Written by AbangNara | March 11th, 2013

Nama Awie dan Erra satu ketika dahulu memang cukup hangat. Hero dan heroin di dalam filem, mereka berdua turut bercinta di dalam kehidupan nyata. Namun sudah tertulis bukan jodoh masing-masing, kini mereka berdua hidup bahagia di samping keluarga tercinta.
awie dan erraSelepas 5 tahun tidak bertentang mata, akhirnya Awie dan Erra ditemukan semula menerusi rancangan Tunggu Sekejap kendalian Awie sendiri. Erra mengakui yang dir gementar ketika melangkah masuk untuk ditemubual oleh Awie. Kata Erra menerusi Kosmo Ahad:-

Mula-mula hendak melangkah masuk menjadi tetamu Awie, perasaan gemuruh dan berdebar itu memang terasa. Saya terfikir anggapan orang luar terhadap kami. Anggapan itu sebenarnya yang merosakkan keadaan. Sebelum ini, saya dan Awie sendiri pernah bekerjasama dalam filem Cuci. Akhirnya, ini satu kolaborasi yang menyeronokkan

awie dan erra

Dan Abang Nara kagum dengan keprofesionalan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak ini. Inilah sikap yang harus dicontohi. Kisah lama jangan diungkit. Buka buku baru. Respek Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Awie ini:-

Saya juga mengembangkan karier dan syukurlah kami masih diberi peluang. Bagi saya, apa yang berlalu biarlah berlalu. Kita tutup buku lama dan buka buku baharu. Ini terbaik untuk kami. Masing-masing sudah berkeluarga, ada karier dan kehidupan sendiri. Benda sudah baik dan tak perlu lagi hendak keruhkan keadaan. Jika ada lagi peluang untuk bekerjasama, saya okey.

Semoga hubungan baik antara Awie dan Erra ini akan terus berkekalan. Dengar khabarnya, selepas ini Awie pula akan menjadi tetamu Erra di dalam rancangan Primadona. Baguslah begitu. Masing-masing tolong menolong dan bantu membantu sesama sendiri. Lagipun dunia hiburan ini kecil sahaja. Nak gaduh dan bermasam muka pun tak ada faedahnya. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 responses to Tiada Sengketa Antara Awie Dan Erra

  1. hans isacss says:

    1st……

    0

    0
    • Bibah Ketum says:

      Tak pyh rasa bgga sgt ok dpt first..tak ke mana nye pun..ni mesti duk ngadap dpn PC 24 jam kan kan?? Haihh rimas bibah..

      0

      0
      • ddd says:

        apa yang aku perasan nara amatttlah dalam keadaan ketandusan idea…

        0

        0
        • maggi kari slurrpppp says:

          ku dihiris bagaikan sembiluuuuu……
          walaupun dorang nmpk ok…tp aku sure dlm hati masing2 teringat memory dulu2 walaupun sesaat, kalau aku mesti kekok jumpa ex. ntah lah.. dorang dh ader life masing2, so skrg klau jd friend pun ok

          0

          0
        • Cik Sakura says:

          klau ketandusan idea… kenapa baca blog dia jgak.. apa kata baca blog org lain n komen kt blog org lain plak…

          2×5 ngek.. -_-‘

          0

          0
        • Olga says:

          Nara tgh korek idea cemana nk wat iklan ala2 “scripted” dia utk next entry!

          0

          0
      • bale says:

        gambar second tu erra kata.nasib la jodoh aku bukan dgn tauke kelab malam ni.

        0

        0
      • Rita vs Ayu says:

        Nara, boleh x awak pikir sikit air muka Era kalau mak ayah Engku Emran dan mak ayah kepada isteri Awie baca artikel awak ni????? diorang punya banyak hati yg perlu dijaga okey…

        0

        0
    • mariah says:

      Diorang kan pernah berlakon sekali time untuk cuci-cuci film dlu kan? Tp time tu Erra dgn Hans lg. So, xkisah pun Erra n Awie org lama, of course professional..

      0

      0
    • Olga says:

      rumah tangga erra tengah bergolak . . sama2 lah kita doakan yg terbaik . .diorng suami isteri dah xtnggl sekali

      0

      0
    • Kaki Clubbing says:

      Hello.. nie Awie dak2 UMNO..!! semua salah UMNO lahirkan artis sesat.. Sokong lah Ustazah Abby

      0

      0
  2. hans says:

    1stttt… yeay

    0

    0
  3. nojhere says:

    Usin tk minat gaduh2 ni…kalau kat zomba dia minat..hehe

    0

    0
  4. suka Sabree Abu says:

    wow, dulu erra ngn awie bertunang lme gak kan?

    0

    0
  5. miss mong says:

    Sembilu..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    lama sgt,smpai dh lupa yg diaorg nie pnh couple…

    0

    0
  7. MAK JEMAH says:

    mak jemah rindu nk tgok awie n erra nie berlakon.
    sweet sangat

    0

    0
  8. Anonymous says:

    cerita lama.masing2 dah boleh terima hakikat.aku pun masa baru2 putus dulu memang elak dari terjumpa.skang kalau terjumpa rasanya dah ok kot.tp tetap berdebar walau ternampak kelibat sidia.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    masing2 pn dh ada kehidupan sndri….jgn la d ungkit perkara y lalu….tpi kalau sy la kalau trserempak ngan kekasih lama …kenangan silam ttp teringat kembali…bohong la kalau x teringat….walaupn kita org masing2 sdh ada kehidupan sendiri….

