Written by serenity | April 8th, 2015

Baru-baru ini dua orang wanita telah muncul di akhbar Berita Harian mendakwa seorang pelawak popular telah memperdayakan ramai wanita dengan meminta gambar bogel mereka. Pelawak itu ‘mengayat’ wanita di media sosial dengan meminta gambar bogel mereka dan dia juga dikatakan menghantar gambar alat sulitnya pada wanita-wanita tersebut.

Tauke ialah antara pelawak yang dispekulasi menjalankan kegiatan tersebut kerana dia sering dilihat bergambar mesra dengan ramai wanita.

Melalui Harian Metro, Tauke bagaimanapun menafikan dirinya adalah pelawak yang diperkatakan.

Dosa kita yang lepas menghantui kita sekarang. Maksud saya bukanlah dosa maknanya kenakalan kita yang lepas menjadikan kita sekarang.

Perkara itu dah berlalu tapi apabila ada lagi benda-benda begini, orang akan menuding jari pada saya sedangkan ramai lagi pelawak di negara kita.

Ramai lagi yang nakal tapi apabila ada kes membabitkan pelawak, orang akan kata Taukelah orangnya.

Contohnya dalam rumah kita sendiri. Dulu seorang adik kita dituduh mencuri. Bila hilang saja duit, dia pasti akan dituduh padahal orang lain yang buat.

Walaupun orang luar datang mencuri tapi inilah persepsi. Kalau bolehlah saya minta masyarakat jangan cepat buat andaian tanpa membaca sesuatu berita sampai habis.

Dapatkan cerita sebenar dan jangan tuduh Tauke yang salah, kena baca dan fahami betul-betul. Memang bukan saya yang buat.

Tauke bagaimanapun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang mengaitkan dirinya dengan gosip tersebut.

Apabila berlaku spekulasi begini, kita nak marah siapa? Sebabnya yang mencetuskan spekulasi itu ialah orang ramai yang memberi komen.

Takkanlah saya nak saman peminat semua? Mereka ada hak nak menaip. Mereka ada upaya untuk buat kerja begitu.

Bagaimanapun satu perkara yang saya nak tegur ialah pemikiran dan yang kedua jauhilah fitnah.

Biasalah tu, bila kita buat perkara baik banyak kali pun jarang diingati orang, bila kita buat salah sekali saja pun akan diingati orang sampai bila-bila.

Dengan penjelasan ini, mungkin Tauke tidak akan dikaitkan lagi dengan gosip tersebut. Siapa sebenarnya pelawak yang dimaksudkan sememangnya menjadi tanda tanya.

Klu yang diberi tentang pelawak tersebut ialah ‘pelawak popular yang bukan mengalami kejatuhan disebabkan orang lain yang mahu menjatuhkannya, tetapi disebabkan sikapnya sendiri’. Siapa pula ya?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Tauke Nafi Dirinya Pelawak Kasanova Yang Sedang Jadi Bualan Hangat

  1. open yur mind says:

    Itu lah prsepsi org mlayu..skli wat jahat akn di cop jahat slamanya.cmne org mlyu nk mju.siasat dlu lh..jgn nk tding jri je.kn rmai plawak kt mlysia ni.pper ni pn nk bg hint je,terus terang kn snang.

    0

    0
    • mutiara says:

      erm..kalau betol, yg pompuan2 gatal tu pon kenapa ngadu kat media..g lah buat report polis dulu..ada hitam putih..xlah fitnah jadinya. neh kes macam nak duit je..
      atau kes nak jatuhkan pelawak2 sekarang..dari dulu sampai sekarang satu2 kes berlaku..ermm fishy..

      0

      0
      • Anonymous says:

        tulah pasal.. bkn setakat pelawak je berkelakuan mcm ni..artis laki lain pun sama.. aku pernah jadi mangsa.. takda pun nak kecoh kat media.. perempuan ni saje gile publisiti…

        0

        0
    • kawan aku juga mangsa says:

      bukan TAUKEH tapi rasa nya ROPIE CECUPAK sbb dia kerap buat macam tu dan kawan2 aku sendiri pernah kena. cuba wartawan terjah tengok.

      0

      0
      • ooooo says:

        aku tau sapa pelawak tu..bukan taukeh tp partner dia(korg tau kot sape)..pecaya la…nmpk ja mcm baik kn..aku tau la sbb aku penah terkena…1stly aku melayan sbb nk tgk sejauh mana sikap retiss ni..nk tgk dorg jns amik kesempatan pd peminat o tak..ternyata mmg ya…mula2 text kt fb..lps 2 mintak no phone..lps 2 wasap or wechat same mcm screen shot kt atas ni..mula2 sembang mcm baik..lps tu ajak jumpa..lps tu ayat..kalau kita lyn mmg menjadi ler..siap ajak g hotel check in..fhm2 la utk apa kn…so bila dh tau sampai mcm 2 aku trs stop..abaikan je retis mcm ni..ntah berapa ramai peminat yg terkena..mcm kes pompuan ni..mungkin dia mengharap sgt..x blh nk bezakan retis 2 iklas o just nk amik kesempatan…bila dh rasa retis ni main2 baru la nk buat havoc..g media bagai..padahal sbb silap sendiri jugak..mungkin sbb skt ht kot pompuan ni buat mcm ni…kalau korg x pecaya korg try la…

        0

        0
        • hush says:

          Zizan la.. ade 1 blog x sensorkn name pelawak yg anta msg2 tue.. kt wasap 2 tulis zizan razak..

          0

          0
  2. adaakukesah says:

    eeeeuuuwwwwwwww

    0

    0
    • Hmnnn says:

      mcm mana lah ghupernya tauker bertelanjang…???
      mesti pendek dan montok pisang emasnya…heheehe

      0

      0
      • Anonymous says:

        media2 lah yg harus dipersalahkan. kenapa mahu melindungi artis lucah itu? expose kan saja. nanti banyak lagi anak2 gadis yg terjerumus dan terkena. pelawak tu bukan tuhan….cakap je terus terang. kan dah mengundang spekulasi. yg salah harus dibawa ke muka pengadilan…biar insaf.

        0

        0
  3. Anita says:

    mcm zizang je klu tu

    0

    0
  4. aku kesah says:

    sbb tu la kalau nak jadi artis kena jaga reputasi, nama baik diri sndiri. baru la org x kaitkan ngan benda2 x elok mcmtu. tgk sapa yg malu skang..diri sndiri jugak kan.. nama kalau dh jd artis smpi ke mati org ingat..so beringatlah ye

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Pelawak pelawak gini…bergaya sakan bagai nak rak. Habuk pun tarak…
    Keta mewah yg korang pakai tu jgn cakap tu keta korang lagi tau. Masih bank punya tu… lainlah kalau korang beli CASH…

    0

    0
  6. zizang ganu says:

    korang..jom cerita bab GST nak

    0

    0
  7. niki minah says:

    I ttp salahkan pompuan dlm kes ni.. Wlaupn i pompuan.. Yg gataii g layan tu nape..lelaki xkan brani lebih2 klo kte x lyn.. Tak taw le klo llaki tu mmg jnis gatal tahap kronik.. Tp tgok la pompuan yg kne offer tu pasti bkn yg sopan n brtudung.. Pakaian n karekter sndri dh mengoffer jantan utk… Lg satu jgn la kte tduh sape2 slagi xde bukti… One more thing.. Mgkinkah pompuan2 berkomplot utk jatuhkan sseorg….??? Itu pendapat i la….

    0

    0