(TAHNIAH)Siti Nurhaliza Dapat Hadiah Beg Tangan LV RM40 Ribu

Hiburan

(TAHNIAH)Siti Nurhaliza Dapat Hadiah Beg Tangan LV RM40 Ribu

beg tangan LV

Bestnya jika anda ialah insan yang bergelar Dato’ Siti Nurhaliza. Duit memang dah banyak, muka pun cantik pastue dapat suami yang romantis gitu. 11 Januari lalu bersempena dengan hari jadi Siti yang ke 31, Dato’ K yang hensem itu telah pun menghadiahkan beg tangan LV bernilai RM40 ribu kepada Dato’ Siti.

Advertisement

Mula-mula kami ingat kami salah baca. Takkan lah beg tangan pun sampai RM40 ribu kot. Tapi rupa-rupanya memang betul. Seronok sungguh jadi orang kaya nie. Boleh beli segala apa yang dicita-citakan. Kami yang biasa-biasa nie kalau nak beli dompet RM40 pun pikir 5, 6 kali.

Kami tak jeles sebaliknya memang mengalakkan Dato’ K berbelanja untuk isteri dia. Baik habiskan duit kat bini daripada habiskan untuk orang lain. Mula-mula Dato’ K segan nak bagitau orang lain apa yang dia hadiahkan.

[note]Tak payahlah..tak perlu beritahu…tak elok tunjuk gambar. Lagipun, nanti ramai suami-suami yang marahkan saya.[/note]

Almaklumlah takut bini-bini Dato’-Dato’ yang lain nanti start mintak hadiah mahal-mahal kat suami diorang. Tapi Dato’ Siti nampaknya berbangga dengan pemberian suaminya. Iyerlah, kalau kitorang jadi Dato’ Siti pun compem la nak kena tayang. Takkan beli sampai RM40 ribu nak simpan wat pekasam kat rumah kan?

Lagi gambar sekitar sambutan hari jadi Dato’ Siti Nurhaliza yang ke 31 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

UPDATE: Inikah gambar beg tangan LV Siti yang berharga RM40K itu? Kredit kepada Kak Red.

beg tangan LV

beg tangan LV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...