Written by AbangNara | October 13th, 2014

 

Sehebat mana pun seorang lelaki itu, kesabarannya pasti ada had. Akhirnya kerana tidak mampu bersabar dengan apa yang dimaklumkan oleh Rita Rudaini menerusi media, Aidil Zafuan telah tampil menerusi akaun Instagram untuk membidas segala kenyataan bekas isterinya itu. Antara yang ditunjukkan oleh Aidil ialah sms-sms yang dihantar olehnya yang tidak langsung mendapat balasan daripada Rita. Agak sedih juga kerana ia adalah sms mengenai anak-anak mereka.

aidil dan rita

Selain itu, Aidil juga menunjukkan bukti pembayaran nafkah terhadap anak-anaknya untuk bulan ini yang berjumlah RM2,000. Pembayaran tersebut telah dilakukan secara online menerusi Maybank2u terus ke akaun Rita Rudaini. Membaca kata-kata yang ditulis Aidil membuatkan hati Abang Nara sebak juga. Abang Nara faham betapa stressnya Aidil dengan kemelut yang tak sudah-sudah antara dirinya dan Rita.

rita aidil

SMS yang dihantar oleh Aidil

aidil dan rita

bukti pembayaran nafkah

Kemungkinan besar Aidil tampil menunjukkan segala bukti ini adalah kerana kenyataan Rita pada minggu lalu yang mendakwa dirinya tidak pernah meminta cerai daripada pemain bola sepak itu. Menurut Aidil, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata.

aidl

Agaknya sampai bilakah kemelut antara Aidil dan Rita ini akan tamat? Rasanya dah dekat 4,5 tahun dah. Kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial dan juga media cetak. Adakah mereka akhirnya akan bertemu kebahagiaan yang dicari? Entahlah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Yang penting, jangan lupa tanggungjawab masing-masing terhadap anak-anak. Itu adalah perkara yang paling utama.

P.S: Tahap penyamaran yang amat hebat oleh burung hantu

[flowplayer id=”29787″]

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

89 responses to Tak Mampu Lagi Bersabar, Aidil Zafuan Luah Perasaan Di Instagram

  1. dah muak tapi nk komen jugak... says:

    Payah betul depa ni nk setel….
    Meh la memana ustaz or ustazah kasi tarbiah kasi pendapat kasi nasihat sikit kat depa ni… Kesian pulak aku nengok..

    0

    0
    • Rita Mulut Puaka says:

      Dulu aku kesian kan rita, tapi bila tgk dia tak habis2 buka pekung rumahtangga sndri, aku dah jd nyampah dah,

      tringin nak tgk nanti dia akan kawen dgn sapa pulak si rita ni, nak tgk, dia gaduh dgn mertua, ipar duai jugak tak nanti..

      #semua yang rapat dengan dia mesti tak lama, sure gaduh..

      0

      0
      • Bedah says:

        Dah macam sinetron; drama bersiri 344 episode..
        boring laa uolssss

        0

        0
      • HIKAYAT 1001 MALAM RR & AZ says:

        Salam … ex wife & ex hubby. Bawa2 lah Istighfar sebnyk2 yg mungkin. Lagi bnyk brcakap maka bnyk lagi pekung di dada di buka bagai tidak ingat Padang Masyar yg beribu2 tahun kita di situ klu bnyk sngt kumpul dosa. Belum lg azab kubur. Apa kata mrk ni pergi sessi kaunseling demi sahsiah pembangunan emosi mental fizikal anak2. Dua2 ni spt tak sayang ank2 krn beri contoh tak baik pd anak2 terutama dr sudut pndidikan toleransi. Dua2 tak nak mengaku salah. Siapa yg salah@ betul tak penting krn Paling Penting Pmbesaran yg trbaik utk ank2 trutama dr sudut kstabilan mental&emosi mrk

        0

        0
        • Terlajak Laris says:

          Padan muka Rita…hahahhaha…last2 ko jadi model utk Halta Dolmat jew cam si Hanez Suraya tu. Hari2 dlm Instagram jalan sesorang. Macam kera sumbang.

          0

          0
        • lily says:

          semenjak RR buruk kan ex partner bisnes dia, aku dah x percaya bulat2 ape yg dia ckp kat media.. dia akn highlight bnde yg buruk saja..

