Written by Bella | January 24th, 2016

Tahun 2015 merupakan tahun yang agak mencabar buat Tasha Shilla kerana dihimpit pelbagai kontroversi terutama kisah cintanya yang gagal bersama peninju Muay Thai, Hans Wong.

Namun, awal tahun 2016 khabarnya Tasha telah bertemu pengganti apabila dikatakan sedang rapat bersama seorang lelaki berpangkat kapten.

Belajar daripada kesilapan lalu, Tasha tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah peribadinya dan hanya menjelaskan beliau dan lelaki tersebut rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta.

Kami cuma berkawan dan tiada ikatan cinta. Saya tidak mahu lagi berkongsi mengenai soal hati dan biarlah kisah cinta saya dengan Hans dulu adalah yang terakhir diketahui umum.

Selagi tiada ikatan yang sah, saya tidak akan bercerita kerana tidak mahu kisah lalu berulang kembali. Kalau saya bertunang atau akan berkahwin, saya akan jemput dan maklumkan kepada semua, bukan lagi menjaja kisah cinta.

Tasha menegaskan buat masa ini beliau tidak mempunyai  teman istimewa dan ingin memberikan tumpuan seratus peratus kepada kerjayanya yang ketika ini agak perlahan.

Buat masa sekarang saya belum ada teman istimewa kerana mahu menumpukan kepada karier seni sebab perjalanan dunia seni saya sekarang ini agak perlahan.

Baguslah kalau Tasha Shilla sudah belajar daripada kesilapan, tidak perlu lah terlalu menjaja kisah cinta jika ia sesuatu yang belum pasti dan membuatkan peminat bosan.

Sumber Berita: BH ONLINE

16 responses to Tasha Shilla Sedang Rapat Dengan Lelaki Berpangkat Kapten?

  1. puteri sal says:

    cantik gila phootobooth dia…serius berminat..mana nak dpt mcm tu iya…cantik gila!!!

    0

    0
  2. minah jambu terlajak habis says:

    taon ni punye AJL pekak badak huh ! tapi dato vida tetap the best lov u dato vida eemmuah hahaha….! mujur ada dato vidaaa….!

    0

    0
  3. as says:

    tasha shila x ubah seperti pelacur ataupun pelakon filem porno

    0

    0
  4. Cik Naa says:

    Jalan berpegang tangan, bercium atas eskalator klcc tu bukan teman istimewa ke? Ohh i see… ?

    0

    0
  5. Anonymous says:

    wei baju dia tiru design taylor swift. tulisan tu pun. pastu bangga pkai design mencilok org punya. memalukan!

    0

    0
  6. Roti Jem says:

    Ro.ti.ka.ya

    0

    0
  7. Ikan Keli says:

    Si.Ak.Ap.Ke.Li

    0

    0
  8. Bintang says:

    Oh.Bu.La.N

    0

    0
  9. huhu says:

    kapten askar ke kapten kapal tebang ke kpten pa??

    0

    0