Written by AbangNara | July 22nd, 2014

Abang Nara rasa ‘valid’ juga teguran dan persoalan yang telah dikemukakan di Facebook Imam Muda Hassan ini. Abang Nara pun ada tertanya-tanya benda yang sama. Apabila menemuramah ahli keluarga mangsa nahas MH17, soalan wajib para wartawan ialah “ada perubahan sikap tak”. Walaupun si ahli keluarga dah cakap tak ada, soalan yang sama diulang beberapa kali. Sedih jugak tue.

imam muda hassan

Secara jujur, Abang Nara memang rasakan soalan tersebut tiada faedah. Namun daripada segi kewartawanan, tak tahulah pulak kan. Mungkin mereka mahu mencari cerita yang menarik untuk menyedapkan lagi cerita. Tak boleh salahkan wartawan juga lebih-lebih dengan persaingan yang sengit sekarang. Namun mungkin di masa hadapan, bolehlah ‘slow-slow’ kurangkan soalan-soalan sebegini.
imam muda hassan

Apa-apa pun, kesian Imam Muda Hassan sampai terpaksa meminta maaf kerana persoalannya telah membuatkan para wartawan sentap, tersinggung dan bengang. Rasanya apa yang ditegur di Facebook Imam Muda Hassan tak adalah sampai merendahkan kredibiliti dan skil para wartawan. Kali ini, Abang Nara setuju dengan Imam Muda dalam hal ini. Apa pula kata anda?

P.S: 10 lokasi sekatan JPJ sempena Hari Raya

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

65 responses to Teguran Di Facebook Imam Muda Hassan Buat Wartawan Tersinggung

  1. whatever says:

    Manalah wartawan peduli perasaan mangsa… Yang penting boleh buat headline, famous dan duit…

    0

    0
    • mimi says:

      pastu wartawan yang beria2 kejar orang nak ambek gambar muka orang tengah menangis. perlu ke? tak jaga hati langsung.

      0

      0
      • Tipah Kurma says:

        setuju.. wartawan kadang2 over.. sampai tak fikir langsung sensitivity perasaan individu yg dialami.. tahu laa tu tanggungjawab anda kerja sebagai wartawan, tapi berhemah sikit boleh tak??

        0

        0
        • Fahrin Ahmad says:

          wartawan mmg camni, tak pndai langsung jaga hati orang…
          acah2 caring je tnya soalan camtu…

          0

          0
        • Setuju says:

          Aku mmg setuju 100% dgn pendapat IM ni.
          Lgpun dia bg pendapat dia dgn ayat yg sopan.
          Bkn ayat biadap/lantang. Ok apa sesekali ada yg menegur etika kewartawanan Malaysia ni. Kita dah akhir zaman, beringatlah.
          Jgn sbb penulisan/wawancara/lisan kita, penyebab tertangguhnya syurga utk kita.
          Wallahualam.

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          good job imam muda hassan…biarkan mereka sentap ker, apa ker..depa yang tersinggung patut terasa sbb kerja diorang ni mmg nak dapat berita sensasi jer..then buat headline yang nampak lain dr orang lain…

          0

          0
      • Neelofa says:

        wartawan tersinggung lantak dia la,
        ahli kluarga mangsa tersinggung kesah tak?

        0

        0
      • Aaron Aziz says:

        tips nak lariskan surat khabar,
        camni la, tapi kalau dipikirkan mmg bngang…
        tak pduli hati ahli mngsa…

        0

        0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        kate nama Nye wartawan mesti laaaa dorang nak kan berite yg hangat dari keluarga nahas MH17 tuuuuu nangis tk nangis wartawan dia jalankn kerja dia cari berita2 luar atau di dlm negeri pahammmmmmmmmm ! kalau tk buat ape dia kerja sebagai wartawannnnnnnnnnnnnnnnnn tkan wartawan asek asek nk jual gigi aje tesengeh bila jumpa keluarga mangsa nahasssssssssssssss !!

        0

        0
    • zz says:

      betullll la im hassan cakap..
      soalan lain..apa perasaan bila mendapat tahu tragedi ini?
      kegilaan apa soalan macam tu…tak kan tepuk tangan?

