Written by AbangNara | August 8th, 2016

Tidak ingin namanya diburukkan lagi dengan cerita-cerita yang tidak benar, Along Cham telah tampil memperjelaskan lagi kontroversi yang berlaku antara dirinya dan isteri, Zila. Sebelum ini, netizen telah mengutuk tindakan Along yang didakwa menghalau Zila dan anak keluar dari rumah. Namun ternyata dakwaan itu tidak benar sama sekali. Menurut Along, dia tidak pernah mengusir Zila keluar sebaliknya isterinya itu yang meninggalkan rumah tanpa pengetahuan.
 photo along.jpgWalaupun pernah mengeluarkan kenyataan tentang masalah rumah tangganya sebelum ini, masih ramai yang tidak mempercayai kata-kata Along Cham. Ramai yang mendakwa Along mereka cerita dan tetap mendakwa pelawak itu menghalau Zila. Jika dibaca komen-komen di laman sosial, memang teruk Along dihentam. Kesian pun ada jugak. Tidak ingin dirinya terus Nista, kali ini Along tampil panjang lebar menjelaskan apa sebenarnya terjadi. Untuk makluman, Along telah pun memfailkan nusyuz terhadap Zila. Kata Along:-

Memang saya tidak pernahpun mengusir dia (Zila) bersama anak kami keluar dari rumah. Mereka (Zila dan anak) yang tinggalkan rumah tanpa pengetahuan saya. Biras yang datang mengambil mereka di rumah tanpa izin saya. Selama dia dan anak kami keluar rumah tinggalkan saya dan pulang ke rumah ibu mentua di Felda Lui, Negeri Sembilan, mereka langsung tidak menghubungi saya.

Saya cadang apabila dah ada duit, terus ambil mereka di rumah mentua dan kami sekeluarga pergi bercuti bersama. Dapatlah kami memperbaiki silap antara satu sama lain. Apapun, lain pula jadinya ketika saya ke rumah mentua. Zila sangat ego di hadapan ibunya hingga sanggup menjatuhkan maruah saya. Apa dia lakukan terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Pun begitu, saya tetap merayu kepada dia supaya kami bersama dan masing-masing berubah.

Salah satunya, Zila keluar dari Felda Lui untuk berhibur bersama kakak kandungnya hampir setiap malam di sekitar Seremban tanpa izin saya. Zila juga tidak memberitahu saya di mana tempat tinggal dia. Selain itu, dalam telefon hampir setiap hari Zila mendesak saya menceraikannya. Senang cakap, bermacam-macam cara yang dia (Zila) buat untuk dilepaskan tetapi saya kuatkan hati bertahan untuk cuba selamatkan rumah tangga kami.

Pernah sekali ketika itu Ahmad Danial (anak Along & Zila) menghubungi Zila dan bertanya bila mama mahu Danial datang ambil mama? Zila boleh menjawab, ‘tak tahu lagi, mama tak balik dah kot.’ Ketika itu, Danial terus mencampakkan telefon atas katil. Saya pun tegur dia. Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? Zila terus melenting dan meminta dia dilepaskan

 photo along.jpg

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Biasalah setiap perkahwinan pasti ada dugaan, cabaran dan rintangan. Yang penting adalah kita membuang ego, duduk berbincang dan cuba menyelesaikan masalah bersama-sama. Kalau kedua-duanya keras kepala, memang sampai kiamat tak akan selesai masalah. Abang Nara respek kepada Along kerana berusaha keras menyelamatkan rumah tangganya. Penceraian itu amat menyedihkan, lebih-lebih lagi jika ada anak yang akam menerima tempias. Semoga Along dan Zila akan berdamai semula. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 responses to Tiada Istilah Halau, Zila Yang Tinggalkan Rumah Tanpa Pengetahuan Saya – Along Cham

  1. Anonymous says:

    yelah tuuu

    0

    0
    • Whatever says:

      Tak tahu lah siapa betul siapa salah… Itu hal rumahtangga diorang… Apa-apa pun selesaikanlah dengan baik… Kesian anak yang jadi mangsa… :(

      0

      0
    • letopan kentut padu stevia di muka says:

      mana satu yang salah…zila ke along ??
      letopkan ajalah kentut padu stevia kat muka yang bersalah tu
      bagi bau..
      baru sedar

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Mcm direka2 plk cerita ni.. klu Zila yg beriya nk dilepaskan dia dh lma g mahkamah sndiri.. dan xde la dia ckp x dpt tgk ank klu dia sndiri yg xnk tgk.. dan xde sbb nk tegakkn benang yg basah.. itu menangi ati sape pun??