          0

          0
      • Mariun Kaunter Bas Ekpress says:

        mencirit-cirit la gossip ni. busuk blog2 dan alam siber kerana deorang. x sudah-sudah.

        soalannya sekarang…sampai bila?!!!

        0

        0
    • Shhh says:

      kcian jgk kat aidil ni,..manusia ni da tahap sabar dia…mmg sejak dri dulu RR paling byk bersuara..(walaupun pada masa yang sama aku jga sokong RR…sbb tuntutan untuk anak2 jer yang lain pasal lakonan ke, cantik ke, bisnes dia ke aku tk penah sokong)…rasanya org tua kena main peranan..tpi nak wat mcm na…ex mertua RR pun mcm budak2…si RR ni dh matang pun mcm budak2..sampai bila nak abis ni..nanti dh si aidil ni dah ada anak dua dgn zarema kes tak selesai lagi…

      0

      0
      • Anonymous says:

        ko nampak rr banyak bersuara sbb media buat cerita base on prosiding mahkamah, bukan dia kuar media duk pumpang2 tetiap hari. adoiii… cuba baca sebelum komen.. artikel bahasa melayu pun malas nak fahamkan, belum bn kuar artikel omputih, langsung x faham kot..

        0

        0
  2. mas_pisces@yahoo.com says:

    kes artis2 yg dah b’cerai kemudian wat mcm2 isu xyahlah nk di war2kan dlm blog nie secara b’lnjutan…muak dah nk bc t’masuklah kisah Abby…kdg2 kte simpati tp ble mcm2 yg kuar aku jd muak & menyampah+++++++++++++++……..

    0

    0
  3. RR tempayan says:

    takder ker orang nak bagi ‘lempang kesedaran’ kepada dua orang manusia ni? berbalas2 komen di media massa tak membantu sedikit pun.

    0

    0
  4. mas_pisces@yahoo.com says:

    utk kisah2 artis yg dah b’cerai & wat isu mcm2 kisah dorg nie xyah lah nk di war2kan lg… t’masuklah kisah Abby… muak dah aku nk bc…baik2 rs simpati tp lm2 tukar jd muak + menyampah+++++++++++++

    0

    0
  5. tak suker rita says:

    sudah2 lah rita bawak bertaubat…..mulut ko mmg macam puaka….sebab mulut dan hati busuk ko sampai biler2 ko takkan dapat kebahagiaan…..naik menyampah dan meluat aku tgk ko ni rita…..

    0

    0
  6. Melati says:

    Apa yg saya ckp dulu memang betul..sekarang baru Aidil dah bersuara …Diam bukan bererti kalah…,,dulu aku suka Rita ,tapi dh lebih sgt Rita ni tuntut yg bukan2 nyampah plak aku gan Rita Ruddani ni…

    0

    0
  7. AIDIL says:

    resit latest aje ke bang,resit lme2 mne? licik mamat ni,die tampil time org da mule muak dgn rita

    0

    0
    • Sayang ku rr says:

      Bijak ko…aku pun pikir gitu. Setakat tunjuk yg latest lps tu nak bg tahu dia tak prnh culas byr hadiah..laki lembik

      0

      0
  8. abam rosham says:

    RR tu sebnar nye JIWA KACAU. tu la sal ermmm..no comment lh

    0

    0
  9. hafiz says:

    aku rasa kes ni hanya akan selesai jika rita rudaini kawin sekali lagi..lps tu baru la dia senyap..

    0

    0
  10. kambing hitam says:

    kenapa duit nafkah date dia 7/10/2014.. mentan2 baru post.. kenapa x tunjuk resit yg tahun lepas ke.. 6 bulan lepas ke.. baru la percaya ko bayar nafkah…

    0

    0
  11. badang says:

    jgn dilayan pempuan meroyan mcm tu…kalau setia dan taat xder la kena cerai…ni mesti kes selingkuh ini perempuan…move fwd bro…she rubbish

    0

    0
  12. akak terlajak laris says:

    mental hape dua2 ekor ni…jumpa depan2 la kalau nak gaduh sangat…takat tunjuk bagus kat media sosial..puiiii….!!