      0

      0
    • aku says:

      btol!
      yg penting cari puslisiti & jual surat khabar tu jer.
      pada aku..tak perlu pon imam muda Hassan nak minta maaf.
      mmg betul & ken apon teguran tu.
      aku sendiri pon perasan, mcm takde soalan lain…mmg mengharap sgt kalau kga mangsa jawab sesuatu yg pelik2 kan.
      ntah ape2 la.
      etika kewartawanan & kualiti wartawan sekarang tak mcm dulu..wartawan sukan ker, peranga ker, jenayah ker…semua kaan focus pada isu sensasi & galmor.
      pendek kata…semua wartawan skrg cover news sensasi & panas jer.

      0

      0
  2. hany says:

    Apa yg Imam muda hasan ckp sgt relevan..xkisahla mmg wartawan kena tanya ke apa..wartawan pun manusia,sepatutnya berperikemanusiaan la sikit..bayangkan sekali yg bertanya pd seseorg target bkn 1-2 wartawan,ramai yg kerumun..pastu duk ulang2 tanya dlm situasi yg mereka sendri sedang mcari kekuatan..jadi bg sy,mmg sgt xwajar & biadap sikap mcmni..cuba kena kat diri sendri,kita suka ke kalau kita tgh serabut,bduka org tanya mcm2 tentang perkara yg buat kita celaru tu? TAK kan?? jgn jadi lembu bodoh dicucuk hidung semata2 kerna tugas..rs2 rmi wartawan org islam melayu..jd bpada2 la sikit ye!

    0

    0
  3. melati says:

    Kalau saya jadi Wartawan..saya akan tanya ??? bila kali terakhir awak ditemura|mah oleh Wartawan????, No2 soalan.Apa anda akan lakukan selepas kali terakhir awak ditemuramah oleh Wartawan?? MOTIF ..hormat lah sikit Wartawan, tanpa wartawan sapa yg kenal awak???..

    0

    0
    • tah ler says:

      haha.. melati nie mesti wartawan y sentap..

      0

      0
    • haron says:

      xde wartawan pon artis blh hidup la. zaman ni paper bukan satu2nya sumber maklumat. aku rasa ramai yg dah xbeli paper lagi. dah la jual berita basi, berat sebelah pulak tu. hampeh

      0

      0
    • reporter propa says:

      typical reporter lupa diri.. nak suruh disembah dipuja, lagi-lagi wartawan hiburan.
      setahu aku wartawan ni kejenye melaporkan sesuatu perkara yang benar, bukannya nak mengglemerkan orang. ko nak keje glemerkan orang pegila jadi publicist. dahtu kalau keje wartawan jenayah, adakah kejenye mmg nak mengglemerkan penjenayah ke? motiffff

      0

      0
    • Marie says:

      Sensetiviti kdg2 org lpe
      Sme mcm rncgn kt tv,tny ank2 yatim ape perasaan beraya tnpa mak ayah..oh plis the kids shouldnt be burden too much on the questions..kecian stkt kita y besar ni pn sentap…perlunya ade sensetiviti berfikir tntg perasaan org lain..yes story should be make up but pengisian artikel,news itu y penting..
      Get a fact right,show to public.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Zaman internet kak. Sumorang ada PR sendiri. Wartawan dah almost tak relevan bab2 artist ni. Wartawan patutnya melaporkan secara straight dan telus. Bukannya semata nak up headline. Ko interview keluarga mangsa, apa maklumat yang penting dapat?? Dah tu, tak reti nak hormat waktu grieving orang. Gi la interview polis2 tu ke, orang2 yang menyiasat ke. Ade la jugak pekdah!

      Wartawan skarang mmg jarang jumpa yang akal tak pendek. heh.

      0

      0
    • mak bedah says:

      O.. kau nak orang hormat kau. Cara kau jawab ni pun dah minta orang x hormat kau. Tak payah cakap hal hormat kalau kau sendiri tak hormat pendapat orang lain. Nah, ambik lah komen2 dari kawan2 kat sini supaya kau lebih rasa di hormati.. ambek kau.