    0

    0
    • kakcik x katik says:

      alah… xde maknanyer…. perempuan sekang pun sesetengahnya perangai hazabedah… abang aku sendiri isterinya mintak cerai.. tapi kat mahkamah dia kata abg aku yg ceraikan dia walhal dia ada jantan lain.. tengah bercnta sakan.. kat mahkamah terang2 abg aku cakap kat hakim ‘tuan.. dia nak cerai xper lah.. saya ikhlaskan permintaan dia.. saya xmo anak2 jadi mangsa kalau perkara ni berlarutan’. kompem2 jer lepas tu bekas isteri abg aku nikah ngan laki tu.. jadi 2nd wife..

      0

      0
    • Allah nak tunjuk kat bini dia says:

      Oiii da keluar berita terkini weiiii ..Allah nak tunjuk kejap je..nara je tak update lagi..pasai apa tah…korang duk kutuk2 ..ha la ni pi tgk berita sapa buat hai sapa naya sapa…patu zip mulut hangpa dok diam2..main sedap mulut ja dok kata orang..

      0

      0
  3. Anonymous says:

    bg kebanyakan org mungkin along yg salah tp bg aku pompuan skg pn apa krgnya..org yg dekat dgn aku pn skg tgh nek trn mahkamah psl kes pceraian tp si istri yg mulakan..laki pompuan skg ni sama je..so tgk jela sapa btl sapa salah

    0

    0
  4. minah jambu says:

    memang kau boleh cakap kau tk mengusir bini kaaaaaaaaaaau tapi cara layanan kau ngan keluarga kau layan bini macm nak usir dia kelua dari rumah paham tak ???? kalau kau ngan keluarga tunjok kan muka yg macm menyampah ngan bini kau mesti la dia keluar dari rumah ! pastu kau tuduh pulak dia yg sendiri keluar dari rumah tmpa kau tau mengarot kan !!

    0

    0
  5. mak c kina says:

    kalau dah zila mintak diceraikan,mesti la sbb dia dah xtahan hidup dgn along..xkisah la ats sbb apa..makna nye dia dah xde hati nk berbaik pun..xperlu nk tunjuk hebat bgtau semua org mcm zila yg salah..btl,kalau zila keluar tanpa izin suami dh nusyuz,tp along kne pk blk la nape zila kaluar rmh..sy bkn nk carik salah betul org,tp along yg kne pk semua tindakan dia..jgn pk sendiri je yg btl..jgn la bila dah jd mcm ni,semua salah isteri..mse ni la nk tunjuk diri tu ikt ajaran islam..mse isteri ada di rumah,ada x ikt cara islam?

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Kenapa harus keluar rumah?.apa-apapun isteri harus meminta izin suami jika mahu keluar rumah.sudah kawin buat cara sudah kawin.jaga aib suami walau macamana buruk kelakuannya.

    0

    0
  7. melati says:

    Masalah nya Zila tak sepadan dgn Along ni….Zila lawa , Along cam Getah pemadam Skit…!!! itulah pasal Zila lain kali jgn kawin sesama Artis , tak sekaya maner pun..!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      tapak kasut lagi lawa dari zila tu..muka kampungan..kening halusan..pls lah..dua2 pecah..sesuai

      0

      0
      • Azlen says:

        Tapak kasut manusia yg buat lah wei….muke ni Allah yg cipta, siapa engko nak menghina ciptaan Allah buat hambanya….kalo zila muke kmpungan, engko muke kmpung ape yek….?kmpung pisang kot

        0

        0
  8. pening says:

    entahla…xtau mane btol mane salah…along ni mmg aku x brape minat sejak die wat comeback dlm MLM ngn lawak ntah hape pastu nk kutuk org je…si zila ni even die dh diam n x mnyanyi salu perasan die dkt smule….rajin nau mnyanyi duet ngn org tu org ni…myb dh smpai mase kot die nk nyanyi balik…x tau la…so masing2 pikirla…jgn pentingkan diri sndiri…sian anak tu…

    0

    0
  9. zupzapzupzap says:

    Nak tahu apa cerita sebenarnya..kena tanya anak depa..tapi biar pakar psikologi kanak2 yg menanyakannya…dah masing2 ego tak mau mengaku kesalahan dan kelemahan diri…waktu ada duit enjoi bercuti sana sini..bila mai takdak duit..mula buat perangai…