    0

    0
  10. blueekk.. says:

    ramai tul madu erra dalam industri nih..

    0

    0
  11. Erra Ler says:

    Erra still cntik hhahaha…

    0

    0
  12. Mak jemah pemalu says:

    Dh xminat Awie skang ni sejak die buke perniagaan kelab malam…merosakkan bangsa seniri.walau xde org suruh kite pegi kelab malam, tp xperlu lagi menyumbang ke arah itu..

    0

    0
  13. non says:

    i love erra n i love awie too..jodoh di tgn tuhan, kwn tetap kawan..caya laa awie erra!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    awie dn erra satu fenomena dahulu…..

    0

    0
  15. miss serabut says:

    teringat zaman2 sembilu dulu..huhu

    0

    0
  16. EX ady says:

    tp, sbnrnyy ht kita mnsia ni kalu jmpk Ex msti ada perasaan wlu pn cket kn..
    klu sy la..tp awie ngn era bole ok je,thniah sgt.. :)

    0

    0
  17. ikan masin says:

    Erra fazira yusry erra fazira awie… Sabar ya erra…

    0

    0
  18. ikan masin says:

    Erra fazira jika kau tiada….

    0

    0
  19. alicekhor10 says:

    Good to hear this!
    Hoping for a new movie from them, perhaps
    :)

    0

    0
  20. kiah says:

    very professional.. buang yg keruh ambil yg jernih ya ndak.. yg aku salute ngan erra nie dia walau byk “madu” tapi dia tak tangkap “kumbang tua” @ suami org.. kiah dengar terlebih banyak golongan KT nie mengorat dia… Semoga Allah memberkati & memberi kesejahteraan kpd erra sekeluarga.. Amin Ya Rabbal ‘Alamin!

    0

    0
  21. Shhh says:

    BGUSLAH MCM TU…MMG RINDU LAKONAN AWIE DN ERRA MSA DULU2..BOLEH TK DATUK YUSOF BUAT COMEBACK UNTUK AWIE, ERRA, ZIANA, ROY AZMAN …MESTI MELETUP GITU…

    0

    0
  22. tak moh says:

    saya pun kalau boleh tak nak jumpa dengan ex, dah maafkan tapi takut kenangan cinta bercambah kembali. cukup cukup sudah..cukup sampai di sini saje.hu2

    0

    0
  23. pavlova says:

    erra sentiasa cantik..dulu sampai skg..she is really fabulous..tp ceria mana pun wajah erra..leh nampak kat ada kesedihan…sian …nape la x hargai sebuah perkahwinan itu

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Tup tap tup tap….. Depa make buat pengumuman tak lama lagi….. Tunggu ye… Kita tengok sapa nak divorcekan sapa……. Erra erra… Kesian ok dik….

    0

    0
  25. N says:

    testing

    0

    0
  26. mak jemah says:

    Kini akuuu pasrah dengan segalanya~
    kepedihan ini masih terasa
    apakah salah ku, apakah dosa ku

    opss mak jemah terkarok pulak baca entri ni

    0

    0
  27. cece says:

    erra ni menten cantik jelita..hopefully one fine day dia akan berubah jd muslimah yg solehah..insyaAllah..
    even dia bdpn dgn pelbagai dugaan n masala. dia tetap stay cool n xbyk ckp n bijak dlm bekata2 n beri komen..

    0

    0
  28. Azira says:

    betapa rindunye gandingan diorang berdua awie-erra, sekolah2 dulu magazines mesti ada story diaorg

    0

    0
  29. Roundtable says:

    Eloklah jika kedua-duanya bersikap profesional.Hanya satu perlu dingat jika berkawan baikpun jangan sampai melampaui batasan dan mengguris hati pihak lain.Paling penting sentiasa ingat status diri masing-masing.Jika berlakon bersama biarlah hanya di lokasi,jangan bawa watak tersebut dalam diri hingga ke luar lokasi.Sudah banyak contoh kemusnahan rumahtangga akibat terlalu menurutkan perasaan.

    0

    0
  30. I luv u pani ! says:

    citer lame tak yah ungkit2, semua da move on , feeling2 da letak tepi tp mesti ade malu jugak kan kalau da jumpe ex es memasing, yelah teringat menda yg pernah di wat dulu2

    0

    0
  31. Anonymous says:

    aku tak nak jumap ex. banyak kenangan pahit dan aku malas nak ingat semula. Aku doakan takkan jumpa ex lagi. Kalau dia mim alif ta ya lagi baik

    0

    0
  32. Abang 92 says:

    Kitorg dah divorcee setahun lepas..last week ex wife saya call nak inform dia nak kawin n jemput datang…rasa nak pecah kepala dengar..mmg xmampu nak jumpa lg…sorry, xmampu…. :(

    0

    0
  33. kembang says:

    ex aku satu opis. duduk mengadap pulak tu. dia baru je kawen minggu lepas. tapi nasib baik la aku kuat. kalau tak dah lama aku meroyan tanpa hala tuju dan pedoman. huahua.

    0

    0
  34. joke says:

    kalau awie dgn erra khwin pun ok jgak kn….sape stuju..’vote’……

    0

    0
  35. miss s says:

    erra still young!
    luv u..

    0

    0