      0

      0
    • hah says:

      woi ! blh tahan kurang ajar gak komen ko ni melati .. nak ngorat blh !?

      0

      0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      betol tu melati tanpa wartawan sape lah artis atau orang2 ni semua..

      0

      0
    • mia says:

      ketinggalan zaman cik melati ni. Zaman skang, xde wartawan pon org ley tau perkembgn semasa la. ramai je rakyat malaysia yg jadi part time wartawan kt fb, twitter. free lagi tau.. skang ni type kt google macam2 kua.

      0

      0
    • kesian says:

      memang kebanyakan wartawan kurang sensitif…aku sebagai bekas pekerja kat line2 suratkaba ni memang aku paham sgt peel diorg..maklumla, diorg la yang mencari & menyampai berita..sebelum org lain tau, diorg yg tau dulu..so kebanyakannye rase diri tu yg mcm ‘tanpa wartawan siapalah korang’… haihhhh…Aku suka dengan teguran Imam Muda Hassan… walaupun aku rase sorang pon wartawan takkan amik pot pasal teguran ni..Tapi at least IMH dah menegur sesuatu yang memang betul.. sentap korang nak dikira sangat tapi yang korang sentapkan ahli keluarga tu korang tak kira pulak…semoga korang sedar suatu hari nanti

      0

      0
  4. soalan cepuemas says:

    lagi best saya pernah dgr wartawan tanya pada seseorang “apakah perasaan anda?” anda rasa bodoh x soalan tu? bila kmatian, mestilah sedih…bila kmenangan, mestilah gembira… apa soalan bonus betul la…

    0

    0
  5. vee catalina says:

    Kalau saya adalah ahli keluarga mangsa, saya lebih suka jika x ditemuramah wartawan. Need space. Orang tengah bersedih, mcm mcm soalan x penting ditanya. Rimas la. Lagi lagi kalau dikerumuni. Ish…

    0

    0
  6. tonggol says:

    pegi mati ngn wartawan, mmg soalan bodo tanya sebelum mati ada petanda ke tak? wartwawan 2 tu pun klu mati sok nak ade paetanda gak kae? bangang nyer la punya soalan, sengkek tak da idea. watpe kite nk support wartawan, baik ita suppport ulama dan imam.

    0

    0
  7. wartawan poyo says:

    wartawan yg sentap msti terasa betul la tu ape yg IM Hassan posted kt fb dia.. tnye soklan yg da tau jwpn tu namanye malas wt keje pastu sentap biler org kondem.. tnye soklan yg xmdtgkan kebaikan btmbah kesedihan adalah pd keluarga mangsa.. sokong IM !!!!!!! berani kerana benar takut kerana salah .. pd wartawan dluar sne jgn nk amik jln mudah jer klu yg suam2 kuku tu bek cari kje len yg lbh bmanfaat & keberkatan …

    0

    0
  8. Mdm Poppy says:

    Apa yang Imam Muda tu cakap memang Poppy totally agreed. Sama gak mcm sesetengah rancangan tv. Poppy malas dah nak tengok even kesian dgn yg kurang menasib baik ni. Siap tanya ” Adik dah besar nanti nak jadi apa? Nak tolong ibu tak??” Lepas tu budak tu jadi sayu & start nangis. Kdg2 budak2 yg jwap pun ” nak skolah rajin2. besar nanti nak jadi DR. nak jadi Cikgu tolong ibu bapa”.. Soalan & jwapan yg sama jer hampir stiap rancangan. Niat memang ler baik nak menolong tapi if setiap rancangan terlalu ikut skrip kita pun naik muak. Nak tarik penonton pun kena dgn keadaan gak.. Minta maaf, bkn saja nak mengkritik tapi Poppy rasa bkn Imam Muda ni saja yg boleh rasa apa wartawan buat ni ‘tak sesuai’, bah kan penonton or pembaca mcm kita pun tau.

