Written by AbangNara | August 6th, 2012

Serius Abang Nara rasa terharu sangat apabila membaca kenyataan Memey Suhaiza, Abby Abadi dan Norman Hakim di dalam Metro Ahad semalam. Inilah yang dikatakan pengorbanan untuk masa depan anak-anak. Abang Nara respek sangat-sangat dengan Abby Abadi yang mengambil inisiatif untuk berbaik-baik dengan Memey dan Norman.

null

Abby Abadi mengakui yang hatinya sering berbisik untuk berbaik semula dengan Memey dan Norman untuk masa depan anaknya. Kata Abby:-

Rasanya tiada sebab untuk saya terus menjauhkan diri daripada mereka suami isteri kerana saya terlalu kasihkan anak. Saya tak mahu anak menjadi mangsa keadaan apabila melihat keadaan kami yang seakan-akan tiada kesudahan. Saya bukan pendendam dan saya terima apa saja yang berlaku memang tertulis untuk saya. Yang berlalu biar berlalu, lagipun kasih sayang saya pada Norman berbeza berbanding dulu. Itu antara yang membuat saya kuat depan mereka.

abby tomei

Dan Abang Nara tambah terharu membaca kisah pertemuan Memey dan Abby yang menjadi titik tolak hubungan baik mereka. Kata Memey:-

Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mula saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan masa itu saya mengambil kesempatan untuk bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya. Sebelum ini kami banyak kali berjumpa, tapi masing-masing berdiam diri. Namun apabila kami berbaik semula, ia petanda baik untuk kami sekeluarga.

Walaupun timbul spekulasi yang menyatakan Norman dan Abby bakal rujuk semula, namun Abby 100% menafikan hal ini. Bagi Abby, dia hanya mahu bersama Memey dan Norman membesarkan anaknya tanpa menjadi orang ketiga. Semoga permulaan yang baik ini berkekalan sehingga bila-bila untuk mereka sekeluarga. Sama-sama kita doakan.

P.S: Kucing di tempat rehat masing-masing.

Baca Yang Ini Pulak:-


PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 responses to Tiada Sebab Untuk Saya Menjauhkan Diri Daripada Mereka – Abby Abadi

  1. aku first says:

    yey aku pers

    Hot debate. What do you think? Thumb up 4 Thumb down 9
  2. Karl says:

    Ape2 je la…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  3. roxannacash says:

    Tahniah Abby bukan mudah memaafkan seseorang, semoga bulan yg mulia ini anda bertemu kebahagian. Tahniah Memey bakal menimang cahaya mata, Tahniah Norman anda beruntung bekas isteri & isteri berkorban kerana awak & anak-2. Semoga anda semua sentiasa berdamai, Amin.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 79 Thumb down 0
  4. bini zed zaidi says:

    terharunya. sob sob

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  5. vanine says:

    Alhamdulillah.. Teringat pada pepatah, “Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..” Buang yg keruh, ambil yg jernih.. Semoga disamping bukan Ramadan yg penuh barakah ni Abby, Norman & Memey sentiasa bersatu & berbahagia disamping anak-anak tersayang..~(^v^)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 26 Thumb down 1
  6. adele says:

    meminta maaf pada orang yang kita berbuat salah adalah mulia tetapi memaafkan orang yang berbuat salah pada kita adalah jauh lebih mulia. syabas kak Abby! :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 77 Thumb down 2
  7. Sshh says:

    no komen…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 3
  8. ustazah xpress says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 85
    • sss says:

      biadap!

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 43 Thumb down 9
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 37
    • juju says:

      but she better than u,, mengutuk org x abis2

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  9. cikikaka says:

    kuang ajar nye komen ko ni “ustazah express”. org tu nak buat baik pun salah…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 29 Thumb down 4
    • lol says:

      salah x salah la.. leh ckp sesuka hati.. tu gamba peluk ngan norman.. bukan muhrim tu.. ustazah? ppffftttt…

      Hot debate. What do you think? Thumb up 7 Thumb down 4
  10. IsteriVIP says:

    Eh….nape ada gambar peluk2 tu..bukan ke Abby tu BEKAS isteri?? apakah mereka sudah rujuk nk berpeluk2 sebegitu?! Takkan Abby tak tahu hukum kot? hingga dengan mudahnya membenarkan Norman tu pegang2 dia mcm tu??..bercakap pasal agama pandai pulak..tapi??.. Mudah2an Abby jgn la lupa yea :) dan kalau mereka rujuk semula lebih baik, utk kesejahteraan anak2..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 41 Thumb down 17
    • Anonymous says:

      tu laa.. ahli pas gmbar peluk2 ngan org bukan muhrim.. astagfirullahhhh…

      Hot debate. What do you think? Thumb up 27 Thumb down 24
      • whosebadsinbad says:

        Kalau kau pandai sangat nak menasihati org kau tentu tau Allah Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan untuk menjauhi kebanyakan dari prasangka, klau kau baik sangat kau cuba semak hadis dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, beliau pernah menyampaikan sebuah hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kau pandai sangat kan? Masa bulan-2 posa ni nak act baik, jadikan diri tu pandai dulu dol bukan pandai-2…Jgn marah aku cuma nak mengolahragakan masyrakat sambil itu memasyarakatkan olahraga…

        Hot debate. What do you think? Thumb up 11 Thumb down 4
    • whosebadsinbad says:

      kot kot kot pettykotla! Sibuk nye…ada je eh dia happy sangatla tu terharu sampai lupa ada org cam kamu ni yg cari je silap org wlaupun bulan mulia ni bengap!

