Pelakon veteran terkenal, Datuk Aziz Sattar, 89, telah meninggal dunia kerana serangan jantung pada pukul 2.00 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Kajang pada pukul 10.00 malam 4 Mei lepas dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU).
Anak perempuan Allahyarham, Sandakiah memberitahu yang beliau menghembuskan nafas terakhir di samping dua anak, menantu dan seorang cucu.Â
Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dan urusan pengebumian pada pagi ini sedang dilakukan.
Aziz paling dikenali untuk wataknya sebagai Ajis di samping Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S. Shamsudin yang meninggal dunia tahun lepas dalam siri filem trio Bujang Lapuk.
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Pak Aziz yang pernah membuatkan kita ketawa di zaman kanak-kanak dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan buat negara kita. Al-Fatihah.