    0

    0
  9. Bukan melati says:

    Melati bodoh

    0

    0
  10. rohayaroy says:

    setuju juga dengan imam mudah hassan.. :)

    0

    0
  11. Jeff says:

    Terdetik juga di hati beberapa hari ini apabila liputan bersama keluarga mangsa dibuat itulah soalannya dan dilaporkan wartawan. Perlukah??? Adakah wartawan mengharapkan sesuatu jawapan yang super unik dari ahli keluarga agar dapat disensasikan dan menjadi tajuk utama media-media mereka? Sangat setuju dengan teguran Imam Muda Hassan kerana saya juga berpendapat demikian…

    0

    0
  12. missD says:

    sedih tgok fb wrtawan tua sprg ni maki IM dan mulala geng2 dia sekali komenhina dan persoalkan golongan agamawan. diorang jauh lebih hina!

    0

    0
  13. Anti-Zubir says:

    saya paling benci dengar wartawan tanya soalan bodoh macam ni.

    0

    0
  14. rex says:

    Aku igt lagi yg paper metro ade kuar satu news psl kematian. Dia ckp, “tak sangka insiden pinggan terlepas dari tangan dan pecah pada dua hari lalu merupakan petanda yg suami dia akan meninggal”. I was like…. WTF! Since when pinggan tu jd “Tuhan”?

    0

    0
  15. messy AA says:

    Standard la wartawan skang.. Mmg cmtu.. Pung pang tulis pasal org lain xtau sama ada bnda tu btul ke x, xpeduli.. Janji cerita laris.. Org bru tegur skit sentap siap nak boikot bagai… Loser!!!

    0

    0
  16. Cikwe says:

    Slm semua,
    Sememangnya ada sebab Imam Muda Hassan menegur, saya selalu terkesan bila selalu sangat wartawan bertanyakan soalan yang tidak relevan dan wartawan itu saya percaya sudah tahu bagaimana perasaan next to kin mangsa musibah… contoh soalan yang diajukan..” Apa perasaan? Terkejut tak dengar kemalangan ini? Aduhai….para wartawan…tenangkan lah mereka , bukan nak menambahkan lagi sebak hati.. tapi ada juga wartawan yang sangat profesional , dan yang belum tu, perbaiki diri jaga hati waris mangsa. .Minta maaf , saya bukan wartawan tapi sekadar komen teguran Imam Muda. Salam.

    0

    0
  17. peace says:

    ala, tajuk yg nara bagi utk artikel ni pon mcm saja nk gtau IM je yg bersalah… sama je nara pon terasa la tu dgn teguran IM kan…

    0

    0
  18. melati hati cam hanjeeng says:

    Melati jd cm tue sbb mase ngandung mak dia ngidam nk mkn daging anjing

    0

    0
  19. bukan wartawan says:

    betul lah im hassan cakap tu. sebab tu lah dia dapat gelaran im. wartawan cari cerita bukan cari gaduh. kepala otak pergi mana tah tanya soalan bangang. orang dah pergi tu biar pergi. bukan menderu deru tanya soalan bangang. nara ni pun bangang. sebelah wartawan. kita tak marah , kita menyampah.

    0

    0
  20. Detactive Conan says:

    mmg betol apa yang im hassan ckp pun…wartawan mmg gitu ler perangai..tak sensitive langsung…tanya soalan merapu2…dah tu suka laga2 kan org…yg tak bgaduh pun dah jadi bgaduh..gara2 pena wartawan ni…helo para wartawan…tau ler korang cari makan tpi kena ingat ler perasaan waris2 mangsa…tak paham aku..

    0

    0
  21. someone says:

    Wartawan msia ni otak tahap kg je. Ive been in that industry before so i know. Wartawan2 ni sbnrnya bukannya pandai sgt menulis pun. Tugas utama mereka adalah untuk mendapatkan angle yg terbaik supaya bleh dipublish on the front page. Bangga gila woo klu story on front page. Story pun akan di edit oleh sub editor. So tulis cincai2 pun tada masalah. I resign dari jadik wartawan dulu pun sbb i was restricted from writing the story that i wanted. So otak i tak boleh berkembang and i started to hate my job. Yg lg menyedihkan, since metro akhbar paling laku, my former boss wanted us to think n write like them (we r not a tabloid btw).. i was wth?? It is all about money now. Dah tak ada lg etika kewartawanan yg btl. Sdh tu, editor akhbar kat msia tadak telor.. cerita aib rakyat marhaen je yg asyik d publish.. cerita pasal regina soosalu n bf tunku alang reza ada tak korang baca kat akhbar? Ada tak wartawan harian metro p tanya kat keluarga ‘diraja’ tu apa perasaan dorg mempunyai keturunan yg asyek2 menyusahkan keluarga. (Not to forget the kaki pukul tunku mishan syahrin?) Hmmm.. biaskan…