      Hot debate. What do you think? Thumb up 11 Thumb down 2
      • Anonymous says:

        ko tu yg bengap.. bukan cari silap.. tu mmg betul2 silap… berpeluk2 ngan org bukan muhrim adalah haram.. dan bertambah sadis abby tu org pas… tp xpe.. dia dh ada tiket utk ke syurga…

        Hot debate. What do you think? Thumb up 15 Thumb down 22
      • elajb says:

        ko sapa nak tentu kan org 2 de ticket ke syurga la ape la.. jgn la jahat sgt mulut & otak 2…ko ngt allah 2 suke perangai kau macam nie?

        Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
      • juju says:

        FYI. die just letak tngn kt bahu abby yg brlapis, bkn brpeluk sakn seperti mata jahat kor yg tngok.. kalo diikutkan pon x bersentuhan psl beralas. cume x brp manis dipndg org. tapi dieorg just manusia biasa mcm ko.. cube ko pkir, mesti ko penh brsalam ngn org yg bukan muhrim ko ex, cikgu lelaki/perempuan, bos ko. org2 tua yg xde pertalian sedara ngn ko. so jgn ckp mcm ko baik sngt padahal ko same je trgolong dlm manusia yg x trlepas buat dosa2 kecil.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 2
  11. hambaallah says:

    sedih la bila baca… demi utk anak anak

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  12. izz says:

    mcm2 design telekung skrg ni…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 32 Thumb down 0
  13. aslopez26 says:

    Syukur, alhamdulillah
    Kikikiki,

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  14. abg bulu says:

    sape nak dapat payung emas di syurga boleh hubungi abg bulu sekarang…bermadu ni banyak pahalanya…akan abg payungi isteri abg sekalian…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  15. Roly poly says:

    Tunggu nora danish n fasha sandha berbaik plak..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 1
  16. Drama petang says:

    Baguslah abby dah bsikap terbuka tentang memey n norman,
    Jodoh tu di tangan tuhan…nak berubah kena luar dalam bersih….

    Cuma yg duk masih mengata tuh..bila nak insappppppppppppppppp

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 1
    • Anonymous says:

      klaw btol2 berbaik tu…mmg bgus la..jgn biar kn ank2 tnpe ksih syg seorang ayah..bgus tu…

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  17. bukan ustazah says:

    Ustazah abby,kenapa yeduduk dkt2 dgn suami org .xrasa bersalah ke..apakah hukumnye..boleh tau x..saje nak share

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 12
    • No One says:

      x payah la nk dibesarkan isu ni sgt…
      i dont think pon abby beria2 suh norman peluk dia…
      x yah nk judge org… lumrah manusia… 1000 kebaikan org x dipandang, tp 1 kesalahan org tu yg disebut2…

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 2
  18. Anon says:

    norman pegang bahu abby berlapik…bkn peluk pon..yg ni org komplen..kalau x silap,dlm Hatiku Di Kinabalu pon ade adegan Zul Ariffin pegang bahu Irma Hashmi..tp disebabkan Irma bkn ahli PAS..so xde isu la yek..ermm..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 2
  19. bijak says:

    abby, anda bertindak bijak. luka dihati boleh diubati dengan redha dan terima baik segala rancanganNYA. pilihan abby yang bijak akan membawa kebaikan khusus buat anak-anak. mereka akan menghargai pengorbanan ibu yang tabah dan taqwa.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  20. cik ct says:

    kalau pegang tangan berlapik leh ke..haha..tetap xleh peluk bg yang bukan muhrim even berlapik nnti mendatangkan “fitnah”. jauhi lah fitnah..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  21. Farah Lorenza says:

    Alhamdulillah…
    Tahniah saya ucapkan buat keluarga besar Norman Hakim..
    Tahniah utk Abby & Memey kerana akhirnya mendapat jln penyelesaian yg cukup baik.. Semoga Allah permudahkn segalanya.. Utk Abby, semoga Allah temukan jodoh terbaik utk abby & anak2..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  22. Leo says:

    Dengan redha dan memaafkan org, semoga abby akan mendapat hikmah yang lebih baik.
    Teringan satu rancangan di astro abby di temuramah oleh Dr Fazilah kamsah. Dr FK bagi tau tiap sesuatu musibah pasti ada hikmahnya, kite sebagai manusia kena redha-seredhonye, akan ade hikmah yang lebih baik akan dapat selepas tu. Masa tu abby kata susah nak memaafkan kerena dia terlalu disakiti, Dr FK kata maafkan lah walau apa sebab sekali pun…
    Mungkin skg lah masa abby maafkan memey & norman…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  23. tulus says:

    syabas abby. demi anak-anak sanggup melupakan perasaan yg pernah disakiti (hanya perempuan yg telah melalui penderitaan ini akan faham) dan Allah telah membuka hati abby utk redho dgn ujian. syukur..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. achmad abdollah says:

    Apabila hidayah meresapi diri, hati yang ikhlas dan jiwa yang luhur pasti akan tumbuh. Tidak menghairankan kepada tindakan Abby ini. Semoga Allah ‘memanjangkan’ keimananmu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. Anonymous says:

    nooo coment

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0