Written by serenity | March 27th, 2014

Datuk Osman Jantan atau Ali Mamak, seorang pelawak yang cukup dikenali di era 80’an dengan sitkom ‘Santan Berlada’ telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 4.20 pagi tadi kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya.


 photo 1380218_613307588749709_938055256_n.jpg
Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka  sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk pengebumian sebelum Zohor. Bersama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

[jetpack-related-posts]
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to (TAKZIAH)Datuk Osman Jantan @ Ali Mamak Meninggal Dunia

  1. iris says:

    Al-Fatihah..dan takziah pada keluarga beliau…

    0

    0
    • takziah…semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tmpatkan dikalangan org beriman…amiin…

      *** teringat lagu beliau APE NAK JADI…stiap kali g guma org kawen msti ada lagu tu…

      0

      0
  2. Zorro says:

    Al-Fatihah….Nampak sihat and ceria senantiasa

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Al-Fatihah……..

    0

    0
  4. hana says:

    Al-Fatihah dan takziah

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    Al fatihah n takziah

    0

    0
  6. […] Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk pengebumian sebelum Zohor. Bersama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah. -Abang Nara […]

    0

    0
  7. mamee monsters says:

    Al-fatihah & takziah utk keluarga…

    0

    0
  8. Ammar says:

    Takziah buat Datuk Ali Mamak

    0

    0
  9. Kartina sulaiman says:

    Takziah buat keluarganya..

    0

    0
  10. Cahaya Diana says:

    Al-Fatihah buat arwah Dato’ Osman Jantan @ Ali Mamak.. & Takziah buat ahli keluarga Allahyarham.. saya pun tiba-tiba teringat arwah pernah beli pen dengan saya masa saya keje di kedai gambar..

    0

    0
  11. […] (TAKZIAH)Datuk Osman Jantan @ Ali Mamak Meninggal Dunia (11) […]

    0

    0
  12. Hyip says:

    First ALi Mamak and now Maidin “Pak Tam” Ibrahim has passed. What a blow to the local film industry.

    0

    0