    0

    0
  22. dah lama perati says:

    mmg pown..mse temuramah ank pasangan Sweeden yg kne than 2, ade ke ptot tye pe perasaan bile nk jumpe ayah..rindu x..akan nangis x lao jumpe nt..pe kejadahnye soklan mcm ni..nape..wartwan yg tye 2 lain spesis ke ngn bdak2 ni smpi xtaw perasaan ape..
    teremo plak aku..huh!!

    0

    0
  23. hah says:

    hek eleh , behenti je la jadi watawan kalau teguran mcm tu pun nak terasa .. mental pink kaler ! .. mana layak jadi watawan …

    0

    0
  24. Shaklee says:

    wartawan malaysia memang nonsense walau tak semua

    kat anak yatim yang mak ayah mati dalam accidnet

    di tanyakan adakah sedia beraya tanpa mak ayah

    ya ALLAH budak tu baru umur darjah 1 atau 6 tahun kut

    ya ALLAH musibah akhlak apakah yang berlaku pada umat Malaysia ni

    huhu

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Bagus IM ni. Org tegur dia tak melenting. Bkn macam artis lindungan kaabah iteww

    0

    0
  26. im reporter says:

    setiap wartawan ada skop kerja dia. anda-anda yang tak bekerja sebagai wartawan ni, tolonglah hormat sama kerjaya wartawan tu, jangan lah bercakap macam tak hari esok. teguran im tu memang benar, tapi wartawan tu hanya bekerja di bawah, dia masih ada bos di atas yang akan cek segala kerja yang disubmit. bos akan tanya lagi. pressure wartawan, hanya wartawan yg tahu. so, kita respek sama-sama.
    untung lagi jadi wartawan daripada wartawan tak bertauliah kan?
    and yes, i’m reporter. yang tau apa perasaan bersalah yang terpaksa tny jugak soalan mcm tu, biarpun keadaan tak mengizinkan. wartawan tak ada rasa kemanusiaan? boleh jatuh fitnah awak-awak yang komen macam tu. sekian.

    0

    0
    • rainbow says:

      jd para wartawan yg berperikemanusiaan sepatutnya berterima kasih pada IM Hasan dan fowardkan teguran ni kpd bos2 anda pula.. ;)

      0

      0
  27. rori says:

    X yahla sokong wartawan bodoh dan bosnyer..dh mmg betul pun apa yg imam.muda hassan ckp tu.x relevan lgsung soalan bodoh wartawan tu.susahla mcm ni…tegur apa yg salah pun nk sentap.huru hara la dunia ni

    0

    0
  28. mak mertua ko says:

    Adoiiii keras perut gelak…wartawan sentap??? Selama ni yang depa duk tulis pasal orang tu depa kisah ke orang ditulis tu sentap ke tidak? Adoi…tak tercapai akal ku. Jadi para wartawan semua termasukla abg nara ni…sebab mata pena lebih tajam dari mata pedang, jadi sebelum kita menulis aib orang kita kena ingat satu hari orang aibkan kita mungkin agak lari tajuk dari tajuk imam muda ni. Tapi isi masih sama kan?

    0

    0
    • Anonymous says:

      setuju weh ngn komen ko .. nasib im ni jenis low profile .. kalau im ni lawan balik , comfirm kena boikot punya lah ngan pesatuan wartawan , maklum la tanpa wartawan sape la mereka . podah !