    0

    0
  13. kak rita says:

    kes dh masuk court baru hang mesej n bank in duit kottt, idil….takpa2 ceq tggu resit n mesej 2 3 tahun lps hang kt court na…..

    0

    0
  14. anon says:

    bagi mandi air bawah jambatan 2 org neh baru selesai kot…

    0

    0
  15. phoebe says:

    kan dia kata resit2 lain dh buat bukti di Mahkamah. Tgh bicara kot…

    0

    0
  16. shimil says:

    sudah2 la rita hoi….elok2 org simpati jadi org meluat plak…anak2 makin lame makin besar tapi mak bapak x abis2 berperang..aku sebagai pompuan pn sedih tgk ko menyalak2 mcm org ilang pedoman…tuhan tukan ade..ko mintak jela kt tuhan..insyallah kalo ko x salah sume akan terbukti…bukan cari publisiti murahan…malu la skit pompuan..(haaa da mcm pantun da)…jgn tunjuk kan diri tu bodoh sgt..simpan ckit..menyampah!!!kbye

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kenapa ppuan yg tuntut hak ank2 nk malu?sepatutnya seorg ayah yg lari dri tjwp dri memberi nafkah ank2 le yg patut malu!!kenapa kita kena pasrah sedangkan allah suruh kita berusaha membela nasib kita sdiri….disbbkan ppuan suka pasrah le perangai lelaki suka lepas tangan jdi apa nasib ank2 kita nnti?kalo nk harapkan lelaki takut dosa mmg tk kan menjdi lah,depa lebih suka buat dosa..kwin cerai jdi mainan depa…sbb ank2 bkn depa bela…kadang2 ppuan kena bertindak utk hak ank2…aku sokong rita…

      0

      0
      • shimil says:

        mmgla pompuan nk tuntut hak anak2 xperlu malu..tp cube tgk org sekeliling..ramai yg hadapi masalah yg sama..byk lagi cara kalo nk tuntut hak anak2..kenapa perlu buka pekung umah tangga sndiri..mmg dye ade hak..tp cara dye tu yg bt org menyampah…aku x sokong mana2..cume sebagai pompuan yg da jadi mak budak guna akal dlm setiap tindakan bukan ikut hati n perasaan..tq

        0

        0
        • Anonymous says:

          laaa dia guna cara betul al tu guna mahkamah, yg wartawan amik cerita pun dari mahkamah, bkn dia duk canang cerita x abis2.. klu rita bukak pekung, si aidil pun sama bukak pekung. dua2 pun bodo. ko xyah laa nak backing salah sorg. yg jantan dah jadik bapak, sesuka ati ceraikan bini ape cer? xkan pompuan je kene guna akal? bias sgt statement ko ni..

          0

          0
      • fasha says:

        mana ko tau aidil lepas tanggungjawab?last2 rita sendiri mengaku jgak yg mmg aidil ada bg nafkah tp x cukup..pada aku lebih baik dpat x kre la skit ke banyak ke..bersyukur la..pesan aku kat rita, ko sebenarnya secara x lansung mangajar anak2 ko yg masih bdak2 lagi tu hilang hormat kat ayah mereka.
        pada aidil, anak2 jgan dilupa walaupun ko ngan anak2 dipisahkan..klau boleh bg lebih duit nafkah tu bg la lebih..rezeki yg dapat tu kadang2 rezeki anak2..peace

        0

        0
  17. AKU BENCI AIDIL says:

    DULU N SKRG AKU BENCI AIDIL

    0

    0
  18. mr.right says:

    sudah la aidil..baru bg 2k dah nk tunjuk baik.. ko ingat dgn 2k ko tu bleh hapuskan dosa tanggungjwb yg ko abaikan slama ni.. aku sure kata2 dlm ig tu bkn dari aidil tp dr mona fendi alaf 2014.. pastu takut bini..kbai

