Written by AbangNara | March 29th, 2016

Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI adalah antara selebriti yang amat berbakat dan serba boleh. Macam-macam yang FBI pernah lakukan sepanjang berkecimpung dalam dunia hiburan. Antaranya ialah:-

1.Deejay radio

 photo ac1.png

hari terakhir FBI sebagai deejay radio HotFM

FBI pernah mengendalikan rancangan pagi HotFM yang bersiaran bermula jam 6 pagi sehingga 10 pagi setiap hari. Abang Nara tak tahu FBI bangun pukul berapa nak pergi kerja tetapi setiap hari FBI sentiasa ceria, gembira, kelakar dan bertenaga menghiburkan para pendengarnya. Kalau Abang Nara confirm lalok semacam sebab tak cukup tidur. Hehehe.

2. Pengacara rancangan televisyen

 photo ac2.png

FBI ketika mengacarakan Akademi Fantasia

Kalau pagi dah sibuk di dalam konti radio, malam pula FBI sibuk di atas pentas untuk mengacarakan rancangan televisyen. Antara rancangan yang pernah digegarkan dengan keletah FBI ialah Akademi Fantasia, Apa Saja FBI, Projek Komedi Warna, Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Skrin, Anugerah Juara Lagu dan macam-macam lagilah. Fuh!!! What a busy man.

3. Emcee untuk majlis-majlis korporat

 photo ac3.png

emcee untuk majlis makan malam Hicom

Selain daripada deejay radio dan pengacara rancangan tv, FBI juga turut sama menjadi emcee untuk majlis-majlis korporat. Iyerlah orang kelakar macam FBI memang banyak demand. Rasanya dalam sebulan, mesti ada 3,4 kali FBI jadi emcee. Tak habis-habis tenaga FBI nie. Dari pagi sampai ke malam sentiasa aktif. Kalau Abang Nara mesti dah pancit dah.

 photo ac4.png

Itu belum kira kesibukan FBI menguruskan syarikatnya iaitu FBI Entertainment yang turut menerbitkan beberapa program televisyen seperti Masak Lah Kau dan beberapa program realiti pada masa akan datang. Memang tak masuk akal untuk FBI entiasa bertenaga, ceria dan aktif sebegini. Abang Nara tertanya-tanya juga apakah rahsia selebriti serba boleh ini. Mesti ada something yang diamalkan oleh FBI untuk memastikan tubuh badannya sentiasa berada di tahap optimum. Cari punya cari, akhirnya Abang Nara berjaya menemui jawapannya.

 photo ac5.png

di tangan FBI itulah rahsianya!!!

Ok mungkin jauh sangat benda yang dipegang oleh FBI itu. Mari kita close up sikit.

 photo ac6.png

Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng inilah rahsia FBI sentiasa tampil bertenaga dan ceria. Akhirnya rahsia terbongkar jua. Kalau kopi segera yang lain adalah 3 dalam 1, Kopi Alicafe yang terbaru ini adalah 5 dalam 1. Ada pula dalam perisa karamel dan perisa lebih pekat. Sekali hirup mesti nak lagi. Kesedapan tak terhingga.

 photo ac7.png

Dengan tongkat ali dan ginseng yang dijadikan bahan utama, Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng memberikan tenaga yang secukupnya untuk mengharungi hari penuh cabaran buat mereka yang meminumnya. Keberkesanannya sudah terbukti. Kalau FBI yang ada 5,6 kerja sentiasa bertenaga setiap hari selepas meminum Kopi Alicafe ini, Abang Nara berani jamin kita yang rakyat marhaen ini pun akan dapat rasa efek yang lebih power.

 photo ac8.png

Abang Nara tak sabar nak mencuba Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini. Memang sesuai sangat dengan Abang Nara yang selalu kepenatan melayan kerenah 3 orang anak. Lepas ini confirm bertenaga dari pagi sampai ke malam. Tak adalah tetiba terlelap ketika menonton televisyen. Korang yang rasa nak try pun boleh dapatkan Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini di supermarket berhampiran. Maklumat lanjut layari Power Root Malaysia

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Tenaga Tak Habis-Habis, Faizal Ismail Nie Robot Ke Apa?

  1. lululu says:

    cheh……..
    promote air rupenye……!!

    0

    0
  2. norajew says:

    tak baik untuk kesihatan 3 in 1 drink ni..nak bancuh segera..dapat penyakit pun segera..nasihat saje..

    0

    0
    • abu says:

      betul…tmbh2 yg tongkat ali ni..gula ada 3 sudu dlm setiap pek,kafein yg boleh membuatkan rasa berdebar(palpitas) dan sukar tidur mlm,setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori,krimer lemak x tepu x elok untuk kesihatan dan yg penting kandungan tongkat ali nya terlalu sedikit sebab ianya mahal dan sukar diperolehi..
      sumber dari kkm

      0

      0
      • nor says:

        saya setuju!!

        0

        0
      • ali says:

        tu le pasal…pelik nau bila bnyk produk tongkat ali 3 in 1 kat market…smp terfikir murah sgt ke harga sejenis tongkat ali ni? tgk kan payahh je orang kuar masuk hutan nak cari

        0

        0
      • zed says:

        dulu ade klua kt tv tunjuk cara diorg extrack tongkat ali. dari dekat sekawah seperiuk gedang yang dapat sebotol pure extract tongkat ali. jadi serbuk kopi yg gebang 100% tongkat ali yg ada kt pasaran betul2 tongkat ali atau hampas kayu kayan?. Sayangi hati dan buah pinggang anda n jgn dpt darah tinggi

        0

        0
  3. Anonymous says:

    “Pakcik telah menang motor”…. ingat tak iklan tu?
    Saya tak minum kopi segera…untuk awet muda kurangkan minum kopi…tapi bila saya minum secawan…. susah wo nak tidur malam… body tak biasa kena caffein…

    0

    0
    • zed says:

      ingat dulu retis mana kata klu nk menang jd jutawan klu beli produk ni kena beli kt giant atau petronas. kedai2 lain mmg klu beli xde peluang nk menang. xtahu betul ke dak

      0

      0
  4. Anonymous says:

    So … pasal dia banyak minum air ni so banyak tenaga… caffein + manisan yg terlalu banyak.. memberi tenaga… tapi nanti lain penyakit yg dtg… Abg Nara nak promote pun tak yah lah excited sangat statement tu

    0

    0
  5. Kenanga kuning says:

    Duta dgn produk sama standard……dua2 tidak menarik.

    0

    0
  6. jija says:

    Bebaik.. kot2 ada steroid

    0

    0
  7. anon says:

    Sape lah dua ekor ni, tak popular pun….Berapa agaknya nara bila siar kesah dia org ni..

    0

    0
  8. kak leha manja says:

    laki aku minum….berdengkor gak tido….zzzzz

    0

    0
  9. Fyda Noh says:

    Patutla dia bertenaga. lagi2 kalau kerja yang disukai, mmg bersemangat

    0

    0
  10. x says:

    Hentikan minum kopi 3 in 1 nie.rasa gula je.memang gula pun.ada org amalkan minum hari 3in1 sampai dapat kencing manis.tongkat ali tu dikisar halus.tapi dapatkah buah pinggang kita menapisnya.dapat pulak penyakit lain.apa2 3in1 memang bahaya.setahun satu bolahla.nak rasa.

    0

    0