Macam-macam yang berlaku pada acara Running Man Challenge Malaysia. Selepas Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa apabila seorang pengawal peribadi merampas telefon bimbitnya, terbaru pelakon Saharul Ridzwan juga dikatakan tidak berpuas hati dengan pihak penganjur.
Menurut Saharul, beliau terpaksa berdiri ketika acara berkenaan berlangsung kerana pihak penganjur tidak menyediakan tempat duduk seperti yang dijanjikan.
Berikut luahan Saharul Ridzwan yang agak “makan dalam†buat penganjur :-
Beberapa peminat  juga menyokong kenyataan Saharul apabila pengajur terlalu mengagungkan artis luar berbanding artis Malaysia yang menjadi duta dan pada masa yang sama mempromosikan produk mereka.
Memang padu habis “teguran†Saharul buat penganjur. Apa yang diluahkan Saharul agak wajar sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, mereka sudah berada di lokasi seawal jam 6 pagi, tentu artis-artis kita juga penat bukan? Apa salahnya untuk memberikan layanan yang sama rata.