    0

    0
  19. Biskut says:

    ada baik nya 2 org ni bersemuka utk settle benda ni elok2. si aidil plak jgn slalu skip perbicaraan mahkamah. kalo btul ko prihatin terhadap anak2, ko trus pg jenguk d rmh la aidil. tak pyh bg alasan, jb-kl jauh. byk cr lain selain nk send sms jer. sms reply dr rita pun ko blh delete maa .aku tak sokong sesapa la. kalo d pikir scr logic pun, buat apa rita nk smpai naik turun mahkamah kalau aidil btul2 konsisten byr nafkah anak2. kalo susah sgt ko tuntut jer anak2 kau tu. biar rita makin meroyan…

    0

    0
  20. dadat says:

    dari kesian jd menyampah pulak dgn RR ni. banyak lagi ibu2 tunggal lain yg membesarkan anak2 takda menyalak mcm ni. Aidil dah sms taknak balas. nanti ckp Aidil tak pernah ambil tahu psl anak2. turunkan ego tu RR. kau mmg teraniaya tapi kalau kau redha dan kawal mulut becok mungkin hidup kau lebih tenang. Kan ada Allah, jd tawaqal lah. Doa2 org teraniaya ni slalunya termakbul.

    0

    0
  21. mamabosan says:

    nak kena azan kat telinga semula dua2 org ni..

    0

    0
  22. bruneian says:

    sabar itu allah sayang, semoga di beri pertunjuk.

    0

    0
  23. unknown says:

    kalau dari dulu kau sgt bertangungjawab dgn isteri dan anak-anak.. tak ada nya Rita tu nak mintak sedekah dgn kau just nak bagi anak-anak ko makan… Diut isteri tetatp duit isteri..Haram bagi lelaki ambil tanpa keizinan…

    0

    0
  24. Anonymous says:

    kwn eva pun mcm aidil ni jgk… exwife sbj perangai mcm rr.. sampai dia dah naik meluat dgn kerenah xwife dia too.. lps bercerai ex wife x bg dia jmpa anak.. msj x reply.. sampai akhirnya dia kena mtk prnth mhkamah utk bg dia jmpa anak… n skrg exwife bawa anak2 pindah.. kwn eva xtau mcmaa nak cntct sbb no fon dia dah tkr… alamt x bg.. kesian sgt dkt dia.. tp mgkin sbb dia lelaki, malas nak kecoh3….

    0

    0
  25. alamanda says:

    aku rase rita masih sygkan aidil lg… tapi aidil je yg xpaham

    0

    0
    • tecit says:

      Betol aku setuju. Aku igt lg die penah btau mahkamah die masih sygkan aidil. & baru2 die cakap die xpenah mintak cerai. Means die sygkan aidil. Tp masalah problem pmpwn ni, die pnye ego lebih byk dari syg lahh. ini achi maaaanyakk ego punya orang. die nak itu aidil melutut sama dia itu maciamm, baru die kasi ampun. Serupa dia itu tuhan. haiyyyaa. Ini minachi maaaanyak problem wo. I hate u Ritoh

      0

      0
      • tecit says:

        Allah kate, sang suami tu, kalau lah bukan manusia, Allah dah suruh para isteri untuk sujud pada sang suami. Allah sendiri yang kate tau. Lepas tu minah Ritoh ni kalau boleh nak aidil sujud memohon kemaafan pada dia. Die igt die siape??!! Lepas tu sibuk dok update kt ig siape salah dpt pembalasan Allah la ape lah. Bile Allah masih tak bagi ape yang kau endak tu Ritoh, ketahuilah adela sesuatu jugak yang tak kenenye. Sebab tu Allah tak bagi. Tau?! Susah tol nak didik orang dah tua ni. Dah jadi buluh padat xboleh nak lentur dah. Sape kawen ngn die mmg jgn harap la boleh ubah die. Aku rase xde sape dah berani kawen dgn die. Ha dok lah ko menbujang padan muke.