      0

      0
  29. Imam Lawa says:

    pesal kalo org meninggal secara tiba2, kena tanya soalan adakah berperangai pelik? Ada org yg mmg pelik ari2 tak mati pon? Wartawan nih tak bersedia semenya gi tanya soalan2 bodoh nyer semata2 nakkan citer

    0

    0
  30. pink says:

    setuju ngn IM hassan..
    wartawan ni terlalu over sgt.. cba letakkan diri anda di tmpt org yg sdang bersedih..
    then people keep asking u xpa fikir keadaan u sdri..
    what do u feel??
    tepuk dada tny hati.. peace!

    0

    0
  31. ss says:

    terima kasih imam muda hassan atas teguran.baru wartawan ni terasa kerana yg tegur imam muda.kalo artis biasa atau orang biasa yang tegur memang xamik port la.

    0

    0
  32. kiah says:

    Kalau retis tu korg julang2. Kalau IM bg komen kemain sentap. Hormat la skit. Dia tu imam/pendakwah/org alim..at least dia amik port jgk la psl hal2 luar tu.

    0

    0
  33. tahap gaban da... says:

    Wartawan memang berhati longkang. Macam kes kawan baik anak aku
    meninggal, ikut sedap jew dia tulis. Langsung x fikir perasaan orang yg dah
    memang sedih. Pandai pula sentap tapi masa buat ayat penyedap artikel tu x fikir pula
    perasaan orang

    0

    0
  34. Propa says:

    Abg nara pun slalu bt artis tersinggung..2 x 5 je dgn wrtwn..kdg2 over bgosip..peace yaww

    0

    0
  35. bunga says:

    paling benci kalo wartawan tnya apa perasaan awak??

    0

    0
  36. Anonymous says:

    setuju dgn imam muda….terbaekk!!! wartawan semua meh pakat dgr apa kiteorg komen pasal korg pulak….asyik korg je yg buat komen pasal org laen..now your turn utk dikomen

    0

    0
  37. Shhh says:

    Aku setuju jgk dgn IM Hassan..yang paling aku tak suka, bila wartawan bertanya secara live kat tv..tergagap2…lagi2 wartawan Astro Awani tak da preparation langsung…kalo tgk HLive lagi kau sakit hati…soalan mcm budak tak sekolah…

    0

    0
  38. Senah says:

    Mmg btol la ape dia cakap…tanye ganjil la ape la..nampak benor nak pecaya kepada bende2 mcm tu..org kita ni kalo ditegor hal yg benar x bole, melatah… Lagi2 kalo bab agama, ade je yg nak bela walaupon salah… Kene bala kang, dgn aku2 skali kene jugak

    0

    0
  39. ntahapapa says:

    yg ni mmg aku setuju. contoh terbaru yg dua beradik mati lemas dlm kolam baru2 ni.boleh plak wartawan tanya “baju raya utk dorg dah beli???” WTH!!

    0

    0
  40. Kamelia says:

    ELOKLAH TANYA SOKLAN X BERFAEDAH DARI COPY PASTE STORY ORG N BUAT KESIMPULAN SENDIRI. KAN? MENGHENTAM BALIK PLAKTU.

    0

    0
  41. ee.. kurang asam says:

    Sokong ngan imam muda. Mcm tempoh hari kes budak 5 thn..
    apa kejadah mak mangsa leka bershopping. Nak byr ais krim anak, tangan
    sebelah pegang si adik. Dah sampai ajal, si abang meluru keluar dr kedai. Bukan shoping complex. Dapat info entah dr mana main tulis je.. tak pasal2 maknya jadi mangsa kritikan keras. Dahlah sedih bertambah tertekan kalu baca artikel x betul

    0

    0
  42. bencihipokrit says:

    Susah jd org dikenali nih. Semua benda jd kontroversi. Org tu menegur pun dh nak dikritik ! Apa benda entah ! Betul apa org tu tegur, dh sah2 keluarga2 mangsa musibah ni tentu2 lh tgh bersedih, kau boleh tanya soalan2 nonsense, betul ke mcm tu ? Apalah. Lain kali taknak ditegur jgn buat benda2 yg nonsense. Ada akal gunalah, pikir !

    0

    0