Written by AbangNara | January 21st, 2014

Abang Nara dah agak dah memang agak tidak logik untuk Zizan Razak dan Emma Maembong bercumbu di dalam kapal terbang. Confirmlah secara logik akan ada mata memandang. Takkanlah Zizan dan Emma tak boleh berfikir perbuatan seumpama itu akan menimbulkan spekulasi orang ramai. Lagipun bukan mereka berdua sahaja di atas kapal terbang itu, ramai lagi yang turut bersama.

zizan dan emma maembong

Apa pun Abang Nara respek dengan ke”rileks”an Zizan yang tidak menyalahkan sesiapa dalam kontroversi ini. Inilah baru artis sejati. Biasalah gosip-gosip sebegini dalam kehidupan seorang artis. Kalau tak nak jadi artis, lebih baik duduk kat kampung tanam kangkung. Kata Zizan kepada Mstar Online:-

Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua. Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis.

Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka. Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar

zizan dan emma

Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati. Biasalah bila jadi artis semua perbuatan kita akan diperhatikan. Nak makan nasi pun orang tengok. Beli baju kat “bundle” pun boleh jadi isu. Namun ketenangan Zizan menangani isu ini memang wajar dihormati. Tahniah Zizan.
shakleeP.S: Shaklee sememangnya satu produk kesihatan yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Banyak sungguh kebaikan yang diperolehi sekiranya mengamalkan pemakanan Shaklee. Harga pun berpatutan. Kalau korang rasa nak cuba, boleh WhatsApp Azni di 013-594-7061. Layanan confirm terbaik dan akan menyebabkan anda tersenyum puas hati.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 responses to Takkan Saya Nak Buat Perkara Macam Itu – Zizan Razak

  1. paukaya says:

    kalau buat pun takkn nk bgtahu..hahahahahhahaha

    0

    0
  2. n says:

    Allah maha mengetahui :)

    0

    0
  3. Anonymous says:

    laaa…kalau buat pn x kn nk mengaku…sape2 pn kalau wat salah mane nk mengaku..btl x zizan..lantak ko la zizan..tu antara ko ngan ALLAH…wlpn aku x berapa minat ko pn…

    0

    0
  4. lava says:

    tak kan la nak mengaku! boo~

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dah pat luar Malaysia so lepaskan gian-lah.Tak kena tangkap kes khalwat atau tangkap basah so hooray hooraylah tak der saper yg larang.Artis tak artis semua orang ada nafsu aper.

      0

      0
  5. kak ngah says:

    wah kasut sama..

    0

    0
  6. MAKCIK SENTAP says:

    Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi,jagalah attitude diri yea zizan.. Makcik sentap dh naik sentap dgr kontroversi kau nie niee.. huh!

    0

    0
  7. KAMJAT MUSIBAT says:

    Alaa….jawapan yg pasti akan keluar dari mulut artis…Tapi takpa…takde buat takpe…ada buat..itu urusan kamu dgn Maha Pencipta…PEACE YOOOO

    0

    0
  8. Hati Panas says:

    mcm tfikir la.. org yg sebarkn gosip tu.. klau la benar diorg ni bercumbu., lain kli snap pic cpat2 time diorg tgh brcumbu tu.. bru la kte tau sape btl, sape slh… ni plak.. klau stakat sebarkn kt media citer ni.. org susah nk caye der klau xde bukti yg kukuh…

    0

    0
    • Frust fan! says:

      menyampah pulak tgk NARA back-up geng geng artis yg macam ni. ko ni, main telan je ke ape yg depa cakap NARA..?!
      patut jugak makin hampas kualiti artis di Malaysia bila di dodoi dendang reporter yg nak jaga rating ni. Bakat takat sejempot, tapi gossip je lebih. Asal yang lawa, yang glamour, habih di tatang,walaupun perangai nauzubillah.. susah nak jumpa artis Malaysia yg betul betul ikhlas dalam berkarya dan bawak pengaruh positif pada peminat selain attitude yang macam sampah ni.. kalo ada gambaq bukti bercium pun depa boleh spin peminat hidup hidup maa.!

      oi zizan.. ko ingat orang duduk kampung tanam kangkung lowclass ke..! watch your mouth,F*** **s! yg jual kangkung tu lagi mulia dan ada wawasan dari ko. stop being a hypocrite! Depan peminat, apa-apa kerja pandai ko refer dengan Ustaz, belakang, lain pulak kelakunya… kalo berani, sumpah muhaballah la bro..
      aku pun angin ni.. dulu ko aku respek.. tapi la.. dah kelaut aku tgk.. Frust!