        0

        0
    • tecit says:

      Itu aidil la.. Tak kiralah aidil ka, atau laki lain ka. Kalau sudah ini maciam kena ah, sayang juga sudah xde ma. sungguh enak dibuang begitu sahaja ma. tada kesian tada kasih tada sayang lagi ma. Summmaaa sudah ilang ma. Haiya, itu wa punya maruah lu sudah pijak2 injak ah, then lu kata lu sayang gua mah. Yenna porengge yille pochekk na kudalai niihongge pariyella (feels like want to carut Ritoh in tamil) (its not an insult) (i love hindu & hindi movies very much)

      0

      0
  26. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Jd cm aku jelah..xkawin smpai ke tua x payah nk ada masalah 2 umah tangga ni suma

    0

    0
  27. Shazlan says:

    Boleh tak kalau Zafuan keluarkan injunksi kepada RR supaya tidak boleh keluarkan apa-apa kenyataan? Lawyer Zafuan ni makan gaji buta ke? Bukan lah belahkan Zafuan atau RR tp kes mereka dah melalut sgt dah…kes keluarga setahu saya boleh dibuat di kamar tertutup tanpa wartawan…tanpa apa2 maklumat boleh keluar untuk tatapan awam. Injunksi melarang pihak Zafuan atau RR, atau Zafuan atau RR sendiri untuk buat apa2 kenyataan kepada media elektronik atau media cetak…kalau aku jadi Zafuan, aku dah buat lama dah…dia bayar gaji Lawyer dia tu, lawyer dia buat apa? Sudi ke terus di perkatakan di khalayak awam? KESIAN KE ANAK2…lagi 5, 6 tahun dah boleh membaca….dan membaca semua percakaran ibu bapa kandung mereka. Sudah2 lah… dam media pun janganlah up-kan lagi apa2 story pasai diorg ni….TOLONG kesiankan budak2 dua orang yang tak berdosa tu…untuk masa depan budak2 tu juga…

    0

    0
  28. dodot says:

    pucuk pangkal nye aidil yg salah.. klu dia x tinggalkan rita dulu xdela rita ni meroyan smpai skrg ni.. perempuan klu lelaki xbuat hal dia xkan jadi mcm rita ni. bila dh benci semua benda keluar.. ungkit mengungkit.

    0

    0
  29. hilang akal ko berdua says:

    banyak sangat setan bergayut kat budak berdua ni kot tu yang jadi tak makan nasihat nieh. nak kena bawak gi jumpa ustaz kat darus syifa, kasik keluar jin segala hantu, and sembur ngan air pili bomba baru sedawww agaknya.

    0

    0
    • PENTING DIRI SNDIRI ..... says:

      Hehehehehehe kelakaw lerrrrrrr …. pesanan khas awakkkkk …… sembur ngan air pili bomba tuuuuuuu …… kalau air pili tak aderrrr …. ambik air kat lombong bnyakkkkkkkk sikit …. pakai hos bomba tu …. kalau lombong jauh …. longkang kannn ada ….. mcm bomba pakai tuuuu …… nak padam kebakaran ….. mrk berdua ni slalu terbakar jer hati dorang ni …. PARA USTAZ & USTAZAH @ SESAPER YG KENAL USTAZ & USTAZH … SILALAH REKOMENKAN KAT DORANG NI SUPAYA BERDAMAIIIIIII …. INGAT LAH PUTUSNYA SILATULRAHIM …. KITA JD BAHAN API NERAKA .. RR & IZ … KESIANNNNKANNNN LAHHHH ANAK2 KORANG ….. KORANG NAK LIHAT KE MEREKA MERANA … APALAH PUNYER MAK BAPAK …. AKAL PENDEK TAK PIKIR PANJANG ….. PERGHH … PEGUAM MRK NI TAK NASIHATKAN ANAK GUAM MRK KEEEEE …. AJAR SIKIT KAT MRK TENTANG KESAN JANGKA PANJANG KPD ANAK2 MRK. PEGUAM MRK NI PEGUAM SIVIL KE ????? …. PENTINGKAN KEMENANGAN JER …. PEGUAM SYARIAHKAN PATUT NASIHAT AGAMA SIKIT PD DORANG NIIIII … GUNAKANLAH PERANAN DI JALAN AGAMA …. SILATULRAHIM LEBIH PENTING DR KEMENANGAN …. @ DUA2 NI EGO & DEGIL TERAMAT SANGT TAK MAKAN NASIHAT …. LEBIH PENTING EGO MEMASING DR KEBAJIKAN ANAK2 ….. RR TERLEBIH BERSUARA & IZ KEDEKUT KLUAR NAFKAH …. DUA2 TAK SAYANG ANAK2 …. JALAN PENYELESAIAN … RR KURANG2KAN BUKA AIB DI LAMAN SOSIAL & IZ SILA BERI NAFKAH TERTUNGGAK ….. SELESAI MASALAH ….

