Written by AbangNara | February 26th, 2015

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri sering menjadi mangsa fitnah dan pembohongan. Itulah yang dirasai oleh Anai Ibrahim, ibu kepada Zizan Razak apabila desas-desus hubungan rahsia anaknya itu dengan seorang pegawai stesen Astro bertebaran sejak kebelakangan ini. Lebih merumitkan keadaan, kononnya ibu Zizan sendiri merestui perhubungan tersebut kerana memuatnaik gambar mereka bersama-sama menerusi akaun Facebook. Fuh!!!

zizan dan ibu

Kata ibu Zizan menerusi Harian Metro hari ini:-

Ibu muat naik banyak gambar (ibu dan Zizan) dengan perempuan lain tapi kenapa dia (pegawai stesen Astro) seorang yang jadi mangsa? Itu satu fitnah, pembohongan paling hebat.

Ibu tak tahulah kenapa ada yang dengki dan iri hati dengan Zizan sampai sanggup buat cerita macam itu? Sedangkan tuduhan itu semuanya penipuan semata-mata. Ibu nak jelaskan ibu tak pernah buat macam itu (muat naik gambar dan beri pembayang menyukai wanita berkenaan).

Macam ibu cakap tadi ada banyak lagi gambar orang lain (termasuk peminat perempuan) bersama Zizan dan ibu, tapi kenapa dia yang dijadikan sasaran untuk buat cerita begitu?

Anak ibu itu artis jadi sudah tentu ibu tahu kesannya jika buat perkara (muat naik gambar dan status) begitu. Takkan ibu tak boleh fikirkan benda yang tak cerdik macam itu sampai begini kesannya?

ibu ziza

Sabarlah ibu Zizan Razak. Adatlah dunia hiburan. Setiap langkah diperhatikan. Silap sikit sahaja, akan timbullah cerita kurang enak. Itu semua asam garam. Yang penting kita kena tenang. Apabila dah mula menceburi industri seni, itulah harga yang perlu dibayar. Semoga segalanya selesai dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Tak Tahulah Kenapa Ada Yang Dengki Sampai Buat Cerita Macam Itu – Ibu Zizan Razak

  1. anon says:

    Thats the price you have to pay for being famous, popular…. Biasalah kalau dah jadi celebrity, mmg mcm2 cerita lah direka. Nak wat camne dah namanya artis. Bersabar jelah ibu….

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      biasa la tu mak cikkkkkkk bila jantan pompan bergambar orang kate dorang bermateairrr padahal dorang tkde ape2 hanye bergambar ngan peminat…mulot dorang ni mak cik macm kiwakkkkkkkkk mak cik jangan tk tau pulakkkkkk …dengar emma embong merajok lagiiii …tu laaaa zizan anak mak cik lambat sangat nk datang meminang atau merisikkkk mesti la dia merajokkk….zizan pon satu bila nk minag emma ??????????? selagi u tk datang merisik or meminang selagi itu lah dia asek asek nk merajokkkkkk aje !!

      0

      0
  2. MalaysianArtis says:

    Ibu pun x payah la nk komen sangat, x yah nk meraih simpati org..org x nk tahu pun apa yg ibu rasa..

    0

    0
    • haha says:

      Nok ko pon sengal bin cerdik awat, dah reporter tanya Ibu, Ibu pon jawablah. Kang x jawab ko carut Ibu ni poyos plak.

      0

      0
  3. Shhh says:

    Zizan ko Cuma da dua pilihan samada kahwin dengan Emma atau cari wanita yg lebih memahami kau dan kahwin terus..kecian kat mak tu..tka yah nak fikir popularity jatuh ke tak..kwn baik ko femes lepas kawin, dato rosyam, aaron aziz..semua tu cth…

    0

    0
  4. hana says:

    Populariti tu datang dan pergi, rezeki ada merata. Tak payahlah dok sebok nak suruh orang kahwin semata-mata nak ‘selamatkan’ populariti. Kalau dah bahagian Zizan gitu, gitu je lah. Jalan hidup tu Tuhan dah kawtim baik. Ilek2 je.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    bajet hot je mamat ni…muke x seberapa tp bajet cam playboy…mmg kebanyakan lelaki x hensem ni semuanya playboy ek??cam si tauke jambu tuh…

    0

    0
  6. bukanEmmamaembong says:

    Zizan x payahla sama dgn emma tu baik zizan xpayah nak heboh2 sepa kekasih zizan ikut mcm yana samsudin senyap2 dah kawin kan senang x byk kontrovesi…

    0

    0