      0

      0
    • Yolah says:

      Ingat sempat nak snap?? Confirm la dierang cium kejap je. (Kalau betul).

      0

      0
      • Hati Panas says:

        ha.. dh terang2kn.. dh tau xsempat..( kalau betul) jgn la duk sebar citer.. buat tambah dosa je.. klau bnda tu xbtl.. kan dh jd dosa.. so klau rse2 nk buat publisiti murahan nk sebarkan citer tu.. biar la ade bukti yg kukuh.. aku rse snap gambar je cra yg blh buktikan.. pkai digital camera.. pastu ni xde ape2, just nk sebar kan cter ni?? mcm xde keje je..

        0

        0
  9. abang yang tak bangang says:

    mungkin perkara ni xbetol. sebab zizan ni nampak ada akal lagi. tp tolong lah zizan g nasihat sikit ema tu supaya jangan kuarkan statement bimbo. tau lah xsekolah tapi jangan lah bodoh sangat ema. ade ke pegi mengaku time tidor kadang2 terlentok kat bahu zizan dan bergurau senda ngan zizan dalam flight.

    0

    0
    • xyz says:

      Pada aku zizan TAKDE akal. lawak dia pon tang mana yang hebat? klw jep, johan nampak la idea lawak drg yg creative. lawak zizan ni angkat2 bebird dia je… ermmm.. minat JOZAN. tapi sumpah tak boleh blah dgn sikap zizan. peace.

      0

      0
  10. Cik Ika says:

    baca kt rotikaya emma ckp bergurau je bkn bercumbu…

    bergurau mesti smpai pegang2 kn smpai org lain tgk cm bercumbu

    bergurau yg over2 lettew

    0

    0
  11. Benda Betul says:

    Aku respect dengan Juliana Evans, sebab TAK NAK TERIMA ZIZAN JADI BOYFRIEND.

    Sebab aku menyampah dengan zizan ni, asyik nak cari awek yg lawa putih gebu, pan asian je!

    0

    0
  12. 2 Cents says:

    Contoh artis proyo… propa+poyo

    0

    0
  13. concern says:

    “Kalau tak nak jadi artis, lebih baik duduk kat kampung tanam kangkung. Kata Zizan kepada Mstar ” – statement orang dah gelabah..! moga ko bertemu jodoh dengan anak orang kampung yang kutip kangkung di terengganu Zizan. jangan ingat kerja ko sebagai artis tu high-class sangat..! watch your mouth next time kid.!

    0

    0
    • thefoxsay says:

      oi bingai! ko tak sekolah ea? yg ckp mcm tu abg nara.lepas “Kata Zizan kepada Mstar ” tu lah baru statement yg zizan punye

      0

      0
  14. peanut says:

    nasib ko la zizan.. buat ke tak buat.. sendiri tanggung

    0

    0
  15. Jamal Pak Tongkol says:

    Dulu Jue Evans, pastu Emma Maembong.
    Cari awek nak yang rupa mat saleh je, lepastu sibuk pulak nafi sana sini.
    Lebih minat Jep Sepahtu.
    Humble je walaupun lebih hensem dari Zizan.
    Pakcik suka sikap pemalu Jep bila dgn selebriti perempuan.
    MLM 2013 yang lepas kena puji dgn Nora Danish nampak hensem, Jep nampak humble je.

    0

    0
  16. noralisy says:

    zizan….kalau ye pon nak sangat jaga hati ema,ala-ala teringin “couple-wear” gitu…jangan lah pakai kasut pesen cenggitu.Iras² macam adik-adik baru nk up kat TimeSquare.
    Bukan zizan ni pesen suka pakai sneakers bagai ke?alih² ema cakap pakai kasut sarong tu….pakai jugak….walaupon??hmmm…sedeh k..

    0

    0
  17. Abc says:

    Takkan nak mengaku pulak! Pokok tak akan bergoyang kalau tiada angin..

    0

    0
  18. musangking says:

    Aku pun lebih suka jep sepahtu dari zizan..jep nampak matang..

    0

    0