(TAKZIAH) Abby Abadi Keguguran Ketika Berada Di Madinah

Hiburan

(TAKZIAH) Abby Abadi Keguguran Ketika Berada Di Madinah

Sebelum ini, timbul berita bahawa Abby Abadi sedang hamil apabila Norman Hakim memberikan komen seakan menggambarkan Abby sedang berbadan dua.

Walaubagaimanapun, Abby tidak pernah memberikan sebarang komen mengenai perkara kecuali ayat ini “ kalau perut membesar nanti adalah”.

Advertisement

Rupa-rupanya, Abby sememangnya sedang hamil anak pertama bersama suami Jai Ezanny namun kebahagiaan itu dapat dirasa sekejap sahaja kerana Abby mengumumkan beliau mengalami keguguran sewaktu beliau mengerjakan umrah bersama suaminya baru-baru ini.

Abby menerusi akaun Instagram beliau memberitahu beliau mengalami keguguran sebelum menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi pada hari Khamis lepas.

SAYA ‘TUMPAH DARAH’ DI MADINAH

Semalam (khamis, 21hb April 2016) Sy tumpah darah sebelum masuk utk Solat Asar di Masjid Nabawi. Banyak ketulan-ketulan  darah keluar, meletup- meletup saya rasa. Masa tu Alya @eveusun walaupun sudah tidak buleh solat, dia rajin nak teman saya

Suami baru je masuk ke dalam Masjid waktu ni. Sebelum masuk Masjid janji jumpa kat luar (KFC) sebab terasa nak makan KFC semalam. Jadi supaya suami tak mencari, saya ajak Alya duduk dulu disitu walaupun terasa darah dah membuak-buak keluar. Selesai Asar, suami keluar  lambat sebab dia pergi mencari Ma & Abah. Saya beratur dulu di kaunter luar KFC tu sebab ingat nak beli dulu.. tak sabar nk balik. Sampai giliran saya, perempuan dia suruh order kt dalam daaa. Tunggu jugaklah suami. Beli bawa balik. Saya jalan dulu sebab nak terburai dah rasa. Bernasib baik tak terbabo sebab dah buat persediaan awal. Satu lagi saya pakai seluar panjang dalam jubah. Jadi darah mengalir di seluar, tak sampai meleleh ke bawah sebab  ada stokin di kaki.

Sampai di hotel, masuk bilik airrrr…. penuhhh bilik air dengan darah, huhu..Lama saya dalam bilik air sebab darah kelur tak berhenti. Penat…. Suami sampai, kata dah bagitahu Ustaz Rohaizam, dah bagitahu  Mutawwif kami, @sofygurronces. Sofy terus uruskan utk hantar saya ke hospital. Sy kata taknak gi hospital, nanti kena tahan. Dia kata ok takpe, kita pegi klinik swasta. Saya kata taknak juga nnti kena byr mahaiiiiii ( berkira lagi tu ) Sofy kata jangan camtu, nnti esok kalau sakit kat airport, kena tahan lagi susah, tak buleh balik. Saya kata takpelah, biar je saya.. saya minta ALLAH tolong saya, tengok malam nnti mcmana.

Lepas tu.. darah & ketulan keluar lagi tak berhenti.. 3-4kali saya tukar baju sebab terkena darah, sampai suami pergi ke Masjid untuk Maghrib/Isyak, saya sorg2..keluar lagi membuak-buak 3kali. Saya taktahu nk makan ubat apa, saya minum air zam-zam je dgn doa supaya ALLAH sentiasa bersama saya. Pastu saya tertidur.

Pagi ni, Alhamdullillah saya ok. Cuma sakit bawah ari2. Saya  kuatkan diri sebab rombongan bertolak balik dah 10am dari hotel pagi ni. Kalau saya sakit, terpaksa ditahan di hospital & tak buleh balik. Saya nak balikkk.. rindu anak3!

Abby pada masa yang sama memohon maaf kerana menyembunyikan kehamilan beliau daripada semua orang sebelum ini. Abby tidak mahu mengumumkannya terlalu awal kerana khuatir apa-apa terjadi.

Erm, bertabahlah la Abby Abadi mungkin ini adalah salah satu cara Allah SWT untuk menguji anda dan suami dalam mencari keberkatanNya. InshaAllah rezeki untuk mendapatkan cahaya mata pertama bersama Jai nanti ada, jangan putus asa.

Sumber Berita : Instagram Abby Abadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...