Terima Kasih Kepada Orang Ramai Yang Bantu Cari Kereta Saya – Remy Ishak

Hiburan

Terima Kasih Kepada Orang Ramai Yang Bantu Cari Kereta Saya – Remy Ishak

Meskipun belum ada perkembangan positif mengenai keretanya yang hilang, Remy Ishak tetapi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membantu beliau untuk mencari kenderaan jenis Mitsubishi Triton berwarna hitam yang telah dicuri.

Advertisement

Setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan lagi dan saya berterima kasih kepada orang ramai yang cuba membantu saya dalam mencari kereta tersebut.

Bercerita mengenai kes kecurian tersebut, Remy berasa agak ralat kerana banyak barang-barang berharga miliknya seperti alat elektronik, kasut berjenama serta pakaian yang ada didalam kereta berkenaan turut lesap.

Kereta beliau dengan nombor pendaftaran WSB 7332  hilang selepas Remy singgah di sebuah kedai untuk membeli ais bagi merawat kakinya yang terseliuh ketika menjalani latihan teater Cindua Mato di Istana Budaya baru-baru ini.

Tidak mengapa biarlah polis jalankan siasatan terlebih dahulu, kalau ada lagi rezeki Remy Ishak untuk memiliki semula kereta tersebut pasti akan jumpa jugak nanti. Teruskan bersabar dan berdoa.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...