Wah rupa-rupanya kehamilan Ning Baizura sudah pun mencecah 5 bulan. Abang Nara ingatkan baru 2,3 bulan. Pandai betul Ning menyimpan berita gembira ini. Ini pastinya sangat mengujakan mereka berdua kerana Ning pernah disahkan oleh doktor tidak boleh mengandung.
Namun rezeki daripadaNya tiada siapa yang dapat menjangkakan. Hasil usaha Ning memakan tauhu, kurma, susu kambing, sayur, buah-buahan dan oat, kini Ning nampak tak sabar untuk mendakap cahaya mata pertamanya itu. Kata Ning:-
Alhamdulillah kerana termakbul juga doa kami untuk mendapat anak kerana sebelum ini saya hampir-hampir diberitahu doktor bahawa saya tidak boleh mengandung. Saya dan suami amat gembira menanti kehadiran cahayamata sulung kami ini. Tidak kisahlah jantina apa pun anak kami nanti. Tapi, saya suka kalau dapat anak perempuan. Kalau suami pula, dia nakkan anak lelaki
Semoga segala urusan kehamilan dan kelahiran anak Ning akan dipermudahkan. Banyak-banyakkan berdoa. Jangan buat kerja berat sangat. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Amin ~~ Lagi beberapa keping gambar Ning Baizura di sekitar majlis pengumuman kehamilannya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info asal portal Murai.
P.S: Seni vandalisme yang sangat cool.