Tanya Sari Yanti, Jangan Tanya Saya – Edy Casmadi

Hiburan

Tanya Sari Yanti, Jangan Tanya Saya – Edy Casmadi

Susulan tersebarnya berita permohonan cerai yang telah difailkan oleh Sari Yanti pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, suami kepada pelakon cilik ini, Edy Casmadi enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara tersebut. Menurut Edy, dirinya bukan selebriti dan tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai permohonan cerai itu.
sari yanti ceraiEdy Casmadi ditemui oleh wartawan Mstar Online ketika sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Kata Edy:-

Tanya dia (Sari Yanti), jangan tanya saya. Lebih baik dia yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti. Saya tidak bersetuju dengan penceraian

Advertisement

sari yanti

Hasil perkahwinan selama 5 tahun, Mohd Edy Casmadi dan Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Semoga ada jalan penyelesaian yang tidak melibatkan penceraian dapat dicapai oleh pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, fikirkanlah anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...