Rasanya ramai yang mendengar gosip-gosip bahawa wujudnya sedikit salah faham atau pergaduhan di antara Fasha Sandha dan Neelofa. Namun semalam, Metro Ahad melaporkan yang gosip tersebut hanyalah propa semata-mata. Semasa sesi photoshoot dilakukan, Fasha Sandha siap bagi cadangan posisi terbaik lagi kepada Neelofa. Memang sempoi
Fasha mengakui yang dia tidak pernah membaca sebarang blog (agak kecewa Abang Nara dibuatnya) dan mengakui yang Neelofa ialah seorang artis baru yang boleh pergi jauh. Kata Fasha:-
Maaf, saya tak pernah dengar cerita ini. Saya tak pernah baca blog, malah tidak ada sesiapa pun bercerita kepada saya. Selama ini saya tak pernah ambil peduli gosip dan cerita panas di Internet kerana bagi saya, itu semua tak perlu. Saya cuma melayari laman sosial Twitter (@FashaSandha1). Itulah medium yang menghubungkan saya dengan peminat. Bagi saya, Neelofa pelakon baru yang baik dan berpotensi pergi jauh. Apabila bertemu senior, dia tidak berat mulut untuk bertegur sapa. Bagi saya, sikap itu sangat bagus dan harus dikekalkan. Secara peribadi, saya selesa berbual dengannya biarpun hanya bertemu beberapa kali. Saya tidak boleh komen mengenai cerita murahan seperti ini kerana ia tidak berlaku. Tidak ada isu pun untuk diperbesar-besarkan.
Dan Neelofa turut menyatakan perkara yang sama dan memuji sikap Fasha yang mesra. Kata Neelofa:-
Saya tidak pernah bergaduh dengan Fasha. Sebagai pendatang baru, saya menghormatinya. Ini gandingan kedua kami dalam sesi fotografi dan pernah bertemu dalam beberapa majlis. Biarpun ada nama besar dan disanjung ramai, Fasha melayan artis baru seperti saya dengan baik. Dia ramah dan mudah mesra, malah tidak lokek berkongsi ilmu. Setakat ini saya tidak ada masalah berbual dengannya. Hairan, antara kami tidak ada apa-apa, orang luar pula sibuk besar-besarkan cerita. Cara mereka bercerita ibarat artis bertarik rambut, padahal apa yang mereka perkatakan itu belum tentu sahih. olong jangan laga-lagakan saya dan Fasha. Saya masuk dalam industri kerana mahu kembangkan bakat, bukan mencipta nama dengan cerita kurang enak begini. Saya mengagumi bakat dan ketabahan Fasha. Dia anak seni yang berjaya
Ha kan bagus begini. Tak payah gaduh-gaduh. Masing-masing pun ada rezeki masing-masing. Lagipun berapa besar sangatlah industri lakonan kat Malaysia nie. Tup-tup jumpa orang yang sama jugak. Buat rugi diri sendiri je bergaduh. Tak gitu?
Kredit berita Metro Ahad.