Tersembur nasik lemak di dalam mulut Abang Nara ketika membaca artikel Berita Harian hari ini. Patutlah Zila Bakarin tak kisah dengan penampilannya yang seksi ketika berlakon. Rupa-rupanya suaminya Zila tidak menghalang. Kalau dalam drama pun dah seksi gila, kat rumah pastinya Zila Bakarin seksi tahap dewa!!!
Malah Zila Bakarin tidak segan silu mengakui yang dia memang suka menunjukkan keseksian badannya. Mentang-mentanglah body power. Abang Nara rasa Zila sengaja menimbulkan kegeraman terhadap suaminya kot. Mungkin nak anak lagi? Kata Zila:-
Kalau dulu memang seksi habis. Selagi boleh nampak dan menonjol, selagi itu Zila akan buat, tetapi sekarang sudah kurang sikit sebab watak pun lebih kepada ibu, jadi elemen seksi itu sudah kurang. Zila tak kisah apa orang nak cakap pasal penampilan. Yang penting suami suka. Kalau Zila bertudung dan bertutup, tetapi hati tak baik dan mulut masih lancang, tak guna juga.
Untunglah suami Zila Bakarin dapat isteri pandai bergaya seksi. Pasti bertambah-tambah sayang dibuatnya. Diharap Zila Bakarin dapat buka kelas teknik seksi kepada isteri-isteri di luar sana. Kalau anda pergi belajar, sila praktikkan teknik yang diajar hanya di dalam rumah sahaja ye. Jangan mengada-ngada seksi kat tempat awam pulak!!!