Akan berangkat menunaikan umrah, Lisdawati sempat memberi jawapan kepada sebuah video Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mempunyai bukti mengenai apa yang telah terjadi. Video Sharnaaz ini telah pun dimuatnaik menerusi laman YouTube Harian Metro baru-baru ini. Menariknya Lisdawati juga menggunakan saluran yang sama untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharnaaz.
Berikut ialah video Sharnaaz menunjukkan bukti baru-baru ini.
Dan ini antara sari penting kata-kata Lisdawati di dalam video terbarunya:-
Ok saya sebenarnya taknak merumitkan lagi keadaan. Maca inilah, lagi banyak statement keluar nanti, lagi macam-macam tohmahan yang datang. Yang kena jugak, saya sekeluarga
Orang kat luar suka jadi hakim. Okay. Macam inilah. Dia menunjukkan keberaniannya untuk minta maaf kepada saya. Di sini pun saya masih tertanya-tanya apa salah saya. Dia cuma mengemukakan pendapat dia.
Ok di sini kalau anda rasa saya bersalah, ok sekarang juga saya berani katakan saya minta maaf. Di dalam video itu, terlalu banyak penipuan. Tolong jelaskan kepada saya dan saya nak anda bersihkan nama saya selepas saya balik dari umrah.
Awak kata nak saman saya semaksimum mungkin, jangan sampai benda itu berbalik balik pada anda.
Sila tonton video di bawah untuk temubual penuh antara Harian Metro dan Lisdawati:-
P.S: SABTU 1 March. Opening SALE sempena pembukaan butik baru EDZ di Wangsa Melawati KL. RM50 cash vouchers untuk 50 pelanggan pertama. Diskaun sehingga 70%. Hampir kesemua design baju ada diskaun! Tel: 03-40119476 Lokasi: http://www.edz.com.my/