Written by Bella | April 8th, 2016

Pelawak popular Mr Os telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang tadi di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Berita pemergian Mr Os disahkan sendiri oleh anak kelima beliau Hafizul Mohd Yusof. Menurut Hafizul, bapanya dirawat di hospital berkenaan sejak hari Isnin lepas kerana sesak nafas.

Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi. Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Allahyarham sudah setahun menderita daripada penyakit berkenaan dan pernah menjalani pembedahan sekitar bulan Mac 2015 akibat pendarahan tonsil.

Antara pesanan terakhir arwah ialah beliau mahu anak-anaknya sentiasa mengingati Allah SWT dan menutup aurat.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang di kediamannya di Gombak dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata petang ini.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mr Os, ayuh sama-sama sedekahkan Al –Fatihah kepada beliau dan supaya rohnya dicucuri rahmat.

Sumber Berita : mStar Online

20 responses to (TAKZIAH) Mr Os Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru

  1. Nur says:

    hadiah untuk mr os dari Allah, meninggal pada hari jumaat yg berkat dan penghulu segala hari. Al Fatihah

    0

    0
    • Kiah says:

      Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…

      0

      0
      • Anonymous says:

        saya nk seru kpd nara …tukarlah ruangan komen ni. x boleh tulis dlm bahasa arab. facebook milik yahudi pun benarkan bahasa ditype dlm ruangan komen. harap maklum!

        0

        0
      • Tudung Neelofa Rm15 di Vietnam says:

        Tak tergamak tengok gambar kt atas tu. Semoga tenang disana Mr Os… :(

        0

        0
    • Dr Ropeah says:

      saya sbg doktor ingin mengigatkan supaya bila pergi buat medical check up pergi jumpa pakar cardiovascular sekali dan buat ujian jantung dan paru2. kekadang ada pembuluh darah yg tersumbat.

      0

      0
    • Corse 848 says:

      Sgt2 bertuah mr os..di saat beliau berusaha kembali hidup di jalan Agama Islam..berdakwah..beliau dijemput Allah..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Al Fatihah…

    Ya Allah..
    Ampunilah dia..
    Limpahkanlah rahmat ke atas roh nya..
    Muliakanlah tempatnya..
    Luaskanlah..
    Terangilah..
    Dan
    Harumkanlah persemadiannya..
    Mandikanlah dia dengan air salju dan embun..
    Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis..
    Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya..
    Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya..
    Gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya..
    Tempatkanlah dia disisi orang-orang yang kau redhai..
    Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api neraka?..
    Masukkanlah dia ke dalam syurga mu ya ALLAH…

    ~ Aamiin ya robbal alaamiin ~

    0

    0
  3. Huhu says:

    Subahanallah..meninggal hari jumaat.
    Al fatihah.. :(

    0

    0
  4. kak nam says:

    kesiannya. badan dia dah x boleh angkat respond dgn ubat2. dah terlalu lemah. ucapan takziah la kpd keluarga dan rakan2…

    0

    0
    • Penyakit yg digeruni jg says:

      Yalahkn..antara Penyakit yg paling bahaya dn digeruni jg..alfatihah utk beliau dan takziah pd ahli keluarga beliau jg..

      0

      0
  5. Kiko says:

    Pergimu pada hari jumaat penghulu segala hari hanya insan yg trpilih dijemput pada hari jumaat..takziah utk keluarga semoga tabah dan bersemadilah arwah dgn tenang,Amin.

    0

    0
  6. Hari yg sungguh sebak sekali.. says:

    Al fatihah utk Mr Os dn takziah Pada ahli keluarga beliau..semoga roh beliau ditempatkan ditempat orang2 yg beriman lagi solehah..lagi2 dihari jumaat yg penuh dgn keberkatan ini…amin..amin ya rabbillalamin..:'(

    0

    0
  7. Mummy oniey says:

    Wey kenapa org cakap berita ni palsu ? Mana satu betul ?

    0

    0
  8. melati says:

    Al Fatihah..kenapa lah tak Nabil jeww..

    0

    0
  9. Manja says:

    Innalillahiwainnailaihirojiun…mati itu pasti kita juga akn merasainya. damailah di sana mr os . kami meredhai pemergianmu. slh sorg pelawak yg paling sy minat. dia sgt merendah diri. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt.

    0

    0