Written by AbangNara | June 21st, 2017

Salam takziah Abang Nara ucapkan kepada Raja Farah atas berita sedih ini. Di kala umat Islam sedang bergembira mahu menyambut kehadiran Syawal, Raja Farah telah pun disahkan keguguran. Untuk makluman, peristiwa sedih ini berlaku ketika usia kandungan Raja Farah adalah sekitar 2 bulan.
raja farahMenurut Raja Farah, kejadian berkenaan berlaku selepas waktu berbuka malam semalam, ketika dirinya sedang berniaga di sebuah karnival di Kuala Selangor. Kata Raja Farah:-

Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti.

Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya ketika kita semua hendak menyambut Hari Raya.

Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan. Mujurlah ketika kejadian, saya ditemani ibu bapa dan anak sulung (Imran).

raja farah keguguran

Semoga Raja Farah dan suami tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Sumber Berita Harian.
nita rayaP.S: Abang Nara percaya persiapan raya korang dah hampir setel dah. Buat kaum Hawa, pastikan korang tak terlupa nak bawa balik lipstick dan juga eyeshadow. Barulah wajah tue makin berseri-seri di pagi raya. Kalau belum beli lagi, Abang Nara cadangkan cuba koleksi terbaru Eye Shadow Palette dan Moist Jumbo Lipsticks dari NITA ini. Confirm kebabom meletop punyalah gaya korang nanti. Makluma lanjut layari www.nitacosmetics.com 

4 responses to (TAKZIAH)Raja Farah Keguguran

  1. wekkkkkkk says:

    kalau gugur…paling sedih tgok darah tu kuar mcm lengkong merah 50 cen satu…sedih sgt…itu anak la dh hancur..
    huwekkkkkkk aku..

    0

    4
  2. Anonymous says:

    Innalillah wainnalillah hirojiun… takziah…

    1

    0
  3. Ex-Amnet Forumer says:

    Takpelah, at least dah ada satu.

    0

    0
  4. kamal daud says:

    ni cita dalam kain tak payah lah cita kat orang…bukan hang sorang saja gugur!!! ni pun jadi cerita……………….

    0

    0

Leave a Comment

Optional