Written by Bella | March 25th, 2016

Sudah tidak sabar untuk bergelar bapa pada bulan September nanti, Sam Bunkface nampaknya sudah melakukan persiapan awal dan sedia dengan beberapa senarai nama buat anaknya nanti.

Sam banyak merujuk kepada mak cik beliau yang juga merupakan seorang doktor pakar dalam bidang kehamilan.

Persediaan buat masa ini kami ada merujuk dengan makcik saya kerana dia bekas doktor pakar dalam bidang ini.

Mengenai nama anak pula kami ada juga senaraikan.  Sama ada anak lelaki atau perempuan kami tidak kisah yang penting selamat melahirkan anak.

Kami juga tidak merancang di mana baby nanti akan dilahirkan, di mana kami berada pada ketika itu, maka, di hospital berhampiranlah tempat bakal baby lahir nanti. Selain itu juga saya akan memperlahankan kerjaya saya agar selalu di samping isteri.

Jika wanita lain mengalami morning sickness lain pula buat Aida, beliau hanya akan merasa mual dan muntah-muntah pada waktu malam sahaja.

Orang mengandung memanglah kebiasaannya mereka akan mual dan muntah sebab perubahan hormon. Buat masa ini isteri saya hanya muntah sikit sahaja. Kita faham orang perempuan bila mengandung memang akan ada tanda-tanda ini. Lain pula isteri saya ini dia tidak ada ‘morning sickness’ tapi dia ada ‘night sickness’.

Saya sendiri masih belum pernah rasa mual lagi, mungkin belum masanya. Tapi saya kurang percaya sangat.

Bila hendak dapat anak buat pertama kali perasaan teruja itu memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Harapnya segala proses kehamilan dan bersalin isteri Sam Bunkface nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Media Hiburan

WOW! Dari hari ini, 25hb Mac sampai 27hb Mac, Best Buy World Malaysia sedang mengadakan promosi khas untuk barangan kecantikan. Diskaun yang cukup melampau di Best Buy World Malaysia. Jom kita tengok sama-sama!

 photo bbq2.jpg

3 responses to Teruja Bakal Bergelar Bapa : Sam Bunkface Sudah Senaraikan Nama Anak

  1. belumadadanak says:

    Korang comel.

    Semoga anak soleh/solehah.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Aah kan.. Comell.. Dapat anak nnti msti comelll jaaa…

    0

    0
  3. yea says:

    tak sangka sam bunkface lepas kahwin gentleman sangat..bagusla dapat wife yang baik2, solehah lagi..insyaAllah moga selamat melahirkan bayi nanti..

    0

    0