Setelah bercerai untuk kali kedua bersama Fiza pada September 2015, Adam AF mengakui terkejut ketika mendengar berita bekas isterinya itu bakal berkahwin. Namun, Adam tetap mendoakan kebahagiaan Fiza.
Saya terkejut sebab tidak tahu mengenainya tetapi gembira dengan berita tersebut. Kalau dia sudah berjumpa dengan jodohnya, alhamdulillah. Sebab semua jodoh di tangan Allah. Allah yang tentukan. Dia juga sudah berusaha ke arah itu.
Walaubagaimanapun, Adam tidak mahu memberikan sebarang komen apabila timbul isu dimana Fiza didakwa merampas suami orang dan perkara itu menjadi bualan hangat di laman sosial.
Pada saya, ia sesuatu yang sensitif untuk dikomen. Saya tidak mahu komen kerana kita tidak tahu situasi sebenar. Cuma sebagai kawan dan bekas suami, saya doakan yang terbaik untuk dia. Saya memang berharap dia dapat seseorang yang boleh menjaganya dengan baik.
Adam dan Fiza berkahwin pada September 2013 sebelum bercerai buat kali pertama pada April 2014.
Kemudian, mereka merujuk semula pada tahun 2014 sebelum Fiza nekad untuk tidak meneruskan perkahwinan beliau bersama Adam kerana hubungan mereka semakin dingin dan atas sebab-sebab yang lain. Akhirnya, mereka bercerai buat kali kedua apabila Adam melafazkan talak satu di rumah mereka pada 21 September 2015. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember 2015.
Ia merupakan perceraian kali ketiga Fiza selepas dua kali berkahwin dengan Adam dan juga suami pertamanya iaitu Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.
Tidak mustahil untuk bekas isteri ataupun bekas suami seseorang untuk bertemu pengganti dalam masa yang agak singkat dan berkahwin semula. Jodoh itu penuh dengan rahsia. Baguslah kalau Adam doakan kebahagiaan Fiza dan tidak memburukkan bekas isterinya.