      0

      0
  30. ayu says:

    saya xsebelahi sesiapa.tapi saya pun ibu tunggal.ex suami saya pun mcm tu,tiap kali sy minta nafkah anak mcm2 alasan dia bg,kata sy keje xkn xmampu beli susu anak.akhirnya saya buat tuntukan kat mahkamah.pastu dia dh dapat surat mahkamah barulah dia bank in kat sy duit anak rm600 sebulan tuk 2 org anak.so masa bicara dia kata dia bayar nafkah anak.tapi nasib baik la sy ada simpan transaction bank yg dia bank in bila dia suka je.skrg dah selesai.dia kena bg saya rm1400 sbln tuk 2 org anak.kat mahkamah pun dia menipu.suh bawa slip gaji dia bawa slip gaji tahun 2012 n 2013.nmpk sgt menipu.pastu katanya dia byk tanggungan.dia nk bg duit kt adik dia la tiap bulan,bg ayah dia la.padahal dia xprnh bg pun.lelaki ni kalau dah biasa menipu memg mcm tu.tapi tuhan maha adil.skrg dia xblh terlepas dah sbb surat perintah mahkamah dh keluar.apa2 pun kebenarannya kita tunggu jela keputusan mahkamah.kalau betul dia(zakuan) bg nafkah tiap2 bulan dia dah menang dah kes ni.tapi masih dalam proses lagi kan…..so tungguuuuuuu

    0

    0
  31. duchess zac says:

    haish…ni bukan aidil yang post ni….dia kan jenis diam je….ni mesti mak jelah yg suruh or postkan kt ig…..lagi satu pasal temurungjantan…ayoooo ni lah org melayu…kalau si Rita bomohkan si aidil tu..,,dah lama si aidil bayar semua yg Rita tuntut,..silap2 tak cerai diorg tu…aidil please simpan sikit bodoh tu…g settle kt mahkamah…tak mampu bayar 5 k …konsisten bayar 2 k lepas tu buat giliran jaga anak2….benda bukan susah pun….yang lain2 sedara mara n kawan2 or peminat dua2 pihak…sila jgn jadi batu API…bagi nasihat sedar kan sua2 pihak lg bagus…

    0

    0
  32. mak mah naik angin says:

    mak mah kesian gak kat rita!

    0

    0
  33. HAHAHA... says:

    Aidil, kalau awak tak salah…senang je…Sila hadir ke mahkamah…tuntut pembelaan, sila bela diri anda…bukan asyik lawan di instagram…kamek bukan hakim ok…

    0

    0
  34. lily says:

    tarikh transfer tu baru lg…
    kalau bulan2 tahun2 yg sebelum ni macamane?

    0

    0
  35. MANJA says:

    tgk statmen terbaru rita ..betul jugak pegi la settle kt mahkamah tu dok bising2 lam instagram wat hape ….hhahah 2k jer setahun bayar ank2 patut lah ….

    0

    0
  36. Anonymous says:

    hmm aidil br tunjuk skt, rita dah ckp ajak tnjuk saja dimahkamah..knp dah x tahan ka kena mcm too..? yg dia duk berckp ttg aidil x hbs2.. x ybr nafkah laa.. x hirau anak2 laa x pa plk..

    0

    0
  37. Kak JEM says:

    Kenapa kalo pompuan tuntut hak dia korang nak emo pulak ? And , korang ckp , tak tau si Rita tu betul ke tak , entah entah dia salah? So kalau tak tau , shut up! Kita tak tau apa apa psl kes court depa . Kalau si Aidil ni betul sgt la kan , dah lama close case ni jah! Pape pun aku sokong wanita yg tuntut hak dia! Go Rita.

    0

    0
  38. mak jemah says:

    Sepatutnya aidil kena selesaikan masalah rumahtanganya terlebih dahulu. Kalau tak selesaikn sampai bila pun akan turun naik mahkamah akan masuk media dan akan ungkit mengungkit. Bila dah selesaikan tiada masalah yang akan rita tuntut lagi. Perasaan malu kena lah ada dalam diri awk aidil..

