan dan terus menyanyikan lagu tersebut sekali lagi.

ly baiduri

Advertisement

Ramai yang menyatakan LY dan Baiduri kecil hati dan rasa terpinggir kerana kejadian ini. Lebih-lebih AJL adalah sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf pencipta lagu, bukannya penyanyi. Namun hari ini menerusi Mstar Online, LY memaklumkan yang dia tidak terasa hati. Kata LY:-

Pada malam kemenangan itu ada kesilapan teknikal yang mana isteri saya Baiduri sukar ke pentas kerana kedudukan kerusi kami sehingga menyebabkan kami agak mengambil masa menuju ke pentas. Walhal memang penganjur menyebut nama komposer dahulu diikuti penulis lirik dan kemudian baru penyanyi.

Pada saya tindakan Hafiz tidak salah kerana dia berucap bagi mewakili kami kerana ketika itu juga program tersebut sudah kesuntukan masa dan Hafiz sudah memang berada di atas pentas.

Program AJL merupakan satu-satunya pertandingan lagu yang mengangkat pencipta-pencipta lagu tempatan dalam kes ini saya tidak rasa pihak penganjur berniat untuk menonjolkan penyanyi semata-mata.

Apa yang diucap oleh Hafiz pada malam itu juga tidak salah kerana memang kami juga sepatutnya berterima kasih kepada peminat Hafiz yang menyokong dan suka lagu ini sehingga lagu ini berada di tempat sekarang.

ly dan hafiz

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi desas-desus kurang baik kedengaran mengenai AJL28. Tuan punya badan pun tak kisah dan tak terasa hati. Semoga dengan kemenangan ini, LY dan isterinya, Baiduri akan terus mencipta lagu yang mantap-mantap. Mana tahu menang AJL yang seterusnya pulak. Tak gitu?

P.S: Gambar lelaki bosan menunggu isteri membeli-belah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...