Written by Bella | May 16th, 2016

Sebelum ini timbul desas-desus bahawa pelakon Fiza Halim sudah bertemu dengan orang baharu didalam hidupnya dan bakal berkahwin tidak lama lagi berdasarkan satu status yang dimuat naik oleh beliau di Instagram.

Setelah bercerai untuk  kali kedua bersama Fiza pada September 2015, Adam AF mengakui terkejut ketika mendengar berita bekas isterinya itu bakal berkahwin. Namun, Adam tetap mendoakan kebahagiaan Fiza.

Saya terkejut sebab tidak tahu mengenainya tetapi gembira dengan berita tersebut. Kalau dia sudah berjumpa dengan jodohnya, alhamdulillah. Sebab semua jodoh di tangan Allah. Allah yang tentukan. Dia juga sudah berusaha ke arah itu.

Walaubagaimanapun, Adam tidak mahu memberikan sebarang komen apabila timbul isu dimana Fiza didakwa merampas suami orang dan perkara itu menjadi bualan hangat di laman sosial.

Pada saya, ia sesuatu yang sensitif untuk dikomen. Saya tidak mahu komen kerana kita tidak tahu situasi sebenar. Cuma sebagai kawan dan bekas suami, saya doakan yang terbaik untuk dia. Saya memang berharap dia dapat seseorang yang boleh menjaganya dengan baik.

Adam dan Fiza berkahwin pada September 2013 sebelum bercerai buat kali pertama pada April 2014.

Kemudian, mereka merujuk semula pada tahun 2014 sebelum Fiza nekad untuk tidak meneruskan perkahwinan beliau bersama Adam kerana hubungan mereka semakin dingin dan atas sebab-sebab yang lain. Akhirnya, mereka bercerai buat kali kedua apabila Adam melafazkan talak satu di rumah mereka pada 21 September 2015. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember 2015.

Ia merupakan perceraian kali ketiga Fiza selepas dua kali berkahwin dengan Adam dan juga suami pertamanya iaitu Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Tidak mustahil untuk bekas isteri ataupun bekas suami seseorang untuk bertemu pengganti dalam masa yang agak singkat dan berkahwin semula. Jodoh itu penuh dengan rahsia. Baguslah kalau Adam doakan kebahagiaan Fiza dan tidak memburukkan bekas isterinya.

Sumber Berita : Kosmo Online

12 responses to Terkejut Fiza Bakal Berkahwin : Adam AF Doakan Kebahagiaan Bekas Isterinya

  1. jijah says:

    rasanya mcm bkn first time dgr psl makcik ni suka caras laki orang. hrp2la perkahwinan kali ni kekal.

    0

    0
  2. diding says:

    adam, u dah la hensem.. petik jari je mst dapat peganti. huhu

    0

    0
  3. MINAH JAMBU BATU says:

    KALAU DAH BANYAK KALI BERCERAI NI, DAH KOMPOM² SI BETUNA TU BANYAK MASALAH..HUHUHU

    0

    0
  4. elite n jantan berpisah tiada says:

    fiza ni bitch adam ni baik tp adam bodoh nak jgk kat bitch ni

    0

    0
  5. ingintahu says:

    Aku tau soalan ni agak sensitif…tapi bila baca bab orang kawin ramai ni..ada satu benda yang bermain kat kepala aku…apa perasaan sebagai seorang perempuan bila 3 kali bertukar suami…maksud aku perasaan dicelup 3 lelaki berlainan…yer..aku tau setiap hubungan yang dilakukan sah di sisi Islam…tapi apa perasaan dia ek….tak rasa apa2 ke…

    0

    0
    • N says:

      Seriously aku pun nak tau. Soalan lam kepala aku ni kan “Tak rasa jijik ke?” Huhu..

      0

      0
      • Ramona Alakazam says:

        Ya Allah nak jijik apa nya. Asalkan dah sah sbg suami isteri. Allah dah jadikan halal.
        Nak sgt tau mcm mana perasaannya lah apa lah, jadi kat kau nanti baru tau.
        Drpd si fiza ni have free sex dgn yg tu yg ni, at least dia nak juga kawin.

        0

        0
    • anonymous says:

      kalau celup tu laki dia apa salahnya lainla kalau dicelup celup tu jantan2 haram dan berzina…Islam dah halalkan nikah yang ko pulak dok tanya apa perasaan…takkan kena celop dengan lelaki sah dan halal rasa bersalah ….rasa bestla ngok!

      kenapa tak tanya jantan2 yang dua tiga empat bini tu …apa perasaan main celop celop dengan orang berbeza dalam seminggu?

      0

      0
    • syibuk says:

      bestla kot dah asek laki jer terai

      0

      0
  6. dora says:

    untung fiza…cpt bertemu jodoh…xpa la muda lagi…moga2 kali ni dapat yg lebih baik…

    0

    0
  7. janda sejati says:

    fiza muslimah sejati, sebab tu mudah dapat jodoh

    bkn macm korang, tak reti jaga laki, sendiri mintak nk jadi janda

    (meminjam kata kata fiza muslimah sejati)

    0

    0