    0

    0
  39. CUTE says:

    Tengelam dalam jerebu…gunung berapa meletus kat sumatera..
    next…

    0

    0
  40. bedah bedot says:

    Harap ada ustaz ke, ustazah ke tolonglah tampil memberi nasihat kepada kedua2 mereka ini kerana perbuatan mereka hanya memburukkan n membuka pekung dalam diri sendiri je….takkan setel sampai kemati nampak gayanya…hidup pun tak aman. Selagi kebencian ada dalam diri, syaitan tak abis2 kasi cucuk….

    0

    0
  41. epalhijaw says:

    Amboi gaji 50k. Allocate utk anak 2k sebulan pun dah canang satu malaysia.

    0

    0
  42. rii says:

    masa diambil nak proses penceraian > tempoh perkahwinan

    0

    0
  43. sayalah says:

    hmm..mne stu nk percaya pon xtau la..rse nek rimas plk asik cte psl diorg je xabis2..
    dua2 ade bukti..yg aidil kate antr mcg xbls, yg rita kte da bls bnyk kli tp xreply blik..pening2..tah2 ade org delete mcg rita kt fon aidil lps tu aidil igt rita xbls mcg tu die xreply blik mcg rita..yg rita igt aidil tnye je lps tu xreply2 sbb aidil igt rita xbls..mybela kan..lau jd rita,stop cte psl umh tgga yg da lame xde,sbb lau dok minx2 tp xdpt bnyk 2 pstu kuar cite fitnh,tuduh menuduh,org len pon menyampah gak..biarlah aidil nk bg brpe pon,cukup ke xcukup tu urusan die ngn tuhan..xleh nk wtpe lah..aslkn kita cukup bg mkn pakai anak2..rezeki tu ade kt mne2 je..lau kita ikhls nk cri duit demi ank2 Allah akan tolong kita xkire la cepat atau lambat..biar org buat kita jgn kita buat org..doa org yg teraniaya Allah dgr..Allah da janji..redha ye rita :)

    0

    0
  44. cikgumath says:

    kenapa 7hb
    fee tadika anak i kena shld pay before 5hb
    lwt la tiap bln haha

    0

    0
  45. Anonymous says:

    KORG NI XTW PENAT EH ASIK MENJAJE CERITE KORANG JE…MASING2 NK TUNJOK XSLH…CER BAWAK BBINCANG LEPAK KEDAI MAMAK KE, OLD TOWN KE…NI MENYALAK SANE MENYALAK SINI…SERIES BOSAN DOHHH…MCM MNE LA KEHIDUPAN KORG KN ASIK TENSION JE….

    0

    0
  46. sempoi says:

    senang je nk settle mslh diorg berdua ni..aidil tlg laa p mahkamah bl setiap kali ade perbicaraan…klu ko asik skip je mmg laaa berthn2 kes ni x selesai…hakim tak boleh buat ape2 keputusan selagi pihak defendan tdk menghadirkan diri di mahkamah melainkan rita ni buat ex-parte..pendengaran sebelah pihak…rita tu meroyan sbb setiap kali ade perbicaraan aidil selalu tak dpt dtg..so camne nk settle..klu lu berada di pihak y benar bro nk tkut pe,dtg je laa mahkamah buat pembelaan…org2 kat mahkamah tu pun dh bosan dgn kes ko ni…bertahun2 x settle lg…byk lg kes nk kene settle kan bro bkn setakat kes ko je…

    0

    0
  47. Anonymous says:

    aik.. kalau tgk msj tooo hb sblm ry aidiladha… tp baru2 ni dkt galaksi, kan rita ada ckp yg aidil x ada langsung tanya khbar anak2 masa nak raya tooo… hmm rita oh rita, mana 1 yer..