    0

    0
  10. el says:

    kalau dah tak cinta tu macam macam alasan yang dibuat, waktu becinta indah segalanya

    0

    0
  11. Anonymous says:

    No komen…

    0

    0
  12. noon says:

    kau kongkong sangat kut isteri tu. dia pun rimas lah.
    setahu saya zila ni jenis dengar kata dan tak pandang wajah atau harta. kalau tak takkan dia nak kahwin dengan kau.
    kau kata dia keluar rumah dijemput oleh biras balik ke rumah mak mertua. pastu keluar dengan kakak kandung dia. so apa masalah nye yang kau tak izinkan tu???
    bukannye dia keluar dengan jantan lain berpoya2…..hellloooo
    ada kau didik isteri betul2.. beri nafkah zahir batin yang cukup …buat dia happy..ada???….isteri kena di jaga…bukannye di buat macam kuli kau.

    lagi satu …aku menyampah tgk kalau kau keluar kat tv atau wayang..please dont…buatlah kerja lain….dan jangan lah bongkak sangat cakap tu.

    0

    0
    • minah jambu says:

      kebanyak kan nye dorang kawin cuma nak buat bini macm maid aje masak basok kemas rumah tapi at last laki kawin lain …kawin dulu baru kasitau bini huh ! kalau bini melawan konon derhaka ngan laki ..syurga di bawah tapak kaki laki tapi tengok la laki yg macmana ..kalau laki drug kaki pukol bini mabok tk kasi nafkah bulanan syurga bawah tapak laki jugak ke ??? pohdah !!!

      0

      0
  13. Anonymous says:

    bg pendapat aku sng je…klu btl isteri nk bercerai die sndri y kan pergi ke mahkamah mohon perceraian klu dh mnta cerai dr suami tp suami buat dek je….mne de org perempuan merayu-rayu minta diceraikan….klu zila tu ade otak dh lme die bw kes ni ke mahkamah…tp skrg xde pulak news zila failkan perceraian di mahkamah…tu menunjukkan y zila sbnrnye masih mau pertahankan rumah tgga nye..dn berharap supaya along buang sikap ego melangit die tuh…kkdg isteri ni kuar rumah bkn sbb ape sbb nk bg suami sedar sikap dan layanan suami kpd isteri camne…x perlu nk kumpul duit along br nk pujuk isteri…pegi laa pujuk zila tu dn berbncg secara baik…ade ke nk tggu ade duit br g pujuk….adooiiii….mslh btl korg ni…

    0

    0
  14. natalie says:

    jgn asyik salahkan pihak lelaki. sebab kita semua asyik sebelahkan perempuan la ramai perempuan yg salah pun boleh play victim. kita tak tau cerita sebenar. kita tak tau sapa yang jujur dan sapa yg tak. takmo nilai. krg smua kutuk along … skali along berada dalam pihak yang benar? krg nk mintak maaf ke kat along tu? muka baik lawa semua tk menjamin yang dia baik. biarla drg settle sendiri. kalau kita nk tau jugak, kita tunggu je la update dari dorang agi. kadang2 lelaki takot nak bersuara dan berdepan sebab mindset masyarakat yang selalu salahkan lelaki.

    jgn marah. aku jugak perempuan tapi tak adil kalau kita nak salahkan bulat2 pada along. mesti zila pun ada buat salah jugak. mana bole bertepuk sebelah tangan je. memang tanggupjawab isteri, suami kena jaga dan didik tapi kalau si isteri tanak dgr tanak ikut, apa yg si suami bole buat? kdg2 suami da cukup sabar. kdg2 si suami yang kena marah pekek dengan si isteri. in this world, there is such thing called husband-abuse and wife-abuse. Just that we never heard about husband-abuse often due to the husband malu nak berdepan.

    0

    0
  15. anon forever says:

    kau ni mmg poyo ah. lawak kau satu pun tk terkesan di hati. skrg nak nampak jadi mangsa sgt. perempuan ni kalau layan elok, bg segala cukup, muka kau macam cekodok pun boleh terima. ni mesti ada sesuatu kannn????

    0

    0
  16. Shhh says:

    Aku tk nak ckp sapa salah sapa betull..cuba bca balik..

    “Saya cadang apabila dah ada duit, terus ambil mereka di rumah mentua dan kami sekeluarga pergi bercuti bersama”….

