Written by Bella | April 26th, 2015

Hampir dua tahun menyulam cinta Tasha Shila dan kekasihnya seorang peninju Muay Thai, Hans Wong membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing apabila mereka putus cinta kira-kira dua bulan lepas.

Pelbagai spekulasi yang melanda hubungan mereka termasuklah nama penyanyi Kaka Azraff turut dikaitkan sebagai orang ketiga yang memusnahkan percintaan mereka. Walaubagaimanapun, Kaka dalam satu kenyataan sebelum ini menafikan sekerasnya perkara tersebut.

Setelah lama berdiam diri, akhirnya Tasha telah tampil mendedahkan punca sebenar beliau dan Hans berpisah. Jelas aktres tersebut, perpisahan mereka adalah kerana beliau ingin memperbaiki diri sebelum menempuh alam perkahwinan pada masa hadapan dan menganggap tiada jodoh diantara mereka serta apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Saya percaya perpisahan ini mungkin satu petanda untuk saya memperbaiki diri dalam menempuh alam perkahwinan nanti. Ia memberi peluang kepada saya untuk tidak membuat pilihan pasangan hidup secara tergesa-gesa.

Saya juga percaya perpisahan ini adalah demi kebaikan masing-masing, selain menganggap perhubungan ini tiada jodoh untuk ke alam perkahwinan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Perkara yang berlaku tidak membuatkan Tasha merasa serik untuk bercinta lagi.  Malah, beliau dan Hans masih lagi berkawan baik meskipun kini mereka tidak lagi bersama.

Tidak terlintas untuk saya serik bercinta lagi. Bagaimanapun, tumpuan saya kini adalah terhadap karier seni.

Jadi benarlah Kaka Azraff bukan perosak hubungan orang seperti yang Tasha pernah nyatakan sebelum ini? Hurm.. Kan lebih elok jika anda terus terang dari awal tiadalah peminat atau masyarakat tertanya-tanya.

Sumber Berita: Utusan Online

17 responses to Tasha Shila Akhirnya Dedah Punca Sebenar Putus Cinta

  1. Unmactured says:

    Dlu nk snyap kn xnk bgtu punca,la ni bgtu pulokkk.whts yur point ni??klu ko bgtu awl2,xde lh kwn2 suma pulaukn c Kaka.kot ye pn bukan Kaka pyncanya,pe salahnye bukak mulut awk2.ksian Kaka..x psal2 kne tmpias .xblh pki pnya kwan.saja je knn???

    0

    0
    • mutiara says:

      Ok. Next!

      0

      0
      • Bani Israyels says:

        Bila nk update psl bapak tiri Kim K yg tukar jantina tu ?!

        0

        0
        • Lembu Gemok says:

          laaa…takyah laa sibuk2 bercinta dgn mamat bertatoo..banyak benda lagi ko leh wat…aku pon takleh pandang laa tasya ni…masa dalam pelamin fantasia tu, walaupon suh berlakon kekwat, tp lepas reveal yang diaorang kena jd kekwat tu pon dia still nampak gaya kekwat…bibir nipis lagi nak bajet hot….toh hang laaa!!!

          0

          0
  2. Anonymous says:

    Jadi ko tipu la dlm statement ko sbelom ni yg Kaka penyebab ko putus centa ngan hans solo ko tuh? Ko ni mmg pompuan tak reti malu la tasa sila.. Nmpk sgt penipu. Nk tipu tp tak guna otak. Mcm ni la jadinye.

    0

    0
  3. minah jambu sayang nenek says:

    betol tu tasha jangan tegesa2 untok berkahwin..u pon maseh muda lagi pelan2 cari pasangan ok..kalau u kawin cepat pastu u bertudong nanti ape2 problem u nk kena gi makamah failkn perceraian pulak..tk cantek la kalau macm gitu kan ..tiba masa nye u akan dapat jodoh jugak dari Allah…teroskn kerja seni berlakon u dulu samapai berjaya….lov u tashaaa..

    0

    0
  4. mutiara says:

    Ape kena mengena dgn bertudung..ntah ape2nye statement ko neh!

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      ye laaaa kebanyakan Nye bila artis dh berkawin kan akan bertudonggg..pasal nk selamat kn laki dari dosa n neraka tk gitu? bila laki nk kawin satu lagi dia ada peduli perasaan si bini ni ? ada ?

      0

      0
      • mutiara says:

        Heh..ada pulak.
        Kalau isteri bertudung tp perangai laki mcm lahanat, takde selamatnya laki tu.

        0

        0
  5. TZ says:

    Boring aa..asyik gosip psl tasha shilla je..abg nara xtau ke gosip trbaru psl mia ahmad bercinta dgn syarul ridzwan..tp xcomfirm lg

    0

    0
  6. Ayam Afrika says:

    Papepun..peninju 2 yg sentiasa untung…dpt free je. Kalau Tasha ni nak aku pun x ingin….ntah berapa laki dah test drive minah ni.

    0

    0
  7. fitnah makanan tasha says:

    kan da tambah dose fitnah KAKA..BERUBAHLAH tasha jd pompan yg beradab n berakal.. bg aku, klo ko jd GF & BFF mmg x layak. coz xde sifat jujur dlm perhubungan..

    0

    0
  8. aku says:

    Pulak dah.

    0

    0
  9. anonym says:

    dia tak nak masuk islam la tu..abis citer

    1

    0