    0

    0
  48. sonali says:

    ek elleh kat instagram berani lah.. datang mahkamah tak pernah pun. puiii…

    0

    0
  49. berdamailah says:

    dalam kes ni nampak dua2 salah… aidil dengan egonya begitu jugak rita… apa salahnya korang bawak berbincang dari hati ke hati tanpa ade org ketiga walma zarema sekalipun… korg pernah hidup bersama… makan sepinggan minum secawan tido sebantal… pernah melalui saat manisnya kehidupan… takkan hanya kerana KEEGOAAN masing2 korg letakkan kehidupan korg sndr untuk dihina dicaci difitnah masyarakat sekeliling… anak2 pun makin besar makin paham… takkan hilang kenangan korg bersama walau sejuta tahun lagi… tk kira lah sapa salah sapa betul korg kena cari jalan kedamaian… itu saja jalan untuk korg jalani hidup yg normal… cari ruang untuk diri sendiri berpikir secara logiknya secara rasional tanpa hasutan sapa2… kat c2 korg akan nampak apa sebenarnya yg terjadi… rita berhak menuntut haknya tapi berpada2lah dan aidil janganlah lari dari tanggungjawab… kalolah aidil dipihak yg benar knp kes ni tak settle lg walaupun dah lama berlalu… lagi korg membuka pekung didada lagi byk benda yg akan timbul dan makin byk cacian dan makian korg terima… beralah demi ANAK… anak tu lahir atas rasa CINTA yang korg bina dahulu… rasa KASIH SAYANG yg terlahir antara adam dan hawa… jgn kerana dendam dan benci ANAK menjadi mangsanya… sudah ditakdirkan jodoh rita dgn aidil setakat sini saja… ada hikmahnya… ALLAH tahu apa yg terbaik untuk kita… dan buanglah rita rasa marah, benci, atau apa saja terhadap aidil barulah rita akan rasa tenang dan damai… karma kehidupan akan tetap berlaku.. cepat atau lambat je… tuntutlah sejauh mana sekalipun tggjwb itu andai aidil xmampu lakukan keadaan takkan merubah apa2…

    fikir dan renung2kanlah… yang terbaik dari ALLAH dan yg buruk dari kita sendiri…

    0

    0
  50. Kak Long says:

    Sudah lah tu Aidil. Sifat kelelakian anda memang tercabar. Jangan hanya pandai membuat anak saja. Tapi tanggung-jawab memberi nafkah yang secukupnya anda abaikan. Dengan anak sendiri pun jangan lah berkira sangat. Allah murka sekiranya hak anak-anak tidak dijaga sedangkan anda mampu.

    0

    0
  51. ano says:

    Entohla…hati aku kuat mengatakan Ig tu bkn aidil y maintaince…ayat dalam tu, post dalam tu mcm xde ciri-ciri kelakian…hmmm macam si dia jer y kontrol ig aidil tu….asek tunjuk muka dia jerk….

    0

    0
  52. Anonymous says:

    betulla org ckp kan.. kesabaran manusia to ada hadnya… kalau x hbs2 mcm ni sapa blh tahan………….

    0

    0
  53. sakai says:

    Dah lah rita sakai. Memekak tak habis-habis.

    0

    0
  54. julajuli says:

    Assalamualaikum Rita – Bersyukur kepada Allah swt dengan nafkah yang diberikan itu dan ingatlah harta yang tak ternilai adalah anak anak dari itu pelihara lah mereka sebaik baiknya walaupun dugaan yang banyak dilalui sebagai ibu tunggal.Walau pun kemewahan harta tidak melimpah luah tapi hati begitu tenang apabila anak anak sentiasa didalam peliharaan dan jagaan kita berbanding sesetengah ibu tunggal yang tidak mendapat hak penjagaan sama sekali.Redha dan banyak bersabar pada apa yang telah berlaku and “move on” insyaallah Allah swt sentiasa memelihara melindungi dan memberkati kita dan anak anak yang masih jauh perjalanan mereka di dunia ini.Bukan semua ibu tunggal diadili dengan mendapat nafkah yang sepatutnya dan ada ibu tunggal yang langsung tidak dapat nafkah untuk memelihara dan membesar anak anak mereka tapi anak anak adalah segala penawar yang pahit dan harta benda yang tak boleh ditukar ganti.(Wassalam dari pengalaman saya sebagai ibu tunggal satu masa dahulu)

    0

    0
  55. julajuli says:

    Beautiful nara kenapa tak keluarkan comment saya sebab comment saya itu tak cukup gossip ke?

    0

    0