Tak Dapat Tawaran Berlakon Kerana Berhijab Adalah Cerita Lama – Bella Dally

Hiburan

Tak Dapat Tawaran Berlakon Kerana Berhijab Adalah Cerita Lama – Bella Dally

Baru-baru ini ramai yang meluahkan rasa sedih mereka apabila Bella Dally memaklumkan yang tawaran berlakon kepadanya semakin berkurangan selepas berhijab. Iyerlah, sebagai seorang pelakon beragama Islam, bertudung adalah tuntutan agama dan agak menyedihkan apabila orang industri yang kebanyakannya turut sama beragama Islam seolah-olah tidak menyokong perubahan Bella Dally. Tidak mahu orang ramai salah faham, Bella Dally tampil menjelaskan yang kekurangan tawaran lakonan itu adalah satu cerita lama.

bella dally hijab

Advertisement

Bella Dally mengakui ketika dirinya mula-mula berhijab, memang tiada tawaran lakonan diterima. Namun itu semua adalah salah faham. Ini kerana pihak penerbit dan pengarah menganggap Bella Dally ingin berhenti berlakon selepas berhijab. Selepas salah faham itu berjaya dileraikan, tawaran lakonan sudah kembali seperti biasa. Kata Bella:-

Alhamdulillah, khabar baik. Sebenarnya, saya agak terkejut apabila diberitahu tentang berita susah dapat tawaran berlakon itu. Ini kerana cerita itu sudah lama, sejak tahun lepas lagi.

Kejadian itu berlaku ketika awal saya bertudung. Saya akui kerjaya lakonan pada masa itu agak perlahan. Ini kerana penerbit serta pengarah menganggap apabila berhijab, saya mahu berhenti berlakon. Setelah menjelaskan bahawa saya masih mahu meneruskan kerjaya seperti biasa, barulah mereka memahaminya.

Mungkin portal hiburan itu mengutip cerita-cerita lama dari pelbagai sumber dan jadikan ia seperti baru terjadi. Ingin saya tegaskan setakat ini, Alhamdulillah rezeki saya sudah semakin murah dan karier berada dalam landasan yang betul. Hal tidak dapat tawaran berlaku hanya dalam beberapa bulan tetapi tidaklah sampai setahun.

Sekarang, saya juga telah mengikat perjanjian selama dua tahun sebagai duta tudung Ariani dan ini sedikit sebanyak membantu saya menjadi lebih selektif dalam menentukan watak. Kini, saya tidak perlu terkejar-kejar mencari tawaran kerana sudah ada satu kerjaya yang tetap untuk sepanjang kontrak itu diikat.

Alhamdulillah. Suka Abang Nara mendengar perkembangan positif ini. Bertudung bukanlah satu halangan untuk kita teru berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Bella Dally juga sempat mengulas sedikit tentang isu drama-drama yang memaparkan adegan bersentuhan melampau walaupun si pelakon wanitanya bertudung. Kata Bella:-

Bagi saya, apabila sudah mengambil keputusan bertudung, maka sentuh-menyentuh antara bukan muhrim itu memang tidak patut. Pasti ada cara lain untuk menjadikan jalan cerita lebih manis ditonton dan untuk diri saya sendiri, itu adalah salah satu syarat tawaran berlakon. Saya yakin, pengarah juga akan memahaminya jika kita memberitahu secara baik.

bella dally hijab

Sesungguhnya apabila kita telah berhijab, lebih besar tanggungjawab untuk menjaga nilai dan maruah seorang wanita Islam. Tindakan Bella Dally untuk meletakkan syarat adalah satu tindakan wajar dan harus dipuji. Agak menyedihkan apabila si pelakon bertudung tetapi aksi yang dipaparkan di dalam drama lebih gedik daripada mereka yang tidak menutup aurat. Lagi beberapa gambar Bella Dally dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Kosmo.

bella dally hijab
bella dally hijab
bella dally hijab
bella dally hijab
bella dally hijab
bella dally hijab
bella dally hijab
bella dally hijab
bella dally hijab
bella dally hijab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...