Kalau anda mengikuti akaun Instagram Sharifah Sakinah, pastinya anda akan melihat beberapa gambar yang menunjukkan perut pelakon ini. Memang cantik perut Sharifah Sakinah. Tiada sebarang kebuncitan, nampak tegang dan kalau perhatikan betul-betul, macam ada “six packs“. Inilah hasil kerja keras Sharifah Sakinah bersenam selama ini menerusi jenama Fitness Sakinah.
Malah daripada pemerhatian Abang Nara, kalau dulu Sharifah Sakinah kelihatan agak “chubby” namun sekarang ini memang kurus sangat-sangat. Walaupun penayangan perut yang dilakukan olehnya adalah untuk menunjukkan kesan, sememangnya ia kurang bersesuaian dengan adat dan agama kita. Namun Sharifah Sakinah memaklumkan tujuannnya berbuat demikian adalah untuk memberi inspirasi. Katanya menerusi MalaysianDigest:-
Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.
Diharap jangan pula Sharifah Sakinah menayangkan bahagian badannya yang lain untuk menunjukkan keberkesanan aktiviti senaman yang dilakukan. Kalau perut pun dah timbul cakap-cakap orang kerana perasaan kurang senang, bayangkan kalau bahagian lain yang terpampang di Instagramnya. Mahu terkejut semua orang dibuatnya. Apa pun, gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Sharifah Sakinah memang wajar dicontohi oleh kita yang jarang bersenam. Tak gitu?
P.S: Â True Touch Solution menyediakan penyelesaian untuk mereka yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan berparut. Memang sesuai sangat untuk Abang Nara nie. Untuk dapatkan diskaun HEBAT produk mereka, cuma perlu “screenshot” gambar di atas dan tag Instagram TrueTouchSolution atau tag Facebook TrueTouchSolution. Nak tahu lebih lanjut tentang keberkesanan produk ini? Layari www.truetouch.asia.