Gulp. Gulp. Gulp. Abang Nara menelan air liur 3 kali melihat gambar yang dikongsikan oleh Tasha Shila menerusi laman Facebooknya baru-baru ini. Gambar ini menjadi “viral” kerana banyak pihak tertanya-tanya apakah yang sebenarnya mahu ditunjukkan oleh pelakon ini. Produk yang dipegangnya atau aset miliknya yang nampak semakin membesar? Abang Nara pasti ramai yang cemburu dengan saiz aset milik Tasha Shilla ini.
Dengan caption “tasha rasa syukur sangat sbb impian tasha tercapai selepas mencuba zofea beauty secret. Mmg terbaik”, banyak persoalan yang timbul akibat sekeping gambar ini. Ada yang mengandaikan Tasha membuat pembedahan sehingga asetnya kelihatan lebih besar. Namun berkata kepada Astro Gempak, Tasha menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia berlaku kerana pemakanan produk yang dipegangnya. Kata Tasha:-
Sungguh! Tiada pembedahan plastik…Tasha cuma minum produk itu…Kalau ada yang perasan perubahan pada Tasha, maknanya produk itu berkesanlah.
Sebelum ini pun orang kata Tasha pergi Bangkok buat hidung dan payudara…Jadi, bila cerita ni timbul Tasha tak tahu nak komen apa.
Tapi apa yang Tasha boleh buat? Mulut orang kita tak boleh nak tutup biarkanlah mereka terus berkata-kata. Mereka ada hak untuk bercakap…Tasha tak ada niat lain, selain mahu berkongsi tentang keberkesanan produk tersebut, itu sahaja.
Tasha dah menggunakan produk kesihatan dan kecantikan tersebut selama dua bulan setengah dan dapat hasilnya.
Hebat sungguh produk yang diguna oleh Tasha Shilla ini. 2 bulan setengah dah membesar macam ini. Kalau 5,6 bulan tak boleh nak bayangkan macam mana. Abang Nara yakin produk Zofea Beauty Secret akan meletup selepas ini dengan testimonial dan bukti dari Tasha Shilla. Harap-harap stok dapat disediakan secukupnya. Kang nanti takut ramai yang kecewa.