Meskipun belum ada perkembangan positif mengenai keretanya yang hilang, Remy Ishak tetapi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membantu beliau untuk mencari kenderaan jenis Mitsubishi Triton berwarna hitam yang telah dicuri.
Setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan lagi dan saya berterima kasih kepada orang ramai yang cuba membantu saya dalam mencari kereta tersebut.
Bercerita mengenai kes kecurian tersebut, Remy berasa agak ralat kerana banyak barang-barang berharga miliknya seperti alat elektronik, kasut berjenama serta pakaian yang ada didalam kereta berkenaan turut lesap.
Kereta beliau dengan nombor pendaftaran WSB 7332 Â hilang selepas Remy singgah di sebuah kedai untuk membeli ais bagi merawat kakinya yang terseliuh ketika menjalani latihan teater Cindua Mato di Istana Budaya baru-baru ini.
Tidak mengapa biarlah polis jalankan siasatan terlebih dahulu, kalau ada lagi rezeki Remy Ishak untuk memiliki semula kereta tersebut pasti akan jumpa jugak nanti. Teruskan bersabar dan berdoa.