    Ini mesti pasal kewangan..dulu along popular mcm2 dgn filem..masa tu masyuk jugak…lepas kuar mig..dia dah tk main wayang..drama apa ntah lagi..byk muncul dlm super spontan dan mlm..yang hanya main setahun sekali..tk pernah menang pun…dulu zila lepas kuar af..tak da lgu baru pun…tk popular mana..filem drama ke da ke tak aku tak tahu dn tak pernah tgk..masa tu dorg berdua kapel..kena hentam sebab berpelukan..aku ngt lagi..pastu terus dorg kawin..now masing2 tk byk job..zila jdi housewife kt umah..along pun dah tk sepopular dulu..tak tahulah kalo dorg da bisnes..tpi bisnes mungkin tk sebagus mcm zizan..allahualam lah..jgn nmpk salah pihak lelaki je..tgk jugak pihak ppn..

    0

    0
    • lel says:

      si along ni byk harap kan kawan2 bagi job kat dia.
      talent dia tak bagus mana pun.
      sepatutnye kalau nak kahwin dgn anak orang tu pandai2 lah cari nafkah utk sara anak bini. zila bukak cerita pun lepas 4 bulan kena halau dgn Along. dalam masa 4 bulan tu apa yang Along buat??..kita tau zila macam mana dia memang pendiam sejak dalam AF lagi…cuma skrg dia bukak mulut nak bercerita.

      0

      0
  17. Nusyuz says:

    Baca komen2 kat atas… sedih..
    Nusyuz di permainkan … tak kira macam mana pun…buruk suami tue.. tak berduit suami tue… tetap syurga para isteri…

    “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”

    (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    0

    0
    • anon says:

      xde maknanye kalau suami buat isteri mcm kuli ….nafkah tak bagi…halau isteri keluar rumah

      0

      0
  18. hana says:

    shhhhuttt….masalah org..jgn masok campor…nengok n dgr je…jgn komen ape2….

    0

    0
  19. positive vibes says:

    ntah2 zila pregnant. orang mengandung kadang pelik2 simptom.

    0

    0
  20. kak jah says:

    Assalam…ramainye yg nk jd ustaz n ustzh…sebenarnye dua2 ade kesilapan masing2…kekurangan masing2…allah swt da aturkn setiap prjalan hamba2nye…sedangkn penyakit ade ubatnye..inikn pula masaalh msti ade jln penyelesaiannye…mati shja yg tidak dpt dielakkn…kite jgn la menghukum pasangan ni…sape la kite…kite tau ke prjalanan hidup kite?kite tau ke ape allah swt da tetapkn utk kite pula?jd bg la kata2 dn nasihat yg baik2 utk mereka…cuba tempatkn ahli keluarga kite kat tmpat mereka…..xtrtutur kata2 kita kn??????oleh itu jgn la cepat menghukum n menilai org lain…muhasabah diri sendiri….

    0

    0
  21. Thanks for finally writing about >Tiada Istilah Halau, Zila Yang
    Tinggalkan Rumah Tanpa Pengetahuan Saya – Along Cham | <Liked it!

    0

    0
  22. get a fucking life says:

    sekarang dah terbukti along tak salah. zila yang curang. kena tangkap khalwat pulak tu dgn suami org and dah bersekedudukan selama 4 bulan. kau rase? tak pakai tudung pulak tu. dasar perempuan tak guna. perempuan gila seks

    0

    0
  23. Eva says:

    I do believe all of the ideas you’ve presented to your post.

    They’re really convincing and can certainly work.
    Nonetheless, the posts are too brief for starters.

    Could you please extend them a little from next time? Thanks for
    the post.

    0

    0
  24. Undeniably believe that which you stated.
    Your favorite justification appeared to be on the internet the simplest thing to be aware of.
    I say to you, I definitely get irked while people consider worries that they plainly
    do not know about. You managed to hit the nail upon the top and also defined out the whole thing without having side-effects , people could
    take a signal. Will probably be back to get more.
    Thanks

    0

    0
  25. US Magazines says:

    You ought to be a part of a contest for one of the best websites on the internet.
    I will highly recommend this web site!

    0

    0
  26. Hi there! Quick question that’s totally off topic. Do you know how
    to make your site mobile friendly? My site looks weird when viewing from
    my iphone 4. I’m trying to find a template or plugin that might be able to correct this issue.
    If you have any recommendations, please share.

    Thanks!

    0

    0
  27. Barbra says:

    If you are interested in topic: earn money online for free fast – you should
    read about Bucksflooder first

    0

    0