Tak Tahulah Kenapa Ada Yang Dengki Sampai Buat Cerita Macam Itu – Ibu Zizan Razak

Hiburan

Tak Tahulah Kenapa Ada Yang Dengki Sampai Buat Cerita Macam Itu – Ibu Zizan Razak

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri sering menjadi mangsa fitnah dan pembohongan. Itulah yang dirasai oleh Anai Ibrahim, ibu kepada Zizan Razak apabila desas-desus hubungan rahsia anaknya itu dengan seorang pegawai stesen Astro bertebaran sejak kebelakangan ini. Lebih merumitkan keadaan, kononnya ibu Zizan sendiri merestui perhubungan tersebut kerana memuatnaik gambar mereka bersama-sama menerusi akaun Facebook. Fuh!!!

zizan dan ibu

Advertisement

Kata ibu Zizan menerusi Harian Metro hari ini:-

Ibu muat naik banyak gambar (ibu dan Zizan) dengan perempuan lain tapi kenapa dia (pegawai stesen Astro) seorang yang jadi mangsa? Itu satu fitnah, pembohongan paling hebat.

Ibu tak tahulah kenapa ada yang dengki dan iri hati dengan Zizan sampai sanggup buat cerita macam itu? Sedangkan tuduhan itu semuanya penipuan semata-mata. Ibu nak jelaskan ibu tak pernah buat macam itu (muat naik gambar dan beri pembayang menyukai wanita berkenaan).

Macam ibu cakap tadi ada banyak lagi gambar orang lain (termasuk peminat perempuan) bersama Zizan dan ibu, tapi kenapa dia yang dijadikan sasaran untuk buat cerita begitu?

Anak ibu itu artis jadi sudah tentu ibu tahu kesannya jika buat perkara (muat naik gambar dan status) begitu. Takkan ibu tak boleh fikirkan benda yang tak cerdik macam itu sampai begini kesannya?

ibu ziza

Sabarlah ibu Zizan Razak. Adatlah dunia hiburan. Setiap langkah diperhatikan. Silap sikit sahaja, akan timbullah cerita kurang enak. Itu semua asam garam. Yang penting kita kena tenang. Apabila dah mula menceburi industri seni, itulah harga yang perlu dibayar. Semoga segalanya selesai dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...